Jenis-jenis Kebaya di Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Jenis-jenis Kebaya di Malaysia.

Baju kebaya moden

Baju Belah Kebaya Panjang[sunting | sunting sumber]

Walaupun wanita Johor terkenal dengan baju kurung, tetapi dalam acara majlis, mereka muncul juga dengan memakai kebaya, sebagai warisan daripada Kerajaan Johor-Riau. Pola baju belah panjang ini masih bersifat 'mengurungkan' anggota badan. Secara tradisi potongannya labuh sehingga buku lali. Cuma bezanya ia berbelah dan berpesak di hadapan baju ini, umumnya dipakai sebagai pakaian di luar rumah atau upacara rasmi. Baju belah panjang ini terkenal di Melaka, Perak, Selangor dan Kedah-Perlis. Baju kurung belah ini kemudiannya dikenali sebagai 'baju panjang' dan 'kebaya panjang'. Tradisi ini berkembang menjadi kebaya dan bertangan panjang berpesak lurus di hadapan, berkekek dan berbelah dada yang ditutup dengan kancing atau kerongsang tiga.[1]

Kebaya Kota Bharu[sunting | sunting sumber]

Di namakan Kebaya Kota Bharu kerana kebaya ini secara tradisinya dipakai wanita-wanita Kota Bharu dan Kelantan. Apa yang membezakan kebaya Kota Bharu dan kebaya-kebaya lain yang terdapat di Malaysia adalah dibahagian depan dada baju kebaya tersebut ia mempunyai kancing, kebaya kota bharu ini juga mirip kepada kebaya di pulau Jawa terutama di kota Bandung yang di panggil Kebaya Kutu Baru.[2]

Kebaya Riau-Pahang[sunting | sunting sumber]

Di Pahang pula, baju kebayanya dikenali sebagai baju Riau Pahang atau dipanggil Kebaya Turki, perbezaan Kebaya ini dengan Kebaya lain yang terdapat di Malaysia adalah mempunyai leher berkolar dan berkancing seperti baju kurung cekak musang [3] tetapi bahagian hadapannya juga berbelah seperti baju kebaya yang lain; malah turut dipasangkan kerongsang di bawah kancingnya yang berbutang itu.[4]

Kebaya Nyonya[sunting | sunting sumber]

Fabrik yang biasa digunakan untuk membuat kebaya Nyonya dinamakan kasa rubia. Kain tenunan kosong ini jarang, ringan dan diperbuat daripada benang pintal yang halus. Benang yang digunakan untuk menjahit fabrik biasanya benang sulaman mesin daripada kapas, sutera atau polister. Pada zaman dahulu, fabrik dan benang yang digunakan untuk membuat Kebaya Nyonya adalah daripada jenis yang bermutu paling tinggi dan diimport dari Eropah dan sesuai dengan status Nyonya.[5]

Kebarung[sunting | sunting sumber]

Kebarung adalah merupakan gabungan singkatan perkataan baju kebaya dan baju kurung. Busana yang berasal dari Negeri Selangor ini amat popular dan diminati pada awal 90-an. Antara artis yang pernah menjadi ikon busana ini ialah Ziana Zain[6] [7] dan Erra Fazira.

Kebaya Chitty[sunting | sunting sumber]

Seperti wanita Selat atau Nyonya Cina, Kaum India Chitty juga mempunyai kebaya tersendiri. Sudah tentu, terdapat beberapa perbezaan di antara kebaya yang dipakai oleh Peranakan India dan Cina. Kebaya Chitty agak konservatif amnya memihak kepada bahan legap untuk kebaya mereka, berbanding kebaya Nyonya yang lebih suka kain separa telus. Kebaya Chitty juga cenderung untuk plainer, dengan sulaman halus atau tiada langsung - Tidak seperti Nyonya kebaya, yang sering dihiasi dengan jahitan yang agak teliti dan halus. Satu lagi perbezaan adalah bahawa wanita Chitty juga memakai kebaya labuh (kebaya panjang) serta kebaya pendek (kebaya hip-panjang digemari oleh Nyonya). [8][9]

Kebaya Songket[sunting | sunting sumber]

Kebaya Saloma[sunting | sunting sumber]

Biduanita Puan Sri Saloma boleh dianggap sebagai pencipta atau pencetus trend fesyen dan gaya berpakaian wanita Malaya sejak muncul sebagai penyanyi dan pelakon filem pujaan ramai. Saloma dilihat berani mencuba dan memperkenalkan sesuatu yang baru dalam cara berpakaiannya. Pada zaman 1950-an di mana orang Melayu kuat dicengkam adat dan berpegang teguh kepada tata susula Timur, Saloma muncul dengan gaya berpakaian 'asing' bagi masyarakat Melayu ketika itu. Saloma mempopularkan fesyen pakaian ketat, menampakkan bentuk badan, potongan melepasi bahu dan menampakkan dada. Saloma turut memperagakan pelbagai jenis kebaya yang menjadi menjadi ikutan wanita Melayu pada zamannya. Fesyen pakaian dengan potongan kain kipas dan kembang, tangan melepai menjadi kemestian wanita dan artis wanita pada waktu itu. Begitu juga dengan pakaian luar ala kot yang dicetuskannya turut manjadi ikutan ramai.[10]

Kebaya-kebaya lain[sunting | sunting sumber]

Kebaya di Selangor[sunting | sunting sumber]

Selain Kebarung, Selangor juga mempunyai Kebaya tersendiri, identiti kebaya Selangor ialah ia tidak mempunyai kolar, kebaya jenis ini pernah diperagakan oleh Datuk Michelle Yeoh ketika hadir dalam majlis peranugerahan gelaran Datuk pada tahun 2001.

Kebaya di Pulau Pinang[sunting | sunting sumber]

Di Pulau Pinang pula selain popular dengan kebaya Nyonya, terdapat juga kebaya dari kaum Jawi Peranakan iaitu kaum India Muslim seperti Kaum Mami dan Mamak, terdapat perbezaan kebaya dari kedua-dua kaum ini, kaum Mami lebih gemar mengunakkan kain lace dihiasi sulaman labuci berbeza dengan kaum mamak yang lebih gemar mengunakkan kain Sari untuk dijadikan Kebaya.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Portal Rasmi Kerajaan Negeri Johor Darul Ta'zim — Pelancong: Pakaian Tradisional
  2. Wedding Guide Asia
  3. Warisan Budaya Malaysia : Pakaian Dan Perhiasan : Masyarakat Melayu
  4. Pahang Traditional Malay Costumes
  5. A Fusion of Cultures: The Colourful Minorities of Malaysia
  6. The Legendary Ziana Zain : Malaysia's Legendary Icon - Kebarung 1
  7. The Legendary Ziana Zain : Malaysia's Legendary Icon - Kebarung 2
  8. Chitty People of Malaysia
  9. Indian Peranakan: Chitty Melaka
  10. Bengawan Solo - P. Ramlee & Saloma - YouTube