James Allison

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
James Allison
WarganegaraUnited Kingdom British
PendidikanKejuruteraan ruang angkasa
Pusat pendidikanUniversiti Cambridge

James Allison ialah bekas Pengarah Teknikal pasukan Formula Satu Lotus.[1]

Selepas lulus dari Universiti Cambridge pada tahun 1991,[2] Allison bekerja dalam jabatan aerodinamik pasukan Formula Satu Benetton.[1] Selepas menghabiskan beberapa musim di Benetton, beliau menjadi Ketua Aerodinamik bagi pasukan Larrousse[1], sebelum kembali semula ke Benetton sebagai Ketua Aerodinamik mereka pada pertengahan tahun 1990-an.[1] Pada tahun 2000, beliau menyertai Ferrari dan bekerja untuk mereka selama lima tahun, sebelum kembali semula ke Benetton (pada masa itu dikenali sebagai Renault F1) sebagai Timbalan Pengarah Teknikal pada tahun 2005.[2]

Pada tahun 2009, Allison menjadi Pengarah Teknikal Renault F1.[1] Pada 2011, Renault F1 menjadi Lotus Renault GP, sebelum menjadi Lotus F1 pada 2012.

Pada 8 Mei 2013, Allison berhenti sebagai Pengarah Teknikal Lotus F1 dan digantikan oleh Nick Chester.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e "Lotus F1 Team::James Allison". Lotus F1 Team. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-01-28. Dicapai pada 8 December 2012.
  2. ^ a b "Orang: James Allison". GrandPrix.com. Dicapai pada 9 December 2012.
  3. ^ "Allison quits Lotus". EatSleepSport. 8 Mei 2013. Dicapai pada 10 Mei 2013.[pautan mati kekal]

Templat:Larrousse