James Madison

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
James Madison
James Madison

Tempoh berjawat
4 Mac 1809 – 4 Mac 1817
Naib Presiden George Clinton (1809–1812),
None (1812–1813),
Elbridge Gerry (1813–1814)
Tiada (1814–1817)
Didahului oleh Thomas Jefferson
Digantikan oleh James Monroe

Tempoh berjawat
2 Mei 1801 – 3 Mac 1809
Presiden Thomas Jefferson
Didahului oleh John Marshall
Digantikan oleh Robert Smith

Tarikh lahir 16 Mac 1751(1751-03-16)
Tempat lahir Port Conway, Virginia
Meninggal 28 Jun 1836 (umur 85)
Montpelier, Virginia
Kerakyatan American
Parti politik Demokratik-Republikan
Pasangan Dolley Todd Madison
Alma mater Universiti Princeton
Pekerjaan Peguam
Agama Episkcop
Tandatangan Tandatangan James Madison

James Madison ialah Presiden Amerika Syarikat yang ke-4. Beliau memegang jawatannya selama dua penggal, iaitu pada tahun 1809 hingga 1817.

James Madison dilahirkan di Port Conway, Virginia, pada 16 Mac 1751.

Beliau menuntut ilmu kesusasteraan, falsafah, teologi dan dasar-dasar pemerintahan di universiti yang kini dikenali sebagai Universiti Princeton, New Jersey.

Setelah tamat universiti, beliau melanjutkan pelajarannya dalam bidang undang-undang dan falsafah di rumah. Sebelum menjawat jawatan presiden, beliau telah memiliki banyak pengalaman yang mengesankan, antaranya adalah; ketua panitia revolusioner di Virginia, anggota rombongan Konvensyen Virginia yang mengusulkan agar Kongres Kontinental dibentik, menjadi anggota kongres kontinental dan turut menyusun dan mengesahkan sepuluh pindaan pertama Perlembagaan Amerika Syarikat. Pindaan ini kemudian dikenal sebagai Perakuan Hak Amerika Syarikat, yang antara lain, menjamin kebebasan kebebasan bersuara di Amerika Syarikat.

Kerana peranannya menyusun dan mengesahkan Perlembagaan Amerika Syarikat, maka James Madison dipanggil sebagai "Bapa Perlembagaan". Selama Konvensyen penyusunan perlembagaan berlangsung, setiap hari James Madison membuat catatan terpenting mengenai kegiatan-kegiatan konvensyen tersebut.

Beliau juga menjadi menteri luar negeri di bawah Presiden Thomas Jefferson. Sebagai menteri luar negeri, James Madison mengusahakan pembelian wilayah Louisiana dari Perancis. Wilayah itu terbentang dari Teluk Mexico di selatan hingga ke Kanada di utara, dan dari sungai Mississippi di timur, hingga ke Pergunungan Rocky di barat. Pembelian yang dilakukan pada tahun 1803 ini menjadikan wilayah Amerika Syarikat dua kali lebih dari luas asalnya.

James Madison berasal dari Parti Demokratik-Republikan, sewaktu menjawat, beliau didampingi oleh wakil presiden, Elbridge Gerry.

Ketika mula-mula memegang jawatan presiden, beliau berhadapan dengan pertikaian bersama pihak Inggeris, iaitu Inggeris menahan kapal-kapal Amerika yang berdagang dengan Perancis. Inggeris juga enggan mengakui kewarganegaraan pelaut-pelaut Amerika dan memberikan sejata kepada orang-orang Indian yang menyerang sempadan barat Amerika Syarikat.

Pada tahun 1812, pertikaian tersebut akhirnya menjadi perang. Dalam perang ini, pada tahun 1814, Francis Scott Key meletakkan syair pada lagu kebangsaan Amerika, "The Stars-Spangeld Banner", ketika ia menyaksikan pengeboman sebuah kubu di Baltimore. Pada tahun 1815, dalam perang yang sama, Andrew Jackson (yang kemudian menjadi Presiden Amerika yang ke-7) menjadi kekuatan politik.

Sebagai seorang Presiden, James Madison adalah seorang "penafsir yang ketat", iaitu orang yang menentang penafsiran bebas Perlembagaan. Beliau berjaya menetapkan cukai yang melindungi perindustrian Amerika Syarikat, pembangunan jalan-jalan, dan terusan-terusan di seluruh negara, serta pembangunan organisasi tentera yang kuat.

Setelah jawatannya berakhir pada tahun 1817, James Madison meninggalkan Rumah Putih dan menyusun catatan-catatannya yang termasyhur tentang konvensyen berperlembagaan. James Madison selalu menentang pengaruh hak-hak negara yang mengancam negara persekutuan itu.

Pada tahun 1826, beliau menjadi Rektor Universiti Virginia.

James Madison meninggal dunia pada tahun 1836. Dalam sebuah catatannya yang dibuka setelah beliau meninggal tertulis, "Nasihat yang datang dari hati nurani saya yang paling dalam adalah; agar persekutuan-persekutuan negeri-negeri Amerika dipelihara dan diabadikan." James Madison meninggal di Montpelier, Virginia, 28 Jun 1836

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Buku Presiden - Presiden Amerika Serikat, diterbitkan oleh Dinas Penerangan dan Kebudayaan Amerika Serikat, Jakarta (2003)