Jean-Baptiste Charles Bouvet de Lozier

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Jean-Baptiste Charles Bouvet de Lozier

Jean Baptiste Charles Bouvet de Lozier (14 Januari 1705 – 1786) ialah seorang pelayar, pengembara dan gabenor Kepulauan Mascarenhas.

De Lozier menjadi yatim semasa berusia tujuh tahun dan selepas mendapat pendidikan di Paris, beliau dihantar ke Saint Malo untuk mengaji ilmu pandu arah. Beliau menjadi pegawai berpangkat leftenan (tentera laut) dalam Syarikat Hindia Timur Perancis dalam tahun 1731. Beliau berjaya meyakinkan syarikatnya untuk menyediakan dua buah kapal dan menghantarnya dalam misi pengembaraan di laut Atlantik Selatan. Bersama-sama kapal-kapalnya Aigle dan Marie beliau bertemu sebuah pulau kecil pada 1 Januari 1739. Pulau itu dinakan Pulau Bouvet sempena namanya. Tidak lama kemudian, beliau terpaksa meninggalkan pengembaraan kerana kebanyakan anak kapalnya sakit dan beliau pun pulang ke Tanjung Harapan dan kemudian ke Perancis.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Ciptakan templat Tunas-pengembaraan
 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.