Jarak hamal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Jarak hamal dan keserongan sfera cakerawala. Arah utama sistem ini ialah ekuinoks musim bunga, nod menaik bergerhana (merah) pada khatulistiwa cakerawala (biru). Jarak hamal dikira ke arah timur sepanjang khatulistiwa itu dari arah utama.

Jarak hamal (Jawi: جارق حمل; istilah lain: penaikan mustakim (ڤناءيقن مستقيم); Inggeris: Right ascension, kependekannya: RA, simbol: α)[1] merupakan istilah ilmu falak untuk salah satu daripada dua koordinat arah suatu titik pada sfera cakerawala atau sfera samawi dalam sistem koordinat khatulistiwa, yang biasanya digabungkan dengan keserongan. Jarak sudut jarak hamal diukur ke arah timur di sepanjang khatulistiwa cakerawala dari ekuinoks musim bunga ke bulatan jam titik yang dipersoalkan.[2]

Penerangan[sunting | sunting sumber]

Jarak hamal adalah setara dengan longitud di Bumi. Kedua-dua jarak hamal dan longitud mengukur sudut dari arah utama (takat sifar) di khatulistiwa. Untuk jarak hamal, arah utamanya dikenali sebagai ekuinoks musim bunga atau titik awal Aries, yang mana ia merupakan tempat pada sfera cakerawala dimana Matahari melintasi khatulistiwa cakerawala dari selatan ke utara pada ekuinoks bulan Mac. Jarak hamal diukur secara berterusan dalam bulatan penuh ke arah timur.[3]

Sebarang unit ukuran sudut boleh digunakan untuk jarak hamal, tetapi kebiasaannya ia diukur dalam jam ( j ), minit ( m ) dan saat ( s ), dengan 24j menjadi setara kepada bulatan penuh. Ini adalah hasil daripada kaedah mengukur jarak hamal dengan menentukan masa laluan objek meridian sebagaimana Bumi berputar. Kerana bulatan yang lengkap mempunyai 360°, 1j jarak hamal adalah bersamaan dengan 124 daripadanya atau 15 darjah lengkuk, 1m jarak hamal adalah sama dengan 15 minit arka dan 1s pula sama dengan 15 saat arka.[4]

Disebabkan jarak hamal (RA) diukur dalam jam (putaran bumi), ia boleh digunakan untuk menentukan waktu kedudukan objek-objek di langit. Sebagai contoh, jika bintang dengan RA = 01j 30m 00s pada meridian, maka bintang dengan RA = 20j 00m 00s akan berada di meridian pada 18.5 jam ikut bintang kemudian.

Sudut jam ikut bintang digunakan dalam pelayaran cakerawala adalah serupa dengan jarak hamal tetapi meningkat ke arah barat lebih daripada ke arah timur. Adalah penting untuk tidak terkeliru antara sudut jam ikut bintang dengan konsep ilmu falak sudut jam, yang mengukur jarak sudut suatu objek ke arah barat dari meridian tempatan.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Istilah "penaikan mustakim" di PRPM". Diperoleh pada 21 Oktober 2012. 
  2. Pejabat Almanak Nautika Balai Cerap Tentera Laut Amerika Syarikat (1992). Seidelmann, P. Kenneth, pengarang. Penerangan Tambahan kepada Almanak Astronomi. University Science Books, Mill Valley, California. ms. 735. ISBN 0-935702-68-7. 
  3. Moulton, Forest Ray (1916). "Pengenalan Astronomi". Macmillan Co., New York. ms. 125–126. ; di Buku Google
  4. Moulton (1916), halaman 126.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]