Jamil Sulong
Datuk Jamil Sulong {lahir pada 6 Ogos 1926, kini bergelar Datuk) ialah anak Melayu yang ketiga yang diberi kepercayaan mengarahkan filem Melayu di MFP, Singapura. Beliau dilahirkan di Parit Sulong, Johor.
[sunting] Penglibatan Dan Kerjaya Seni
Jamil Sulong mula bekerja di Malay Film Productions sebagai penterjemah. Selepas itu beliau kemudiannya dilantik sebagai pembantu pengarah. Jamil Sulong juga amat mahir dalam menghasilkan gurindam dan pernah menulis lagu untuk P. Ramlee.
Filem pertamanya ialah Batu Belah Batu Bertangkup yang dihasilkan pada tahun 1957 diikuti dengan filem klasik Si Tanggang dan juga filem Lela Manja. Jamil merupakan pengarah filem Melayu yang kedua paling banyak mengarah filem (hanya Allahyarham P. Ramlee yang lebih prolifik) tetapi filem-filem beliau yang telah merangkul anugerah filem paling banyak dipersada antarabangsa. Antara filem-filemnya yang terkenal termasuk Bidasari, Raja Bersiong, Gerak Kilat, Jiwa Remaja, Sayang Anakku Sayang, Jasmin, dan Ranjau Sepanjang Jalan. Beliau juga terkenal sebagai penulis lirik dan lagu- lagunya termasuk lagu Berkorban Apa Saja, Tiru Macam Saya, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Azizah, dan banyak lagi. Beliau terima anugerah Datuk pada tahun 2001 dan pernah juga menghasilkan buku bertajuk Kaca Permata yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa & Pustaka.
[sunting] Perkahwinan
Beliau telah berkahwin dengan Rosnani Jamil dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Arjunaidi seorang Kapten pesawat Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) yang berumur 49 tahun, Anwardi, 48 pula telah mengikut jejak langkah ayahnya sebagai pengarah filem tetapi lebih cenderung kepada dunia perniagaan dan IT, dan anak terakhir Asnadi yang kini bermastautin di New Jersey, Amerika Syarikat berumur 41 tahun.