Jaring Communications

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

JARING Communications atau JARING adalah agen yang mengenalkan internet kepada masyarakat Malaysia pada tahun 1992. JARING menjadi entiti komersil selepas satelit antarabangsa yang disewanya pada kelajuan 64kps mula dipasang yang menghubungkan Kuala Lumpur ke Stockton di Amerika Syarikat. Bermula dari hanya 28 orang pelanggan, ia sudah berkembang menjadi 0.8 juta pada tahun 2005 kepada lebih dari satu juta pelanggan pada akhir tahun 2007.[perlu rujukan]

Pada Jun 1997, JARING menjadi penyedia perkhidmatan Internet pertama di Asia Tenggara yang memasang talian T3 (45Mbps) yang memberi pelanggan JARING capaian internet yang laju. Melaluinya juga, pelanggan boleh mencapai Internet secara langsung termasuk ke BITNET dan NSFNet.

Pada tahun 1999, Jaring menjadi tulang belakang infrastruktur internet yang boleh mencapai kelajuan transmisi 2.5 Gigabit sesaat melalui SuperJARING, dan menjadikannya yang terpantas dan terpanjang (841km) sebagai perkhidmatan "IP-over-fibre" di dunia pada masa itu. SuperJARING mampu memberi perkhidmatan untuk perkhidmatan yang menggunakan jalur lebar dengan intensif seperti telefoni Internet, pembelajaran jarak jauh dan teleperubatan.

JARING Communications Sdn Bhd kemudiannya ditubuhkan sebagai syarikat di bawah MIMOS Berhad pada 1 April 2005.

Pada bulan Disember 2006, Kementerian Kewangan Malaysia secara rasmi mengambil alih JARING dari MIMOS Berhad.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]