Jaringan Pengangkutan di Semenyih

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Anda mesti tambahkan parameter |reason= ke dalam templat ini - gantikannya dengan berikut: {{Rapikan|reason=<Sebab kamu disini>}}, atau padamkan templat ini.

Jaringan pengangkutan biasanya melibatkan pengangkutan darat, pengangkutan di laut dan di udara. Tetapi di Semenyih , hanya terdapat jaringan pengangkutan di darat sahaja iaitu jalan raya berturap 2 lorong bertar dan lebuh raya .

Jalan raya berturap[sunting | sunting sumber]

Jalan raya yang utama di Semenyih ialah jalan utama dari Kuala Lumpur ke Seremban mengikut jalan lama. Semenyih terletak di tengah-tengah jalan lama ini yang dibina sekitar tahun 1880-an. Kuala Lumpur merupakan ibu negara Malaysia . Seremban pula ialah ibu negeri Negeri Sembilan. Jadi Semenyih mendapat nikmat dari pembiTeks tebalnaan jalan raya yang dibina pada zaman Residen Selangor , Frank Swettenham ini. Apabila Malaysia mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 , semua jalan raya ditadbir oleh Pejabat Daerah Hulu Langat. Majlis Perbandaran Kajang telah ditubuhkan pada 1990 dan Semenyih termasuk dalam pentadbiran MPKJ yang beribu pejabat di bandar Kajang.

Di kawasan taman perumahan pula, jalan raya 2 lorong bertar dibina oleh pihak pemaju perumahan . Antara taman perumahan yang besar dan penting di Semenyih ialah Taman Tasik Semenyih, Bandar Teknologi, Bandar Rinching, Bandar Tasek Kesuma dan Bandar Sunway (2004). Taman perumahan yang terawal ialah Rumah Rakyat ( 1969) dan Desa Kenanga. Sistem perumahan di Kanada pula lebih terancang dan jauh antara satu sama lain.

Jambatan telah dibina menyeberangi Sungai Semenyih , berhampiran stesen minyak Petronas sekarang.. Beberapa jambatan lain turut dibina bagi mengatasi jamabatan kayu yang tidak tahan lama. Antaranya ialah jambatan ke Kampung Tanjung , jambatan berhampiran Sate Jamil dan jambatan di Kampung Baru Semenyih.

Lampu isyarat telah dibina bagi memudahkan pengguna menggunakan jalan raya dan lebh raya. Ini menunjukkan Semenyih semakin pesat membangun . terdapat 6 persimpangan berlampu isyarat di Semenyih.

Dan pada tahun 2008 sebuah universiti telah dibina di Taman Tasik Semenyih, Jln Broga. Universiti ini adalah Universiti Nottingham. Anggaran 20 % pelajar luar negara & 35% pelajar tempatan di mendiami di Taman Tasik Semenyih. Selebihnya di Bandar Rincing, Sunway Semenyih & Desa Mewah.

Lebuh raya[sunting | sunting sumber]

Terdapat 2 buah lebuh raya di Semenyih iaitu Lebuh raya Kajang Silk yang siap dibina pada 2001 dan Lebuh raya Lekas yang akan siap dibina pada tahun 2009. Lebuh raya ini menghubungkan Kuala Lumpur ke Seremban, ke Putrajaya, Kajang, Seri Kembangan , Bandar Baru Bangi, Balakong, Sungai Chua, Sungai Long , Nilai dan lain-lain kawasan perindustrian , pentadbiran dan perumahan utama di Malaysia.

Lebuh raya ini dibina oleh syarikat swasta dan diberi konsesi untuk mengutip tol selama 25 tahun. Pada tahun 2008, tol yang dikenakan di setiap pintu tol ialah RM1.00 sahaja. Pembinaan lebih raya ini memberi peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan . Malahan pekerja yang tidak cukup menyebabkan kontraktor membawa masuk pekerja dari Indonesia dan lain-lain.

Faktor Mempengaruhi Jaringan Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

Beberapa faktor yang mempengaruhi jaringan pengangkutan di Semenyih . Antaranya ialah dasar kerajaan , kegiatan ekonomi di SemenyIh sejak dahulu hingga sekarang, limpahan pembangunan di Lembah Kelang, faktor muka bumi dan lain-lain.

Faktor Ekonomi[sunting | sunting sumber]

Kelebihan Semenyih ialah banyaknya lombong bijih timah yang kini telah dikambus menjadi taman perumahan dan kolam-kolam memancing ikan. Antaranya ialah lombong Toh Wan Sang dan Sim Tee Ming . Banyak telah dijadikan taman perumahan seperti Bandar Teknologi , Taman Seri Tanjung dan Taman Semenyih Ria.

Ladang getah juga banyak di Semenyih dan mendesak pegawai British untuk membina jalan raya . Antaranya ialah Ladang Semenyih, Ladang Dominion, Ladang Kajang, Ladang Sungai Purun , Ladang Sydney dan lain-lain. Ladang getah di kiri dan kanan jalan Kajang – Semenyih – Beranang telah dibina taman perumahan dan bandar baru.

Limpahan Pembangunan Lembah Kelang[sunting | sunting sumber]

Kuala Lumpur dan Petaling Jaya serta Lembah Kelang tidak dapat menampung kemajuan pembangunan. Oleh itu semakin banyak perumahan, perindustrian di bina di Semenyih dengan harga lebih murah. Penduduk tidak mahu tinggal di rumah pangsa dan kondominium di Kuala Lumpur Harganya pula mahal . Sebaliknya mereka mahu membeli rumah teres . Maka jalan raya telah dibina oleh pemaju perumahan dan jalan utama telah diperbesarkan.

Keadaan ini lebih ketara pada tahun 1998 dan siapnya bandar pentadbiran Putrajaya dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang, Selangor. Litar Formula 1 di Sepang siap tahun 1999. Kilang-kilang haram di tebing Sungai Langat telah dipindahkan ke Semenyih. Semenyih juga menjadi alternatif terbaik untuk loji insenarator sampah, penjara Pudu , tanah perkuburan , pusat tahanan imigresen dan lain-lain.

Faktor muka bumi[sunting | sunting sumber]

Mukabumi Semenyih pula agak rata kecuali di hulu Sungai Tekala ke arah Banjaran Titiwangsa. Semenyih bukanlah kawasan banjir lagi setelah Sungai Semenyih diluruskan pada 1964 . Empangan Semenyih pula siap pada tahun 1985 dan dasar sungai menjadi cetek . Jalan raya yang bengkok telah diluruskan seperti di hadapan Jabatan Pengangkutan Jalan, Semenyih . Tidak banyak sungai yang lebar dan dalam yang menghalang pembinaan jalan raya kecuali Sungai Semenyih. Sungai Semenyih ini lebarnya hanya 10 meter dan kedalaman air 1 meter sahaja setelah Empangan Semenyih siap dibina.

Dasar Kerajaan[sunting | sunting sumber]

Penduduk Semenyih amat beruntung kerana dasar kerajaan yang cekap dan adil sejak era British . Selepas merdeka 1957 kerajaan Barisan Nasional hinggalah kepada kerajaan negeri Pakatan Rakyat 2008. Jabatan Kerja Raya , Pejabat Daerah Hulu Langat, Majlis Perbandaran Kajang , penghulu Semenyih dan ketua-ketua kampung telah menjalankan fungsi mereka bagi memastikan jalan raya dibina hingga ke hujung-hujung kampung. Jalan raya di Selangor jauh lebih baik berbanding di Kelantan, Perak dan Kedah.

Penswastaan lebuh raya telah dilaksanakan oleh kerajaan bagi menjimatkan kos dan memindahkan kos kepada pengguna lebuh raya berkereta sahaja . Maka Projek Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) telah dibina dan mengurangkan kenderaan di jalan lama Kajang – Semenyih – Seremban. Bilangan kenderaan yang semakin banyak menyebabkan Lebuh raya Kajang Silk dan Lebuh raya Lekas telah dibina walaupun kosnya sangat tinggi.

Kepentingan Sistem Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

Kepentingan atau faedah dari pembinaan jalan raya dan lebuh raya sangat banyak dan dapat dinikmati oleh seluruh penduduk di Semenyih.

Jarak antara bandar ke bandar dapat dipendekkan dan seterusnya mengurangkan kos minyak, kos tambang, masa perjalanan juga lebih singat dan selamat. Kaki tangan awam dari Semenyih dan Seremban yang bekerja di Putrajaya, Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Shah Alam dapat mengurangkan kos, masa dan tenaga manusia. Begitu juga pekerja kilang di Bandar Baru Bangi, Puchong, Kuala Lumpur , Kajang dan lain-lain dapat sampai ke tempat kerja sebelum 9.00 pagi. Kanada sebagai negara maju menjadikan sistem pengangkutan sebagai pemangkin / pendorong pembangunan.

Sekolah dan universiti semakin banyak di Semenyih dan di bandar berhampiran. Di Semenyih sahaja terdapat 5 buah sekolah menengah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Engku Husain, Sekolah Menengah Teknik Kajang, Sekolah Menengah Tasek Kesuma, Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Rinching . IPTS dan IPTA di Semenyih ialah Universiti Nottingham, Pusat Giat MARA Beranang, Kolej Profesional MARA Beranang dan Kolej Lagenda di Pajam. Ini tidak termasuk UKM, UPM, MMU, Kolej New Era, UNITEN , Kolej Lagenda di Nilai dan banyak lagi di Bangi. Dengan adanya jalan raya dan lebuh raya, kos , masa dan tenaga dapat dijimatkan.

Kegiatan ekonomi semakin meningkat dan seiring dengan pembinaan jalan raya dan lebuh raya . Lombong bijih timah telah ditutup . Ladang getah telah diganti dengan ladang kelapa sawit . Harga kelapa sawit kini ialah RM600 satu tan. Banyak ladang getah telah ditukar kepada taman perumahan dan pekerja ladang terpaksa menukar kerja , rumah ladang dirobohkan atau mereka terpaksa menganggur. Kerja-kerja di ladang dan kilang pula direbut oleh pekerja asing dari Indonesia , Bangladesh dan lain-lain.

Pasar raya di Semenyih semakin banyak . Mulanya hanya Pasar Raya Econsave dibuka. Kemudian Pasar Raya Fajar ( The Store) , Pasar raya Karnival, Pasar raya Mega Maju dan Pasar raya Billion. Kemudian muncul cawangan pasar raya luar negeri seperti Tesco dan Giant. Sebuah lagi Tesco akan dibuka di Bandar Rinching. Di pekan Semenyih sahaja terdapat 2 pasar basah iaitu di Pekan Semenyih dan di Kampung Baru.

Kesan Jaringan Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

Jaringan sistem pengangkutan di Semenyih menimbulkan kesan positif dan negatif kepada penduduk dan alam sekitar di Semenyih.

Semenyih semakin popular dan menjadi pilihan utama penduduk Lembah Kelang yang tidak sanggup tinggal di Kuala Lumpur. Pegawai kerajaan yang bekerja di Putrajaya juga memilih Semenyih kerana jaraknya hanya 20 km sahaja . Gaya hidup dan taraf hidup penduduk juga berubah . Kereta mewah seperti Mercedes dan MPV semakin banyak di jalan raya yang menunjukkan penduduk Semenyih semakin mewah.

Penduduk Semenyih kini berasal dari merata-rata negeri seperti Perak , Pahang, Kelantan, Melaka dan lain-lain. Malahan mahasiswa Universiti Nottingham datang dari Arab Saudi, Sudan, Kuwait, Uzbekistan , Pakistan, Brunei dan lain-lain negara. Ratusan pekerja asing dari Indonesia, Bangladesh, Vietnam, Myanmar keluar membeli-belah di pasar malam Semenyih hingga menimbulkan rasa tidak selamat.

Kewujudan bandar-bandar baru[sunting | sunting sumber]

Semenyih terbahagi kepada dua bahagian ialah Semenyih dan Hulu Semenyih. Bandar Sunway Semenyih yang lengkap dengan kolam mandi . Bandar Teknologi Kajang lengkap dengan kilang-kilang bagi menampung kilang haram yang berselerak di Selangor. Bandar Rinching lengkap dengan sekolah rendah dan menengah. Bandar Tasek Semenyih menampung keperluan warga Universiti Nottingham. Bandar Tasek Kesuma menampung keperluan Kolej Profesional MARA.

Kawasan perindustrian semakin bertambah[sunting | sunting sumber]

Lebih 150 buah kilang kecil dan sederhana terdapat di Semenyih sahaja. Semua kilang-kilang ini tersenarai dalam laman web http://www.yellowpages.com.my . Pelabur asing dari Jepun, Korea , Taiwan, Amerika Syarikat mudah menggunakan KLIA yang jaraknya 40 km dari Semenyih. Pelabuhan Kelang juga tidak begitu jauh dan dihubungkan dengan Lebuh raya Kesas, Lebuh raya Damansara – Puchong, Lebuh raya Kajang Silk dan Lebuh raya Lekas ke Semenyih. Kilang-kilang ini menggunakan sistem kontena yang boleh membawa barang secara pukal, murah , dijamin selamat dan pantas.

Antara kawasan industri di Semenyih ialah Kawasan Perindustrian Sungai Lalang, Kawasan Perindustrian Jalan Bangi, Taman Industri Asa Jaya, Kawasan Perindustrian Kajang Baru, Bandar Teknologi Kajang , Kawasan Industri Beranang dan lain-lain lagi.

Permasalahan Jaringan Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

Kesesakan jalan raya di hadapan Jabatan Pengangkutan Jalan , di hadapan Kuil Sri Subramaniar dan di hadapan Restoran Yus, Semenyih. Rungutan dan sungutan semakin kerap disiarkan di dalam surat khabar antara 2000 – 2008 . Setiap pagi ( 7.30 – 9.00 pagi) kesesakan berlaku di jambatan Sungai Semenyih dan di JPJ Semenyih. Lebuh raya Lekas belum siap sepenuhnya dan menimbulkan ‘bottle neck’ di situ. Jika hujan lebat turun seperti pada 4 – 5 April 2008, kesesakan melampau berlaku. Pokok tumbang dan dahan pokok jatuh ke jalan raya.

Jalan semakin sempit di bandar Semenyih kerana pusat bandar kini terletak di Semenyih Sentral. Rumah kedai di Jalan Besar Semenyih yang dibina sekitar 1928 semakin tidak teratur dan kesesakan selalu berlaku. Bas awam tidak dapat masuk ke Hentian Bas Semenyih yang terletak di Semenyih Sentral. Setakat ini laluan sehala tidak dapat menyelesaikan masalah. Ruang letak kereta tidak mencukupi kerana bilangan kereta semakin bertambah.

Jambatan-jambatan sedia ada patut diperbesarkan . Semakin lambat kerja-kerja pelebaran dibuat maka kos pembinaan semakin meningkat. Pampasan tanah yang diambil oleh kerajaan juga akan meningkat secara mendadak.

Paip air , kabel telefon dan kabel elektrik selalu berkongsi dengan jalan raya. Sepatutnya paip air dipindahkan ke tempat lain. Tiang – tiang lampu janganlah terlalu rapat dengan jalan raya sehingga menyukarkan kerja-kerja pelebaran jalan.

Kubur Kristian berdekatan stesen minyak BHP patut dipindahkan agar jalan raya di situ dapat dinaik taraf . Begitu juga rumah-rumah kedai lama patut diganti dengan yang baru bagi membolehkan jalan raya dilebarkan demi keselesaaan pengguna jalan raya. Sentimen agama patut diketepikan demi keselesaan orang yang hidup.

Jalan raya berlubang dan tidak rata di Jalan Sungai Lalang dan Jalan Bangi Lama. Begitu juga jalan di Broga padahal Universiti Nottingham terletak di sana. Jalan Bangi Lama selalu rosak kerana tanahnya lembik. Satu ketika dahulu sawah padi terdapat di Kampung Sungai Purun . Di taman perumahan pula banyak bonggol-bonggol dibina bagi menghalang kenderaan dipandu laju.

Kerja pembaikan paip air lama kerap dilakukan oleh syarikat Syabas Sendirian Berhad . Bekalan air sering terputus walaupun Empangan Semenyih hanya 12 km sahaja . Ini kerana Empangan Semenyih membekalkan air untuk penduduk Lembah Kelang. Sementara penduduk Semenyih mendapat air dari Loji air di Jenderam dan Empangan Hulu Langat. Keadaan ini ibarat monyet di hutan Sungai Tekala disusukan , anak dikendong kehausan.

Lampu isyarat tidak cukup seperti di hadapan Taman Paling Jaya dan Bandar Teknologi Kajang. Lampu isyarat dapat mengurangkan kemalangan dan meningkatkan kecekapan pemanduan.

Pencemaran alam sekitar berlaku kerana bilangan kenderaan semakin banyak. Asap kenderaan terutama lori lama melepaskan karbon monoksida dan menyebabkan penduduk mendapat penyakit asma dan bronkitis. Kerajaan patut menghalang bas karat , lori hantu dan kereta usang berada di jalan raya. Kanada juga banyak kenderaan tetapi pencemaran terkawal.

Flora dan fauna semakin pupus seperti monyet. ‘Monyet’ adalah asal nama Semenyih (Semonyeh) tetapi haiwan liar itu tidak pernah muncul lagi.

Langkah-langkah mengatasi[sunting | sunting sumber]

  1. Jabatan Kerja Raya mestilah lebih proaktif dan memantau sebarang kelemahan.
  2. Majlis Perbandaran Kajang yang bertanggungjawab terhadap jalan-jalan negeri patut menyediakan ‘telefon panas’ yang mudah dihubungi.
  3. Syarikat Syabas Sdn Bhd hendaklah melakukan kerja-kerja penggantian paip air lama secara sistematik
  4. Jabatan Perancangan Bandar harus menyediakan pelan struktur bandar Semenyih supaya memenuhi hasrat Wawasan 2020.
  5. Bilangan kenderaan awam mestilah ditambah seperti bas RapidKL dan mengurangkan lori hantu di jalan-jalan raya.
  6. Pembinaan lebuh raya menjadi tanggungjawab kerajaan juga kerana syarikat swasta hanya mementingkan keuntungan berlipat ganda. Lama kelamaan penduduk Semenyih akan merungut dengan tol yang dikenakan setiap hari.
  7. Pengguna jalan raya mestilah tidak membuang bungkusan makanan dari kenderaan mereka. Jagailah kebersihan jalan raya dan lebuh raya seperti menjaga halaman rumah sendiri.
  8. Syarikat Alam Flora mestilah menebas / memotong rumput dan memastikan pokok condong di kiri dan kanan jalan raya ditebang . Jalan kampung selalunya tidak ditebas.
  9. Pelan Struktur Semenyih yang komprehensif hendaklah diadakan dan dipamerkan di Balai Penghulu Semenyih. Pemimpin politik dan pegawai kerajaan seperti pegawai daerah dan penghulu mestilah turun padang bagi mendengar rintihan rakyat .
  10. Masalah mat rempit harus ditangani. Jangan jadikan jalan raya sebagai medan perkuburan.