Jejantas udara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kedua-dua Menara Berkembar Petronas disambungkan oleh sebatang jejantas udara.

Jejantas udara ialah sejenis jejantas yang berbentuk jambatan pejalan tertutup antara dua bangunan untuk melindungi pejalan kaki daripada keadaan cuaca buruk. Biasanya, jejantas udara adalah milik perniagaan, iaitu bukan ruang awam. Selalunya, jejantas udara menyambungkan tingkat-tingkat terendah di atas tingkat bawah (aras tanah), tetapi ada yang jauh lebih tinggi, seperti di Menara Berkembar Petronas, SWFC dan Kingdom Centre. Ruangan dalam bangunan yang dihubungkan oleh jejantas ini biasanya dikhususkan kepada perniagaan runcit, jadi kawasan sekitar jejantas boleh berfungsi seperti pusat beli-belah. Kawasan bukan perdagangan yang mempunyai bangunan yang sebegitu rapat, seperti kampus universiti, juga boleh ada jejantas udara atau terowong bawah tanah sebagai penghubung antara bangunan.

Rangkaian jejantas udara terbesar di dunia ialah sistem "+15 Walkway" di Calgary, Alberta, Kanada, iaitu menjangkau 16 km (10 batu), tetapi sistem ini terputus-putus kerana tidak menyambungkan semua bangunan di pusat bandaraya. Rangkaian jejantas udara selanjar yang terbesar pula, iaitu Minneapolis Skyway System, menjangkau 8 batu (13 km) dan menghubungkan 69 blok di pusat bandar Minneapolis.

Faktor alam sekitar[sunting | sunting sumber]

Selain keselamatan dan kemudahan pengguna, sebab utama pembinaan jejantas udara adalah untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas, mengurangkan pencemaran udara dari kenderaan dan mengasingkan orang ramai daripada kebisingan jalan raya. Sesetengah bandaraya (cth., Spokane, Washington) telah memberikan analisa rumit kepada sistem jejantas udara dengan menggunakan model komputer untuk mengoptimumkan reka letak jejantas udara.[1]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Carbon monoxide dispersion analysis in downtown Spokane, ESL Inc., Sunnyvale, (1973)