Janet Morgan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Janet Rachael Margaret (1921 - 1990) ialah bekas pemain skuasy dari England yang menguasai arena skuasy semasa tahun 50-an. Dia memenangi Terbuka British sebanyak 10 kali berturut-turut. Hal ini menjadikannya pemain skuasy paling popular sehinggalah kebangkitan Heather McKay.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Lahir di Wandsworth, London, Janet pada asalnya ialah seorang pemain tenis yang bermain untuk Britain dalam Piala Wightman pada tahun 1946. Dia kemudiannya beralih kepada sukan skuasy dimana pada tahun 1948 dan 1949 kalah diperingkat akhir kepada Joan Curry. Pada tahun 1950 dia memenangi gelaran Terbuka British buat pertama kali dengan menewaskan Curry dalam perlawanan akhir. Dia kemudiannya meneruskan pencapaiannya selama 10 tahun sehingga tahun 1959. Akibat kecederaan belakang, beliau terpaksa bersara pada tahun 1960. Dia menjadi Pengerusi pertama Persatuan Skuasy Wanita tidak lama kemudian.

Keputusan Terbuka British[sunting | sunting sumber]