Jempol

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Flag of Negeri Sembilan.svg

Daerah
Negeri Sembilan Darul Khusus
Jempol
Pejabat daerah Bandar Seri Jempol
Pegawai daerah Tuan Wan Razali
Kawasan
 - Jumlah  km²
Populasi
 - Kepadatan /km²

Jempol merupakan antara daerah yang terbesar di Negeri Sembilan. Daerah ini terletak bersempadan dengan negeri Pahang. Bandar utamanya ialah Bahau.

Hospital Jempol yang siap pada 2004 terletak di sini. Hospital ini menjadi tumpuan bagi pesakit yang datang dari daerah sekitar Jempol, Serting, Bahau, Rompin dan kawasan-kawasan di negeri Pahang yang sebelum ini mendapatkan perkhidmatan di Hospital Kuala Pilah. Jarak antara Bahau dengan Kuala Pilah ialah 39 km.

Dijangkakan daerah ini akan terus membangun dalam masa tedekat ini di antara 5 hingga 10 tahun lagi. Di sini juga teletaknya pertembungan antara Sungai Muar dan Sungai Serting. Ia lebih dikenali sebagai Desa Penarikan.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Jalan Penarikan[sunting | sunting sumber]

Peta menunjukkan daerah Jempol di Negeri Sembilan

Jalan Penarikan yang juga terkenal sebagai Londar Siam adalah sebatang jalan darat tertua pernah diketahui di Semenanjung Malaysia dan merupakan jalan alternatif kepada jalan laut iaitu melaui Temasik (Singapura). Jalan ini telah menghubungkan dua batang sungai Serting di sebelah utara dan sungai Jempol di bahagian selatan.[1]

Sejarah awal Jalan Penarikan ini tidak diketahui dengan tepat namun pernyataan tentangnya hanya diperolehi daripada dokumen lain secara kebetulan menyebutnya. Jalan ini dikatakan telah mula digunakan oleh pedagang-pedagang dari pantai barat semenanjung untuk pergi ke pantai timur (termasuk Siam) dan sebaliknya untuk menjalankan kegiatan perdagangan.

Peta terawal yang melakarkan Jalan Penarikan ini telah melukis dalam abad ke 16 oleh seorang ahli geografi Eropah. Namun pada abad ke 17, seorang pengembara Portugis telah melakarkan semula Jalan Penarikan ini yang mana telah menunjukkan ianya adalah satu jalan darat bukan satu terusan seperti yang telah digambarkan oleh ahli geografi Eropah itu.

Mengikut sejarah, Jalan Penarikan ini merupakan jalan darat yang sibuk dan terkenal serta telah memberi sumbangan dan menyaksikan berbagai sejarah lebih kurang 700 tahun. Dengan demikian, Jalan Penarikan ini perlu dijaga sebagai satu warisan sejarah yang penting dan perlu dibaikpulih, dipelihara dan "dinampakkan semula" agar generasi akan datang menyaksikan satu peninggalan sejarah yang penting.

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Kawasan kajian bagi Rancangan Tempatan Daerah Jempol adalah meliputi keseluruhan kawasan daerah Jempol yang merangkumi lima buat mukim iaitu Mukim Serting Ilir, Mukim Serting Ulu, Mukim Rompin, Mukim Jelai dan Mukim Kuala jempol. Daerah Jempol merupakan daerah terbesar di Negeri Sembilan dengan keluasan 148,277.31 hektar. Daerah Jempol juga bersempadan dengan beberapa buah daerah lain seperti Jelebu, Tampin,Kuala Pilah, Segamat (Johor) dan Bera (Pahang).

Pentadbiran bagi kawasan daerah Jempol boleh dibahagikan kepada dua iaitu kawasan di bawah pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan iaitu Majlis Daerah Jempol dan Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan (PBPT) iaitu jabatan Perancangan bandar dan Desa Negeri Sembilan. Kawasan pentadbiran Majlis Daerah Jempol meliputi seluas 27,351.61 hektar manakala pentadbiran Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Sembilan meliputi seluas 120,925.70 hektar.

Dari konteks perancangan di peringkat negara, Daerah jempol terletak di dalam kawasan Zon Perancangan Tengah (Central Planning Zone) yang memberikan penekanan terhadap aktiviti pertanian moden. Sebahagian besar dari kawasan daerah Jempol merupakan kawasan pertanian utama yang perlu dipelihara untuk tujuan pertanian berasaskan kepentingan kelas tanah tahap dua. Di peringkat negeri pula, Jempol berkepentingan sebagai sebuah "argopolis" yang menjadi sumber kawasan pertanian subur dengan hasil kelapa sawit dan getah sebagai tanaman utama selain dari menjadi "hinterland" kepada Bio-Valley di daerah Jempol.[2]

Pekan[sunting | sunting sumber]

Mukim[sunting | sunting sumber]

  1. Mukim Jelai
  2. Mukim Kuala Jempol
  3. Mukim Rompin
  4. Mukim Serting Hilir
  5. Mukim Serting Hulu
  6. Bandar Serting
  7. Bandar Bahau
  8. Bandar Seri Jempol
  9. Pekan Bahau
  10. Pekan Batu Kikir
  11. Pekan Kuala Jelai
  12. Pekan Rompin
  13. Pekan Ladang Geddes
  14. Pekan Mahsan
  15. Pekan Serting Tengah

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

Kemudahan Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

    • Stesen Bas Bahau
    • Hentian Bas Batu Kikir
    • KTMB Bahau

Tempat-Tempat Menarik[sunting | sunting sumber]

    • Hutan Lipur Serting Ulu
    • Jeram Tengkek Batu Kikir
    • Hutan Lipur De Bana

Pusat Membeli Belah/Pusat Hiburan[sunting | sunting sumber]

    • Kiara Square Bahau
    • Billion
    • Tesco Hypermarket(Dalam Pembinaan)
    • Econsave
    • Pasaraya Aktif Jempol
    • LFS Bahau Cinema

Kemudahan Kesihatan[sunting | sunting sumber]

    • Hospital Jempol
    • Klinik Kesihatan Bandar Seri Jempol
    • Klinik Kesihatan Serting Hilir
    • Klinik Kesihatan Bahau
    • Klinik Kesihatan Palong 4,5,6
    • Klinik Kesihatan Palong 7,8
    • Klinik Kesihatan Palong 9,10,11
    • Klinik Kesihatan Lui Muda

Balai Polis[sunting | sunting sumber]

    • IPD Jempol/Balai Polis Bandar Seri Jempol
    • Balai Polis Bahau
    • Balai Polis Batu Kikir
    • Balai Polis Ayer Hitam
    • Balai Polis Ladang Gaddes

Rujukan[sunting | sunting sumber]