Jamila al-Shanti

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Jamila Abdallah Taha al-Shanti)
Jamila al-Shanti
جميلة الشنطي
Anggota Majlis Perundangan Palestin
Dalam jawatan
2006–2023
Anggota Biro Politik Hamas
Dalam jawatan
2021–2023
Butiran peribadi
Lahir(1955-03-15)15 Mac 1955
Meninggal dunia19 Oktober 2023(2023-10-19) (umur 68)
Gaza, Genting Gaza
KerakyatanPalestin
Parti politikHamas
PasanganAbdul Aziz al Rantisi (meninggal dunia)
PekerjaanKakitangan akademik, ahli politik, aktivis

Jamila Abdallah Taha al-Shanti (Arab: جميلة عبد الله طه الشنطي; 15 Mac 1955 – 19 Oktober 2023) ialah seorang ahli politik Palestin yang menjadi anggota pertubuhan pejuang Islam Hamas dan merupakan bekas anggota Majlis Perundangan Palestin. Beliau telah terbunuh dalam sebuah serangan udara Israel di Gaza pada 19 Oktober 2023, semasa Perang Gaza 2023.[1][2][3]

Kehidupan awal dan pendidikan[sunting | sunting sumber]

Jamila al-Shanti dilahirkan pada 15 Mac 1955.[4] Beliau memegang ijazah kedoktoran Ph.D dalam bahasa Inggeris.[4]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Jamila al-Shanti ialah anggota Hamas dan mengasaskan pertubuhan wanita kumpulan tersebut.[5] Beliau ialah wanita paling kanan dalam kalangan pemimpin Hamas yang dipilih pada 2006[5] memandangkan beliau berada di tempat ketiga senarai pemimpin yang terpilih. Beliau ialah wanita pertama yang menganggotai biro politik Hamas, yang dilantik pada 2021.[6] Beliau ialah balu kepada pengasas Hamas, Abdel Aziz al-Rantissi, yang dibunuh oleh Israel pada April 2004.[7][4] Beliau pernah bertugas sebagai kakitangan akademik di Universiti Islam Gaza.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ben-David, Ricky; Spiro, Amy; Davidovich, Joshua; Magid, Jacob; Ghert-Zand, Renee; Magid, Jacob; Fabian, Emanuel (2023-10-19). "Jamila al-Shanti, 1st woman in Hamas political bureau, said killed in Israeli strike". The Times of Israel. Diarkibkan daripada yang asal pada 2023-10-19. Dicapai pada 2023-10-19.
  2. ^ "Hamas political leader killed in Gaza". The Jerusalem Post. 2023-10-19. Diarkibkan daripada yang asal pada 2023-10-19. Dicapai pada 2023-10-19.
  3. ^ Dooley, Matthew (2023-10-19). "Hamas political leader killed by Israel in devastating strike against terrorists". Express.co.uk. Diarkibkan daripada yang asal pada 2023-10-19. Dicapai pada 2023-10-19.
  4. ^ a b c d "Brief profiles of Hamas leading candidates". Albawaba. 27 January 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 May 2022. Dicapai pada 19 September 2020.
  5. ^ a b Paola Caridi (20 March 2012). Hamas: From Resistance to Government. Seven Stories Press. m/s. 88. ISBN 978-1-60980-083-3. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 October 2023. Dicapai pada 19 September 2020.
  6. ^ "Jamila al-Shanti, 1st Woman In Hamas Politburo, Killed By Israel: Report". NDTV.com. Dicapai pada 2023-10-20.
  7. ^ Brown, Derek (2004-04-19). "Obituary: Abdel-Aziz al-Rantissi". The Guardian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2023-10-15. Dicapai pada 2023-10-19.