Jata Negara Uthmaniyyah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Jata Negara Uthmaniyyah

Setiap sultan Empayar Turki Uthmaniyyah mempunyai monogramnya yang tersendiri yang dipanggil tughra yang berfungsi sebagai jata atau lambang negara. Jata negara yang moden diinspirasikan oleh jata negara milik kuasa Eropah seperti Jata Negara British dicipta pada kurun ke-19. Bentuk terakhir jata negara Uthmaniyyah dipersetujui oleh Sultan Abdul Hamid II pada 17 April 1882. Ia juga termasuk dua bendera: bendera Dinasti Uthmaniyyah yang mempunyai sebuah bulan sabit dan bintang dengan asas berwarna merah dan bendera khalifah Islam yang mempunyai tiga buah bulan sabit dengan asas berwarna hijau.

Sesetengah elemen grafik jata negara Uthmaniyyah seperti bujur ditengahnya serta bulan sabit terbaliknya dan bintang adalah diedit semula di dalam jata negara Republik Turki yang ada sekarang.