Jawatankuasa Keselamatan Awam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Comité de Salut Public ('Jawatankuasa Keselamatan Awam'), tahun 1794. Cetakan Perancis, pembuat tidak diketahui, abad ke-18.

Jawatankuasa Keselamatan Awam (Perancis: Comité de salut public), yang diwujudkan dalam bulan April 1793 oleh Persidangan Kebangsaan dan kemudiannya dirombak pada bulan Julai 1793, merupakan kerajaan 'de facto' Perancis semasa berlakunya Pemerintahan Ganas (1793–1794), satu fasa dalam Revolusi Perancis. Jawatankuasa menggantikan Jawatankuasa Pertahanan Am yang ditubuhkan pada bulan Januari 1793 dan mengambil alih peranannya sebagai pelindung republik yang baru diwujudkan daripada ancaman serangan luaran dan pemberontakan dalaman.

Sebagai langkah waktu perang, Jawatankuasa — yang pada mulanya terdiri daripada sembilan, dan kemudian 12 ahli — diberi kuasa meluas terhadap usah-usah ketenteraan, kehakiman dan perundangan. Kuasanya memuncak di bawah pimpinan Maximilien de Robespierre, antara bulan Ogos 1793 dan Julai 1794. Kuasa Jawatankuasa merosot selepas kejatuhan Robespierre, dan ia dibubarkan pada tahun 1795.

Nota[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Templat:French Revolution navbox