Jeffrey Kitingan
Datuk Dr. Jeffrey Gapari Kitingan merupakan seorang ahli politik dari negeri Sabah, Malaysia. Beliau lahir di Kota Marudu dan merupakan siswazah dari Universiti Harvard (Sekolah Kerajaan John F. Kennedy).[1] Abangnya ialah Joseph Pairin Kitingan, juga seorang ahli politik merupakan bekas ketua Menteri Sabah.
[sunting] Kerjaya politik
Beliau dikenali sebagai seorang ahli politik yang kontroversi, pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri kerana disyaki merancang untuk memisahkan Sabah daripada persekutuan Malaysia.[2] Beliau juga dikenali telah bertukar parti politik beberapa kali, pernah menyertai Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Parti Angkatan Keadilan Rakyat (AKAR Bersatu) dan Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO). Pada tahun 2003, beliau memohon untuk menyertai Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) tetapi ditolak.[3]
Beliau merupakan salah seorang Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat sehingga meletak jawatan pada 28 October 2009.
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, beliau mencabar abangnya Joseph Pairin dari BN-PBS di kawasan Parlimen Keningau tetapi kalah.
[sunting] Kesihatan
Dari Disember 2007 hingga Mei 2008, selama enam bulan beliau terlantar di kantil akibat kemalangan dan hampir lumpuh.[4]
[sunting] Rujukan
- ↑ "Kennedy School Graduate Held Prisoner", The Harvard Crimson. 10 Februari 1992.
- ↑ "MALAYSIA, Human Rights Undermined: Restrictive Laws in a Parliamentary Democracy", Amnesty International. Dicapai 20 Mac 2007.
- ↑ "Why Jeffrey Kitingan is rejected as an UMNO member", MGG Pillai Journalism and Commentaries. 9 Jun 2003.
- ↑ SABAH EX-ISA DETAINEE'S SPITBALL SPLATS BACK