Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa
International Olympic Committee
Comité International Olympique

Olympic rings with transparent rims.svg

Penubuhan 23 Jun 1894
Jenis Pertubuhan sukan
Ibu pejabat Lausanne, Switzerland
Keahlian 205 Komiti Olimpik Nasional
Bahasa rasmi Inggeris, Perancis
Presiden Thomas Bach
Laman sesawang http://www.olympic.org

Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (Bahasa Inggeris: International Olympic Committee (IOC), Bahasa Perancis: Comité International Olympique) merupakan sebuah pertubuhan yang bertapak di Lausanne, Switzerland. Ia ditubuhkan oleh Pierre de Coubertin dan Demetrios Vikelas pada 23 Jun 1894. Jawatankuasa ini memiliki keahlian seramai 205 Komiti Olimpik Nasional.

Jawatankuasa ini mengaturkan Sukan Olimpik pada musim panas dan musim sejuk setiap empat tahun. Sukan Olimpik Musim Panas moden yang pertama dijalankan di Athens, Greece pada tahun 1896; Sukan Olimpik Musim Sejuk yang pertama pula telah diadakan di Chamonix, Perancis, pada tahun 1924. Pada tahun 1992, kedua-dua Olimpik Musim Panas dan Olimpik Musim Sejuk diadakan pada tahun yang sama. Bermula dari tahun 1994, Jawatankuasa mengalihkan Olimpik Musim Sejuk ke dua tahun selepas Olimpik Musim Panas, demi membantu menjarakkan persediaan kedua-dua Olimpik ini.

Pejabat IOC di Lausanne.

Penubuhan[sunting | sunting sumber]

Setem Jerman Timur tahun 1985.

Pada 23 Jun 1894, Sukan Olimpik telah diwujudkan semula oleh Pierre de Coubertin selepas tidak berlangsung kira-kira 1500 tahun. Coubertin berharap sukan sebegini mampu mewujudkan dan mengeratkan hubungan serantau antara negara serta keamanan. IOC ialah pertubuhan yang mengendalikan segala urusan pengaturcaraan semasa permainana dan merupakan pemilik hak cipta serta segala aset yang berkaitan dengan Sukan Olimpik. Logo Olimpik, reka bentuk bendera, moto, tema lagu dan ikrar Sukan Olimpik dikendalikan dan merupakan milik IOC. Presiden IOC bertanggungjawab sebagai lambang IOC. Terdapat juga ahli IOC yang mewakili negara masing-masing.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Simson & Jennings. The Lord of The Rings. Power, Money and Drugs in the Modern Olympics. Shuster & Shuster. ISBN 0-671-71122-9. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]