Kabinet Malaysia
| Malaysia |
Rencana ini sebahagian daripada siri: |
|
|
|
Kerajaan
Eksekutif
Perundangan
Badan Kehakiman
Pilihan raya
Hubungan luar
Bahagian-bahagian
|
|
Negara-negara lain · Atlas Portal Politik |
Kabinet Malaysia atau Jemaah Menteri ialah sebuah badan eksekutif kerajaan Malaysia. Kabinet diketuai oleh Perdana Menteri dan merupakan sebuah majlis menteri-menteri yang bertanggungjawab kepada Parlimen. Seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan Malaysia, anggota Kabinet hanya boleh dipilih daripada mana-mana Majlis Parlimen iaitu Dewan Rakyat ataupun Dewan Negara. Kebiasaannya, Yang di-Pertuan Agong melantik semua menteri atas nasihat Perdana Menteri. Namun begitu, seorang Perdana Menteri hendaklah dilantik terlebih dahulu dari Dewan Rakyat.[1][2]
Anggota Kabinet sering dilantik daripada majlis terendah bagi Parliment, Dewan Rakyat Malaysia. Walaupun Timbalan Menteri dan/atau Setiausaha Parlimen dilantik mengikut setiap portfolio, tetapi mereka tidak termasuk dalam Kabinet. Kabinet seringkali bermesyuarat secara mingguan, setiap Rabu.[3]
Barisan kabinet, dan jumlah portfolionya bergantung besar terhadap kehendak Perdana Menteri.
Gaji pokok seorang menteri kabinet ialah RM 14,907.20 manakala timbalannya mendapat RM 10,847.65 sebulan.[4]
Isi kandungan |
Kabinet Malaysia terkini [sunting]
Sumber:[5]
Kabinet lalu [sunting]
- Kabinet Persekutuan Tanah Melayu 1955
- Kabinet Malaysia 1957
- Kabinet Malaysia 2006
- Kabinet Malaysia 2008
- Kabinet Malaysia 2009
Nota kaki dan rujukan [sunting]
- ↑ Hj. Mohd Jali, Nazaruddin, Redzuan, Ma'arof, Abu Samah, Asnarulkhadi & Hj. Mohd Rashid, Ismail (2003). Malaysian Studies: Nationhood and Citizenship (Kajian Malaysia: Kenegaraan dan Kewarganegaraan), m.s. 73. Pearson Malaysia. ISBN 983-2473-91-8.
- ↑ Perlembagaan Persekutuan Malaysia. "Perkara 43. Jemaah Menteri.".
- ↑ Funston, John (2001). "Malaysia: Developmental State Challenged". In John Funston (Ed.), Government and Politics in Southeast Asia, pp. 173–175. Singapore: Institute of Southeast Asian Studies.
- ↑ "MPs can earn up to RM10,000 per month", 20 Mei 2013. Dicapai pada 20 Mei 2013.
- ↑ Barisan Kabinet Kerajaan Malaysia 2013 Pejabat Perdana Menteri Malaysia. 15/05/2013.
Pautan luar [sunting]
- Senarai menteri Jabatan Perdana Menteri]
- Senarai timbalan menteri Jabatan Perdana Menteri]