Jenayah di Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Jenayah di Malaysia mencatatkan peningkatan dari tahun ke tahun, Jenayah utama adalah kecurian, rahsuah ahli politik dan lain² [perlu rujukan]

Rasuah[sunting | sunting sumber]

Menurut tinjauan awam 2013 di Malaysia oleh Transparency International, majoriti isi rumah yang ditinjau menanggap bahawa parti-parti politik Malaysia amat korup.[1] Satu suku daripada isi rumah yang ditinjau menganggap bahawa usaha kerajaan untuk menentang rasuah tidak berkesan.

Indeks Persepsi Rasuah Transparency International 2016 menarafkan Malaysia di tangga ke-55 daripada 176 negara.

Pada 28 Julai 2020, bekas Perdana Menteri Malaysia Najib Razak dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, selepas didapati bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC).[2]

Pada 23 Ogos 2022, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta yang dihadapi Najib dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.[3] Hakim Tengku Maimun Tuan Mat ketika membacakan penghakiman setebal 15 muka surat itu memutuskan bahawa Najib tidak pernah mempertikai RM42 juta didepositkan ke dalam akaun bank peribadinya sepanjang perbicaraan kes penyelewengan dana SRC.[4]

Lihat Juga[sunting | sunting sumber]

Akta Jenayah Komputer 1997 Akta Pencegahan Jenayah 1959


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Global Corruption Barometer 2013". Transparency International. Dicapai pada 25 February 2014.
  2. ^ "Najib dihukum penjara 12 tahun, denda RM210 juta". Berita Harian. 2020-07-28.
  3. ^ SHAMSUDDIN, NUZULSHAM (2022-08-23). "Mahkamah: Najib gagal rayuan akhir, penjara 12 tahun, denda RM210 juta". Kosmo Digital.
  4. ^ Bernama (2022-08-23). "Najib tak pernah pertikai RM42 juta masuk ke akaun peribadi - Mahkamah persekutuan". Malaysiakini.