Jang Geun-suk

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

[[Category: from May 2011]]

Jang Geun-suk
Jang Guen Sok - 2011-01-08 - 001.jpg
Jang Geun-suk, Bangkok, 2011-01-08
Kelahiran 4 Ogos 1987 (26 tahun)
Pekerjaan Pelakon
penyanyi, penari, Model
Tahun aktif 1998-kini
Tinggi 182cm
Nama Korea
Hangul 장근석
Hanja 張根碩
Perumian Semakan Jang Geun-seok
McCune–Reischauer Chang Kŭnsŏk
Laman web
http://www.jangkeunsuk.co.kr

Jang Geun-suk (Korean: 장근석;張根碩) ialah seorang pelakon, penyanyi dan model dari Korea Selatan. Dia terkenal kerana memegang watak ketua kumpulan pemuzik Hwang Tae Kyung dalam drama kegemaran ramai 2009 You're Beautiful, bersama-sama Lee Hong Ki, Jung Yong Hwa, Park Shin Hye dan Kim Yoo Jin yang juga dikenali sebagai UEE. Watak terbarunya ialah Kang Mu Gyul dalam siri komedi romantik 2010 Mary Stayed Out All Night, bersama Moon Geun Young.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Jang Keun-Suk dilahirkan pada 4 Ogos 1987 di Danyang Country, Chungcheongbuk-do, Korea Selatan. Dia seorang anak tunggal. Keun-Suk mula bekerja sebagai model kanak-kanak pada usia lima tahun setelah disedari seorang ejen pencari bakat. Pada masa itu, ibu bapa Keun-Suk sedang menjual rumah mereka dan ejen itu yang merupakan bakal pembeli ternampak Keun-Suk. Dapat merasai potensinya, ejen itu menasihatkan ibu bapa Keun-Suk supaya membenarkannya mencuba karier peragaan.

Nama[sunting | sunting sumber]

Karier[sunting | sunting sumber]

Jang Keun-Suk pertama kali berlakon dalam sitkom HBS 1997 "Selling Happiness" (Haengbokeul Pabmoda). Dia kemudian terus bekerja di tv sebagai pelakon kanak-kanak. Semasa berada di sekolah menengah rendah, Keun-Suk mendengar muzik penyanyi pop Jepun Ken Hirai. Dia cukup terpengaruh dengan kumpulan-kumpulan muzik ini sehingga dia mula belajar sendiri bahasa Jepun. Semasa berada di sekolah menengah atas, Keun-Suk ingin memasuki sekolah di New Zealand untuk mempelajari bahasa Inggeris dan Jepun. Berkat pengajiannya di New Zealand, dia mampu bertutur secara kasual dalam kedua-dua bahasa itu. Meskipun Keun-Suk meneruskan pengajiannya di New Zealand, satu tawaran kerja menyebabkannya kembali ke Korea Selatan dan memegang satu watak dalam sitkom MBC yang popular Nonstop 4. Setelah berlakon dalam Nonstop 4, Keun-Suk menjadi orang merosot dan merasakan lakonannya tidak cukup bagus. Dia kemudian memutuskan untuk menumpukan dirinya menjadi pelakon sebenar. Pada tahun 2005, lakonan Keun-Suk bagi watak anak presiden dalam drama SBS Lovers In Prague menjadi mendapat sambutan ramai dan amat diiktiraf oleh peminat drama.

Pada tahun 2006, Keun-Suk melangkah ke dunia perfileman menerusi filem seram Jepun One Missed Call: Final dengan memegang watak budak lelaki yang pekak. Menggunakan pengalaman lampaunya dalam bahasa Jepun, Keun-Suk mampu berkomunikasi dengan pelakon gandingan Jepun dengan mudah. Dia juga mempelajari bahasa isyarat sebagai persediaan memegang watak itu.

Kembali ke dunia drama, dia seterusnya memegang watak Kim Eun-ho, cinta pertama Hwang Jin-yi dalam drama TV Hwang Jin-i. Lakonan Keun-Suk menarik perhatian ramai peminat wanita. Dia juga membintangi drama KBS, Hong Gil Dong sebagai Putera Lee Changhwi. Pada tahun 2007, Keun-Suk menjadi pelakon dalam filem yang bertemakan muzik rock The Happy Life. Lakonannya sebagai Hyeon-ju dalam The Happy Life membolehkan Keun-Suk mempamerkan tarikan kelakiannya dan juga bakatnya sebagai penyanyi. Keun-Suk terus berlakon dalam dua judul berilhamkan muzik pada tahun 2008 dengan filem cetera Do Re Mi Fa So La Ti Do dan drama TV MBC kesukaan ramai Beethoven Virus.

Watak seterusnya yang dipegang Keun-Suk dalam triller 2009 The Case of Itaewon Homicide merupakan watak penjenayah pertamanya. Filem itu berdasarkan sebuah kisah benar tentang satu pembunuhan yang terjadi di sebuah restoran Burger King di Itaewon, Korea Selatan. Keun-Suk memegang watak Pearson, seorang pemuda Amerika-Korea yang mengalami masalah gangguan dan dituduh menikam seorang pelajar. Keun-Suk perlu bertutur dalam bahasa Inggeris dalam keseluruhan filem itu, satu kerja yang dilakukan dengan baik, menurut BeyondHollywood.com: "Jang Keun Suk melakonkan watak Pearson yang perengus dengan amat baik sekali."[1]

Pengkritik dan penggemar filem juga memuji lakonan Keun-suk. Satu ulasan wayang yang disiarkan di LondonKoreanLinks.com menyebut: "Pemilihan watak dibuat dengan bijak dengan Jang Keun-suk sebagai tertuduh yang 'tidak bersalah', popularitinya menyebabkan penonton merasa simpati dan hangat terhadap perwatakan yang tidak menarik. Dia melakonkan wataknya dengan baik, dia keluar dari peribadi biasanya yang ceria dan, di samping terpaksa bertutur dalam bahasa Inggeris untuk keseluruhan filem, ia agak mengagumkan. Sudah tentu ia bukanlah telor Amerika yang sempurna, namun ia sendiri memainkan bahagian yang penting."[2]

Dalam You're Beautiful, Keun-suk memegang watak Hwang Tae-Kyung, ketua kumpulan muzik pop A.N.Jell yang jatuh cinta dengan seorang anggota kumpulan yang sama yang merupakan seorang gadis yang menyamar sebagai lelaki bagi pihak saudara lelakinya, yang dilakonkan Park Shin Hye. Drama itu turut dibintangi Lee Hong Ki dan Jung Yong Hwa.

Keun-suk juga adalah salah seorang pelakon yang muncul dalam penggambaran foto "Kolon Christmas Photo Shoot" pada tahun 2008, bersama-sama Joo Jin Mo, Song Il-gook, Ko Soo, dan Park Jae-jung.[3] Dia juga adalah pengacara rancangan Tracking Your X Boyfriend. Dia juga terkenal dengan personaliti terus terang dan tarian tektoniknya.

Walaupun dia menyanyi untuk beberapa buah dramanya, dia tidak pernah mengeluarkan sebarang muziknya kecuali beberapa lagu untuk iklan: "Black Engine" untuk kosmetik dan penjagaan kulit lelaki, dan "Magic Drag" untuk pemain mp3 YP-M1 dari talian YEPP Samsung.

Pada tahun 2011, dia berlakon dalam wayang Korea yang diadaptasi daripada drama Jepun, Kimi wa Petto (You're My Pet).

Keun-suk terlibat dalam beberapa iklan datahun 2010-2011 seperti Ole Beauty Candy, Zegda CF, Code Combines CF dan Samsung Galaxy Player.[4]

Album single pertamanya sebagai penyanyi, "Let Me Cry" telah diterbitkan oleh Pony Canyon di Jepun pada 27 April 2011. "Let Me Cry" menduduki tempat pertama dalam carta album single Oricon Jepun, meletakkan dia sebagai artis bukan Jepun pertama yang menduduki tempat pertama bagi debut dalam carta.[5]

Pada bulan Ogos 2011, Jang Keun suk dan Moon Geun Young pergi ke Jepun bagi Jelajah Mary Stayed Out All Night mereka. Terdapat 4 buah pertemuan dengan peminat Mary Stayed Out All Night di Jepun, dua di Tokyo manakala dua lagi di Osaka. Pertemuan dengan peminat mereka adalah yang terbesar pernah diadakan setakat ini yang dihadiri seramai 60,000 orang.

Pada penghujung bulan September 2011, Jang Keun suk secara rasmi menerbitkan album Cina pertamanya yang berjudul The Lounge H Vol.1 di China dan Asia Tenggara.[6][7] Jang Keun suk bekerjasama dengan pemuzik Big Brother (大兄弟) untuk mencipta dua dalam Team H. Big Brother mengambil bahagian dalam penulisan, ciptaan, gubahan semula lagu-lagu, malahan rap. The Lounge H Vol.1 mengandungi 4 trak dengan lagu utama "Gotta Getcha." Kononnya Jang Keun suk sendiri menulis lirik lagu ini. Trak ini menunjukkan rentak yang kuat dan rap yang bertenaga. Album itu turut memuatkan video muzik bagi "Gotta Getcha" dan klip-klip istimewa belakang pentas.

Jang Keun suk terpilih untuk membintangi melodrama remaja barunya Love Rain bersama Yoona dari kumpulan Girls' Generation.

Filmografi[sunting | sunting sumber]

TV[sunting | sunting sumber]

Tahun Judul Watak Catatan
1998 Hug
2001 Women's World (여인천하)
Four Sisters' Story (네 자매 이야기)
2002 The Great Ambition (대망) young Si-yeong Park
School
Orange
Ladies of the Palace Eun-a Ja
2003 Nonstop 4
2005 Lovers in Prague Yoon Gun-hee
2006 i am sam Bong Sam / Alexander
Hwang Jin-i Kim Eun Ho
2008 Hong Gil Dong Lee Chang Hwi
Beethoven Virus Kang Gun Woo (Trumpet)
2009 You're Beautiful Hwang Tae Kyung
2010 Mary Stayed Out All Night / Marry Me, Mary! (매리는 외박중) Kang Mu-Kyul
2011 Ikemen desu ne (美男ですね) sebagai dirinya / Gunsoku

(Cameo, Episod 8)

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Judul Watak Catatan
2006 One Missed Call: Final An Jinu Filem Jepun
2007 Happy Life (즐거운 인생) Hyeon-jun
2008 The Longest 24 Months ( 기다리다 미쳐 ) Won-Jae
Do Re Mi Fa So La Ti Do Eun-gyu
Baby and I Han Joon-Su
2009 Itaewon Murder Case (이태원 살인사건) Pearson Watak penutur bahasa Inggeris
2011 You're My Pet (너는팻) In Ho / "Momo" adaptasi filem komik Kimi wa Petto (きみはペット)

Anugerah[sunting | sunting sumber]

  • Anugerah Drama SBS 2009: Anugerah Bintang Remaja (Pelakon) - You're Beautiful
  • Anugerah Drama SBS 2009: Anugerah Populariti Netizen- You're Beautiful
  • Anugerah Drama MBC 2008: Anugerah Pelakon Baru - Beethoven Virus
  • Anugerah Drama KBS 2008: Anugerah Populariti (Pelakon) - Hong Gil Dong
  • Anugerah Seni Baeksang Tahunan kali ke-44 SBS 2008 - Pelakon Baru Tebaik (Movie- The Happy Life)
  • Anugerah Prestasi KBS 2006: Anugerah Pasangan Terbaik (Bersama bintang gandingan Ha Ji Won)
  • MNet TOP 100 Charming Guys Who are Single
  • MNet Top 100 Adorable Males (2006): # 29
  • MNet Top 100 Must Have Males (2007): # 3
  • Anugerah Drama KBS 2007: Pelakon pasangan terbaik (Sung Yuri & Jang Geun Suk )
  • Anugerah Drama KBS 2008: Hong Gil Dong - Pelakon pasangan terbaik (Jang Geun Suk & Sung Yuri )

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Korea-actor-stub