Jemaah Tabligh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Sebahagian daripada siri berkaitan
Allah-green.svg
Islam

Rukun Iman

Allah • Kitab • Malaikat • Nabi
Hari Akhirat • Qada dan Qadar

Rukun Islam

Syahadah • Solat • Puasa
Zakat • Haji

Kota Suci

Makkah • Madinah
Baitulmuqaddis

Hari Raya

Aidilfitri • Aidiladha

Hukum

Al-Quran • Sunnah • Hadis

Sejarah

Garis Masa Sejarah Islam
Khulafa al-Rasyidin
Khalifah • Khilafah

Tokoh Islam

Nabi Muhammad s.a.w
Ahlul Bait • Sahabat Nabi

Mazhab

Ahli Sunah Waljamaah
Hanafi • Syafie
Maliki • Hanbali

Budaya Dan Masyarakat

Akademik • Haiwan • Seni
Takwim • Kanak-kanak
Demografi • Perayaan
Masjid • Dakwah • Falsafah
Sains • Wanita • Politik

Lihat juga

Kritikan • Islamofobia
Glosari

Portal Islam

Jemaah Tabligh ("Kelompok [1] Penyampai") (Bahasa Arab: جماعة التبليغ , juga disebut Tabligh) adalah gerakan mubaligh Islam yang bertujuan untuk mengajak manusia kembali ke ajaran Islam yang kaffah. Aktiviti mereka tidak terbatas pada satu golongan Islam saja. Kepada yang bukan Islam diajak kepada mengenal Allah dengan menerangkan bahawa Tuhan adalah Esa, Tiada Tuhan Selain Allah dan Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah [2], Tujuan utama gerakan ini adalah untuk menerapkan kalimah iman Lailahailallah (Tiada Tuhan melainkan Allah) dalam diri dan kehidupan setiap muslim. Jemaah Tabligh merupakan gerakan Islam bukan politik terbesar di seluruh dunia.

Sejarah Tabligh[sunting | sunting sumber]

Jemaah Tabligh digerakkan pada akhir dekad 1920-an oleh Maulana Muhammad Ilyas Kandhalawi di Mewat, sebuah wilayah di India. Ilham untuk mengabdikan hidupnya kepada dakwah Islam timbul ketika Maulana Ilyas mengerjakan ibadat Haji pada tahun 1926.[3]Maulana Ilyas rah. telah melaungkan, ‘Aye Musalmano! Musalman bano’ (dalam bahasa Urdu), yang beerti 'Wahai umat muslim! Jadilah muslim yang kaffah (menunaikan semua rukun dan syari'ah seperti yang disuruh Rasulullah)'. Tabligh bukan merupakan sebuah kelompok ikatan (persatuan), tetapi adalah gerakan dakwah untuk mengajak muslim untuk menjalani agamanya dalam kehidupan, dan hanya satu-satunya gerakan Islam yang tidak memandang asal-usul mazhab atau aliran pengikutnya sama ada Salafi, Wahabi, Ahlus Sunnah Wal Jamaah, Syiah, Muktazilah, Zahiriah dan sebagainya. Gerakan tabligh juga merupakan kesinambungan dan penerus kerja dakwah Rasulullah S.A.W dan para sahabat baginda.

Dalam waktu lebih kurang dua dekad, Jemaah Tabligh berjaya disebarkan di seluruh Asia Selatan. Dengan dipimpin oleh Maulana Yusuf, anak Maulana Ilyas sebagai amir (pemimpin) yang kedua, gerakan ini mula mengembangkan kegiatannya pada tahun 1946, dan dalam jangka masa 20 tahun, penyebarannya telah sampai ke Asia Barat Daya dan Asia Tenggara, Afrika, Eropah dan Amerika Utara. Setiap pembentukan dalam suatu negara, Jemaah Tabligh mula meresap dalam masyarakat tempatan. Meskipun negara barat pertama yang dipengaruhi Jemaah Tabligh ialah Amerika Syarikat, tetapi fokus utama mereka adalah di Britain, iaitu kepada populasi padat orang Asia Selatan disana yang tiba pada tahun 1960-an dan 1970-an.[2]

Jemaah Tabligh dikatakan tidak menerima sumbangan dan dana dari mana-mana pihak pun untuk menjalankan aktivitinya. Biayanya ditanggung sendiri oleh mereka yang menjalankan kerja dakwah Tabligh.

Pada tahun 1978, Liga Muslim Dunia mendermakan pembangunan Masjid Markas Tabligh di Dewsbury, United Kingdom, yang kemudian menjadi markas utama Jemaah Tabligh di benua Eropah. Pemimpin mereka disebut Amir Sab, Faisala atau Zumindaar. keluarga pemimpin Jemaah Tabligh juga adalah nasab daripada keturunan sahabat nabi Abu Bakar as-Siddiq di kalangan Khulafa al-Rasyidin

Pengikut dari kalangan selebriti[sunting | sunting sumber]

Banyak pengikut Tabligh dari kalangan dikenali dan ternama. Dalam kalangan politik, mantan Presiden Pakistan Rafiq Tarar, Menteri ketua Sindh Dr. Arbab Ghulam Rahim, mantan Perdana Menteri Pakistan Nawaz Sharif, dan mantan Jeneral Pakistan Javed Nasir secara aktif mengikuti kegiatan-kegiatan Tabligh. Dalam kalangan ahli sukan, ada Shahid Afridi, Saqlain Mushtaq, Mushtaq Ahmed, Mohammad Yousuf, Inzamam-ul-Haq, Saeed Anwar dan pemain bolasepak profesional seperti Karim Benzema dan Zinedine Zidane. Penyanyi terkenal Pakistan seperti Junaid Jamshed dan Abrar-ul-Haq juga aktif dalam gerakan dakwah Islam ini. Selain itu, Ijaz-ul-Haq (anak Jeneral Zia-ul-Haq) juga terlibat beberapa kali bersama Jemaah Tabligh.

Di Indonesia, Jemaah Tabligh juga telah menyentuh hati Salman Jugjawy Sakti iaitu bekas pemain gitar kumpulan Sheila on 7. Pada tahun 2006, dia telah keluar selama empat bulan ke Markas Antarabangsa Tabligh di Banglawali, Nizamuddin, New Delhi, India. Dia belum berhenti bermuzik namun memilih lebih aktif menjalankan dakwah maqami dan baironi dengan sangat intensif.Begitu juga dengan beberapa orang artis lainnya seperti penyanyi dangdut dan pelakon Saiful Jamil, bekas pemain gitar kumpulan thrash metal Indonesia, Betrayer iaitu Derry Sulaiman, Ray dan ahli kumpulan Nineball, kesemua bekas anggota kumpulan Peterpan kecuali Ariel, Beberapa ahli dari kumpulan seperti Slank, ST12 dan Dodhy Kangen Band, kesemua ahli kumpulan Matta dan Luqman dari Noah. Allahyarham Gito Rollies , Jamrud dan penyanyi dangdut Iwan Fals juga pernah beberapa kali terlibat khuruj bersama jemaah.

Di Malaysia, juga telah menawan ramai selebriti dan tokoh seperti pengarah / pelakon Mohd Pierre Andre, Iwan Dangdut atau kini dikenali sebagai Iwan Syahman, bekas anggota kumpulan Senario iaitu Yassin Yahya, bekas penyanyi dan penyanyi asal lagu saya anak Malaysia iaitu Dr. SAM, Muhammad Radhi Razali atau dikenali sebagai Radhi OAG, anak kepada sutradara Dato' Yusof Haslam iaitu pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof, bekas DJ radio Klfm, Dj Irwansyah, Ahli DUN Perak, Y.A.B Datuk Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir dan penyampai radio Ikim.fm, Ustaz Ebith Liew. Seterusnya usaha ini disokong oleh ilmuwan agama seperti Ustaz Mohammad Kazim Elias dan Ustaz Don Daniyal Don Biyajid atau lebih dikenali sebagai Ustaz Don [4] juga Ustaz Azhar Idrus dan finalis program realiti Astro Oasis Pencetus Ummah iaitu PU Ustaz Haji Shahul Hamid. [5] Usaha tabligh juga pernah difilemkan dalam filem melayu Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang . [6]

Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B Dato' Seri Mohd Najib bin Abdul Razak juga menyokong dan menghargai usaha tabligh ini dan pernah menghadiri Ijtima' Malaysia di Nilai, Negeri Sembilan dan menziarahi Markaz Tabligh Malaysia di Masjid Sri Petaling, Selangor. [7] [8]

Aktiviti Dakwah[sunting | sunting sumber]

Markaz antarabangsa pusat tabligh adalah di Nizamuddin, Masjid Banglawali, New Delhi, India. Setiap negara pula mempunyai markas pusat nasional. Dari markas pusat dibahagikan kepada markas-markas daerah yang dipimpin oleh seorang Syura. Markas-markas ini kemudiannya dibahagikan lagi menjadi ratusan markas kecil yang disebut Halqah. Kegiatan di Halqah adalah musyawarah mingguan dan sebulan sekali mereka akan khuruj selama tiga hari atau sepuluh hari. Khuruj adalah bermaksud meluangkan waktu, harta dan masa untuk belajar tentang Islam dan belajar uslub dakwah yang biasanya dilakukan dari masjid ke masjid dan dipimpin oleh seorang Amir atau Ketua Jemaah. Orang yang khuruj tidak boleh meninggalkan masjid tanpa izin Amir khuruj. Tetapi para anggota Tabligh yang berkerjaya dibenarkan untuk tetap bekerja dan harus langsung mengikuti kegiatan berdakwah setelah pulang dari tempat kerja. Orang yang telah khuruj disebut sebagai Karkun, di India disebut sebagai Saathi, di negara-negara Arab disebut sebagai Dae'i dan tanpa perlu adanya suatu bai'at atau borang keahlian.

Sewaktu khuruj, kebiasaannya kegiatan diisi dengan majlis-majlis ta'lim (bacaan hadis atau kisah para sahabat), biasanya dari kitab Fadhail Amal karya Ulama Hadis, Sheikhul Hadis Sheikh Maulana Zakaria, Hayatus Sahaba dan Ahadis al-Muntakhab karya Maulana Yusuf, jaulah (mengunjungi rumah-rumah di sekitar masjid tempat khuruj dengan tujuan mengajak kembali kepada amalan Islam dan silaturrahim), bayan atau tazkirah, muzakarah adab-adab harian dalam islam (menghafal) 6 sifat sahabat, mengaji dan halqah tajwid al-quran, karkuzari dakwah (memberi laporan harian pada amir), dan musyawarah. Selama kegiatan khuruj, para mubaligh akan beriktikaf di masjid.

Aktiviti Markas Nasional adalah sama iaitu khuruj, namun biasanya hanya menangani khuruj dalam jangka waktu 40 hari atau 4 bulan saja. Selain itu mereka juga mengadakan malam Ijtima' (perhimpunan), dimana dalam Ijtima' akan diisi dengan Bayan (ceramah agama) dan Tausiah oleh para alim ulama atau tetamu dari luar negara yang sedang khuruj disana, dan juga majlis ta'lim wa ta'alum.

Setahun sekali, akan diadakan juga perhimpunan yang digelar sebagai Ijtima' umum di Markas Nasional, yang biasanya dihadiri oleh puluhan ribu Karkun atau pendakwah dari seluruh pelusuk daerah dan negeri. Bagi Karkun yang mampu, mereka digalakkan untuk khuruj ke Markas Pusat (India-Pakistan-Bangladesh/IPB) untuk melihat suasana keagamaan yang mendalam dan menuntut ilmu untuk menguatkan iman dan memperluaskan pengetahuan mereka.

Asas 6 Sifat[sunting | sunting sumber]

1. Yakin terhadap kalimat Thoyyibah Laa ilaaha ilallah Muhammadur rasulullah.

  • Ertinya: Tiada Tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad utusan Allah.
  • Laa ilaaha ilallah
    • Maksudnya: Mengeluarkan keyakinan pada makhluk dari dalam hati dan memasukkan keyakinan hanya kepada Allah di dalam hati.
  • Muhammadar Rasulullah
    • Maksudnya: Mengakui bahawa satu-satunya jalan hidup untuk mendapatkan kejayaan dunia dan akhirat hanya dengan mengikuti cara hidup Rasulullah SAW.

2. Solat khusyu' dan khudu'.

  • Ertinya: Solat dengan konsentrasi batin dan rendah diri dengan mengikuti cara yang dicontohkan Rasulullah.
  • Maksudnya: Membawa sifat-sifat ketaatan kepada Allah dalam solat kedalam kehidupan sehari-hari.

3. Ilmu ma'adz zikir

  • Ilmu
    • Ertinya: Semua petunjuk yang datang dari Allah melalui baginda Rasulullah.
  • Zikir
    • Ertinya: Mengingati Allah sebagaimana Agungnya Allah.
    • Maksudnya Ilmu ma'adz Zikir:

Melaksanakan perintah Allah dalam setiap saat dan keadaan dengan menghadirkan ke-Agungan Allah mengikuti cara Rasulullah.

4. Ikramul Muslimin

  • Ertinya: Memuliakan sesama Muslim.
  • Maksudnya: Menunaikan kewajiban pada sesama Muslim tanpa menuntut hak daripadanya.

5. Tashihun Niyah

  • Ertinya:

Membersihkan niat.

  • Maksudnya:

Membersihkan niat dalam beramal, semata-mata kerana Allah.

6. Dakwah dan tabligh khuruj fii sabiilillah

  • Dakwah
    • Ertinya: Mengajak
  • Tabligh
    • Ertinya: Menyampaikan
      • Maksudnya:
        • Mengislah diri, iaitu menggunakan diri, harta, dan waktu seperti yang diperintahkan Allah.
        • Menghidupkan amalan agama yang sempurna pada diri sendiri dan manusia di seluruh alam dengan menggunakan harta dan diri mereka.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. M. Jawed Iqbal; Mufti Ebrahim Desai (Saturday, June 9th 2007). "Inviting to Islam" (html). www.askimam.org. http://www.askimam.org/fatwa/fatwa.php?askid=02baa777b4211ddad49f0b5256de3934. Capaian 14/06/2007. 
  2. 2.0 2.1 Howenstein, Nicholas; Dr. Eva Borreguero. "Islamist Networks: The Case of Tablighi Jamaat" (html). http://www.usip.org/pubs/usipeace_briefings/2006/1011_islamist_networks.html. Capaian 2007-06-14. 
  3. Islamic Fundamentalism in India, Twenty First Century Indian Society, 1986. m/s. p. 41. 
  4. http://www.youtube.com/watch?v=4nSIa7WFG9U&
  5. http://www.youtube.com/watch?v=BoG73p1bZWA&
  6. www.mohamadazhan.com/2013/11/ustaz-mu-tunggu-aku-datang-filem-jenaka.html
  7. mahaguru58.blogspot.com/2009/07/pm-1malaysia-dato-seri-najib-tun-razak.html
  8. http://www.youtube.com/watch?v=a6m_rm33ZJM

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]