Java Transaction API

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Java Transaction API (JTA) merupakan salah satu API Java Enterprise Edition (Java EE) yang menbolehkan urus niaga teragih terjadi antara sumber-sumber X/Open XA pelbagai dalam persekitaran Java. JTA ialah sebuah piawaian yang dibangunkan di bawah Java Community Process sebagai JSR 907.

Seni bina X/Open XA[sunting | sunting sumber]

Dalam seni bina X/Open XA, pengurus urus niaga atau pemantau pemprosesan urus niaga (PPUN), menyelaraskan urus niaga antara pelbagai sumber seperti pangkalan data dan baris gilir mesej (message queue). Setiap sumber masing-masing menpunyai pengurus sumber sendiri. Pada kebiasaannya, pengurus sumber mempunyai API sendiri untuk memanipulasi sumber terbabit, sebagai contoh, API JDBC digunakan oleh pangkalan data hubungan. Tambhan lagi, pengurus sumber membolehkan PPUN untuk menyelaras sebuah urus niaga teragih antara pengurus sumbernya dengan yang lain. Akhir sekali, terdapa aplikasi yang berhubung dengan PPUN untuk memulakan, melakukan atau gulung balik (rollback) urus niaga berkenaan. Aplikasi itu juga berhugung dengan sumber-sumber individu menggunakan APInya sendiri untuk mengubah suai sumber terbabit.


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.