Jejak wap
Kontrail atau jejak wap[1] ialah wap air terhasil apabila haba panas dari muncung ekzos enjin pesawat yang bertindak balas dengan ruang udara yang bersuhu bawah −40 °C ataupun pesawat yang berada di paras ketinggian 26,000 kaki (8,000 meter). Kebiasaannya jejak wap ini dapat dilihat di ruang angkasa laluan pesawat (airway route) ketika langit agak cerah dan cuaca lembab.
Isi kandungan |
Fakta ringkas. [sunting]
- Kontrail terjadi dari apabila haba panas dari muncung ekzos enjin pesawat bercampur balas dengan ruang udara yang bersuhu rendah dan lembab.[2]
- Jika bersuhu rendah tetapi kering , kontrail tidak terbentuk. Tekanan rendah kadar lembab yang tinggi memanjangkan hayat pembentukan kontrail dan semakin membesar. Jika kadar kelembapan sedikit , kontrail hanya terbentuk sekejap sahaja. [[1]]
- Kontrail bukannya asap terhasil dari pembakaran bahan api (kerosin jet) dari enjin pesawat seperti enjin diesel atau enjin dua lejang.
- Ianya bukan bahan pertunjukan dari alat penghasil asap [3] seperti di pesawat aerobatik atau payung terjun (paracut) untuk pertunjukan udara.
- Tiada apa-apa sebarang maksud isyarat dalam peraturan penerbangan .
- Ianya adalah tindak balas alam semulajadi.
- Kontrail tidak terbentuk jika pesawat di aras rendah walaupun cuaca lembab dan bersuhu rendah.
- Kontrail bewarna putih seperti wap air . Jika dilihat berkilauan (Iridescent) atau berwarna lain , ianya adalah warna pantulan cahaya dan tegasan aerodinamik. [4] [5], [6]
11 September 2001 kajian kesan cuaca [sunting]
Larangan penerbangan selama tiga hari di Amerika Syarikat selepas 11 September 2001 memberikan peluang yang jarang terdapat bagi para sains untuk mengkaji kesan jejak wap pada penguasaan cuaca("climate forcing"). Pengukuran menunjukkan bahawa tan[pa jejak wap, julat suhu siang ("diurnal") tempatan (perbezaan suhu siang dan malam) adalah sekitar 1 °C (1.8 °F) lebih tinggi berbanding tepat sebelumnya;[7] bagaimanapun, ini juga dicadangkan bahawa ia akibat cuaca cerah luar biasa semasa tempoh tersebut.[8]
Jejak pemelowapan telah disyaki menyebabkan perubahan "suhu permukaan skala sejagat" buat beberapa lama.[9][10] Penyelidik David J. Travis, pakar sains atmosfera di Universiti Wisconsin-Whitewater, telah menerbitkan dan bercakap mengenai kesan boleh diukur oleh jejak wap pada perubahan suhu dalam journal sains Nature dan persidangan Tahunan ke-10 American Meteorological Society di Portland, Oregon. Kesan perubahan pada pembentukan jejak wap kapal terbang pada tiga hari selepas 11 Sep dilihat pada perubahan suhu permukaan, diukur sekitar 4,000 stesyen pelapur di benua Amerika Syarikat.[9] Penyelidikan Travis merakamkan "peningkatan tidak normal dalam purata suhu diurnal purata".[9] Julat suhu diurnal ("diurnal temperature range-DTR") merupakan perbezaan dalam tertinggi dan terendah hari itu pada sebarang stesyen pelapor cuaca.[11] Travis melihat perubahan pada 1.8 °C (3.24 °F) dari dua tempoh tiga hari bersebelahan pada 11–ke14.[9] Peningkatan ini merupakan terbesar direkodkan dalam 30 tahun, lebih dari "2 sisihan piawai dari purata DTR".[9]
Jejak wap berdepan [sunting]
Jejak wap dari kapal terbang yang terbang ke arah pemerhati boleh kelihatan seperti dihasilkan oleh objek bergerak menegak.[12][13] Pada 8 November 2010 di California, Amerika Syarikat, jejak wap sebegini mendapat perhatian media dengan meluas sebagai "peluru berpandu misteri" yang tidak dapat dijelaskan oleh tentera Amerika Syarikat dan pihak berkuasa penerbangan,[14] dan penjelasannya sebagai jejak wap [12][13][15][16] mengambil masa lebih dari 24 jam sebelum diterima oleh media Amerika Syarikat dan institusi ketenteraan.[17]
Distrail [sunting]
Distrail merupakan penyingkatan perkataan bahasa Inggeris "dissipation trail" ("jejak lesap"). Apabila kapal terbang melepasi awan, ia mampu membuka laluan melaluinya; ini dikenali sebagai distrail. Oleh sebab jejak wap kapal terbang belum lagi kelihatan (jejak wap biasanya terbentuk pada ketinggian melepasi 8,000 meter/26,000 kaki, bergantung kepada suhu dan faktor lain) distrail kelihatan seperti terowong melalui awan sekiranya awan amat nipis.[18]
Distrail tercipta oleh suhu tinggi gas ekzos yang menyerap kelembapan daripada awan. Awan terbentuk apabila kelembapan relatif adalah 100% tetapi peningkatan suhu udara boleh memuatkan lebih banyak lembapan dan kelembapan relatif jatuh menjadi kurang dari 100%, walaupun pada ketumpatan kelembapan mutlak yang sama, menyebabkan titisan air yang kelihatan pada awan kembali bertukar menjadi wap air.
Galeri [sunting]
-
Gambar di kiri menunjukkan langit di Würzburg, Jerman tanpa jejak wap selepas gangguan trafik udara pada 2010 dan gambar di sebelah kanan menunjukkan langit dengan trafik udara biasa pada hari ketika keadaan sesuai bagi pembentukan jejak wap.
-
Jejak wap dari Penerbangan S7 Tupolev Tu-154M
-
MODIS tracking of contrails generated by air traffic over the southeastern United States on January 29, 2004.
-
Litupan Jejak wap kawasan luas di atas Nova Scotia.
Rujukan: [sunting]
- ↑ Kontrail
- ↑ Contrails
- ↑ China Fireworks Scientific Experimental Factory
- ↑ Aerodynamic and Rainbow Contrails
- ↑ Aerodynamic formation of condensation trails
- ↑ Atmospheric Optics.
- ↑ Travis, D.J.; A.M. Carleton and R.G. Lauritsen (March 2004). "Regional Variations in U.S. Diurnal Temperature Range for the 11–14 September 2001 Aircraft Groundings: Evidence of Jet Contrail Influence on Climate". J. Clim. 17 (5): 1123–1134. Bibcode 2004JCli...17.1123T. doi:10.1175/1520-0442(2004)017<1123:RVIUDT>2.0.CO;2. ISSN 1520-0442. http://facstaff.uww.edu/travisd/pdf/climatepapermar04.pdf. Capaian 2008-11-06.
- ↑ Kalkstein and Balling Jr., Climate Research, 26, 1-4, 2004
- ↑ 9.0 9.1 9.2 9.3 9.4 Travis, D.J.; A. Carleton and R.G. Lauritsen (August 2002). "Contrails reduce daily temperature range". Nature 418 (6898): 601. doi:10.1038/418601a. PMID 12167846.
- ↑ Only partial content available on-line. Reed, Christina (September 2006). "Hot Trails". Scientific American. news scan 295 (3): 28. doi:10.1038/scientificamerican0906-28. ISSN 0036-8733. OCLC 1775222. Diarkibkan dari yang asal on 21 September 2009. http://www.webcitation.org/5jx4Tvb7E. Capaian 21 September 2009
- ↑ Perkins, Sid. "September's Science: Shutdown of airlines aided contrail studies." Science News. Vol. 161, No. 19. Pg. 291. 11 May 2002. Science News Online http://www.sciencenews.org/articles/20020511/fob1.asp
- ↑ 12.0 12.1 McKee, Maggie. "Mystery 'missile' likely a jet contrail, says expert", New Scientist, 2010-11-09. Dicapai pada 2010-11-10. Diarkibkan drpd. yang asli di 2010-11-09.
- ↑ 13.0 13.1 West, Mick (2010-11-10). "A Problem of Perspective – New Year's Eve Contrail". Diarkibkan dari yang asal on 2010-11-10. http://contrailscience.com/a-problem-of-perspective-in-the-oc-new-years-eve-contrail/. Capaian 2010-11-10.
- ↑ "Pentagon Can't Explain "Missile" off California", CBS, 2010-11-09. Dicapai pada 2010-11-10. Diarkibkan drpd. yang asli di 2010-11-10.
- ↑ Pike, John E. (2010-11). "Mystery Missile Madness". GlobalSecurity.org. http://www.globalsecurity.org/org/news/2010/101110-contrail.htm. Capaian 2010-11-11.
- ↑ Bahneman, Liem (2010-11-09). "It was US Airways flight 808". Diarkibkan dari yang asal on 2010-11-10. http://blog.bahneman.com/content/it-was-us-airways-flight-808. Capaian 2010-11-10.
- ↑ "Pentagon: 'Mystery missile' was probably airplane", Mercury News/AP, 2010-11-10. Dicapai pada 2010-11-11. Diarkibkan drpd. yang asli di 2010-11-10.
- ↑ Distrail on Earth Science Picture of the Day
- Kondensasi[[2]]
- http://science-edu.larc.nasa.gov/GLOBE/
- http://www-pm.larc.nasa.gov/newcontrail.html
- Contrail is the condensation trail [[3]]
- aerodynamic contrails [[4]]
Pautan luar [sunting]
| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Jejak wap |
| Pengertian Jejak wap dalam Wikikamus bahasa Melayu, sebuah kamus bebas. |
- Contrails.nl: Pictures of Contrails and Aviation Cirrus (-Smog), from 1995 on.
- Abstract of article in Nature announcing research results of contrail temperature change study
- Clouds Caused By Aircraft Exhaust May Warm The U.S. Climate
- Contrails over the USA
- Effects of contrails on ground astronomy
- Contrail simulator (Java applet) – interactively shows how temperature and humidity of the surrounding air affect contrail formation and characteristics
- Contrails: What's Left Behind Is Bad News, article by Nick Onkow from March 4, 2006
- NASA Contrail Education
- What is a contrail and how does it form?, National Weather Service
- Vapor Trails March 1943 article