Jean-François Gillet

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jean-François Gillet
Maklumat peribadi
Tarikh lahir (1979-05-31) 31 Mei 1979 (umur 44)
Tempat lahir Liège, Belgium
Ketinggian 1.81 m (5 ka 11 in)
Posisi permainan Penjaga gol
Maklumat kelab
Kelab terkini
Catania
Kerjaya remaja
1989–1996 Standard Liège
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1996–1999 Standard Liège 3 (0)
1999–2000 Monza 37 (0)
2000–2011 Bari 353 (0)
2003–2004Treviso (loan) 44 (0)
2011–2012 Bologna 29 (0)
2012–2015 Torino 49 (0)
2015– Catania 0 (0)
Pasukan kebangsaan
1992–1993 Belgium B15 2 (0)
1995 Belgium B16 3 (0)
1994–1995 Belgium B17 6 (0)
1995–1996 Belgium B18 19 (0)
1996 Belgium B19 1 (0)
1996 Belgium B20 4 (0)
1996–2002 Belgium b21 36 (0)
2009– Belgium 9 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 8 Jun 2013 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 8 Jun 2013 (UTC)

Jean-François Gillet (lahir 31 Mei 1979) merupakan pemain bola sepak Belgium yang kini bermain untuk Catania dan pasukan kebangsaan Belgium. Beliau bermain di posisi penjaga gol.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Standard Liège dan Monza[sunting | sunting sumber]

Beliau bermain bola sepak pada kelab remaja Standard Liège dan dipanggil ke skuad senior pada usia 17 tahun. Pada 1996, beliau membuat debut di Divisyen Pertama Belgium.

Pada musim panas 1999, beliau berpindah ke kelab Itali, Monza dan beliau bermain 33 perlawanan.

Bari dan Treviso[sunting | sunting sumber]

Selepas bermain empat perlawanan untuk Monza pada bulan April, beliau bersetuju untuk berpindah ke Bari dengan bayaran sebanyak 5 juta lira Itali.

Pada musim pertamanya, beliau telah bermain sebanyak 20 perlawanan. Selepas perlawanan Bari menentang Reggina pada 21 Januari, beliau menjadi pemain pertama di Itali yang menunjukkan keputusan positif pada nandrolone.

Selepas sepuluh tahun, beliau bermain sebanyak 317 perlawanan bersama Bari di Serie A dan Serie B. Beliau juga dipinjam seketika oleh kelab Treviso untuk musim 2003–04. Pada 13 Mac 2008, beliau memperbaharui kontraknya bersama pasukan Galletti sehingga 2011.

Pada 18 Mac 2010, beliau memperbaharui kontraknya bersama Bari sehingga 2014 dan pada 12 September, beliau menjadi pemain yang banyak memiliki kaps untuk pasukannya. Pada musim itu, beliau menyelamatkan dua tendangan penalti iaitu satu oleh Francesco Totti dari Roma manakala satu lagi oleh Robert Acquafresca dari Cagliari.

Bologna[sunting | sunting sumber]

Pada 2011, selepas Bari tersingkir ke Serie B, Gillet ingin meneruskan kerjayanya di Serie A lalu beliau berpindah ke Bologna dengan bayaran sebanyak €1.4 juta. 29 penampilan beliau membantu Bologna menduduki tempat kesembilan liga pada musim 2011-12, keputusan terbaik kelab pada dekad tersebut.

Torino[sunting | sunting sumber]

Pada 5 Julai 2012, Gillet berpindah ke kelab Torino dengan bayaran sebanyak €1.7 juta serta menandatangani kontrak tiga tahun. Beliau membaut debut pada 26 Ogos menentang Siena, seri tanpa jaringan. Beliau dikenakan gantungan selama beberapa bulan akibat skandal selepas perlawnan Bari.

Gillet kembali pada 17 Ogos 2015 dalam perlawanan persahabatan menentang Bra. Pada 18 September, Gillet bermain buat pertama kali selepas pergantungan menentang Club Brugge, 0-0.

Catania[sunting | sunting sumber]

Pada 30 Januari 2015, beliau berpindah ke kelab Catania dan menandatangani kontrak sehingga 2017.

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Pada Ogos 2009, ketika berusia 30 tahun, beliau dipanggil oleh pasukan kebangsaan Belgium untuk perlawanan kelayakan Piala Dunia 2010 menentang Sepanyol dan Armenia. Beliau membuat debut pada 5 September 2009 menentang Sepanyol di mana beliau dibolosi lima gol. Beliau kemudian dikejutkan oleh Armenia dengan kekalahan 2-1. Pada 14 November, beliau mengekalkan rekod tanpa bolos pada perlawanan persahabatan menentang Hungary dan Qatar.

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Bari

Pautan luar[sunting | sunting sumber]