Jens Stoltenberg

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jens Stoltenberg
Bakal
Setiausaha Agung NATO
Memegang jawatan
1 Oktober 2014
MenggantikanAnders Fogh Rasmussen
Perdana Menteri Norway
Dalam jawatan
17 Oktober 2005 – 16 Oktober 2013
RajaHarald V
Didahului olehKjell Magne Bondevik
Digantikan olehErna Solberg
Dalam jawatan
3 Mac 2000 – 19 Oktober 2001
RajaHarald V
Didahului olehKjell Magne Bondevik
Digantikan olehKjell Magne Bondevik
Ketua Parti Buruh
Memegang jawatan
6 April 2002
Didahului olehThorbjørn Jagland
Menteri Kewangan
Dalam jawatan
25 Oktober 1996 – 17 Oktober 1997
Perdana MenteriThorbjørn Jagland
Didahului olehSigbjørn Johnsen
Digantikan olehGudmund Restad
Menteri Industri dan Tenaga
Dalam jawatan
7 Oktober 1993 – 24 Oktober 1996
Perdana MenteriGro Harlem Brundtland
Didahului olehFinn Kristensen
Digantikan olehGrete Faremo
Ketua Liga Belia Pekerja
Dalam jawatan
1985–1989
Didahului olehEgil Knudsen
Digantikan olehTurid Birkeland
Butiran peribadi
Lahir (1959-03-16) 16 Mac 1959 (umur 65)
Oslo, Norway
Parti politikParti Buruh
PasanganIngrid Schulerud
Anak-anakAxel
Anne Catharina
Alma materUniversiti Oslo
ProfesionAhli ekonomi
Tandatangan
Presiden Rusia Vladimir Putin dengan Stoltenberg di Bandar Raya New York, 2000

Jens Stoltenberg (dilahirkan pada 16 Mac 1959) ialah seorang ahli politik Norway yang pernah menjadi Perdana Menteri Norway sebanyak dua kali, dari 2000 hingga 2001 dan kemudian antara 2005 dan 2013. Pada 28 Mac 2014, Stoltenberg dilantik sebagai Setiausaha Agung NATO dan pengerusi Majlis Atlantik Utara, menggantikan Anders Fogh Rasmussen.

Anggota Parti Buruh Norway, Stoltenberg mula dipilih ke Parlimen Norway pada 1993 bagi kawasan bandar raya Oslo. Stoltenberg berkhidmat sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri di Kementerian Alam Sekitar dari 1990-1991. Kemudian dilantik sebagai Menteri Perindustrian (1993-1996) dalam Kabinet Brundtland III. Ekoran peletakan jawatan Brundtland pada 1996, Thorbjørn Jagland dipilih menjadi ketua Parti Buruh dan menjadi Perdana Menteri Norway. Manakala Stoltenberg dilantik sebagai Menteri Kewangan (17 Oktober 1997) sehingga Jagland dan seluruh kerajaan meletak jawatan.

Sebagai pembangkang dalam parlimen, Stoltenberg bertugas memantau hal ehwal tenaga. Ekoran usul tidak percaya terhadap Kabinet Bondevik, Stoltenberg sebagai ketua parlimen pembangkang telah dilantik sebagai Perdana Menteri Norway pada 3 Mac 2000.

Keputusan buruk dalam pilihan raya Parlimen Norway 2001 dan jatuhnya kerajaan beliau pada 19 Oktober 2001, Stoltenberg berjaya mencabar Thorbjørn Jagland untuk kepimpinan parti pada tahun 2002. Beliau memimpin Parti Buruh Norway dan menang dalam Pilihan raya Norway 2005. Beliau membentuk kerajaan campuran dengan Parti Centre (Sp) dan Parti Sosialis Kiri (SV). Beliau dipilih semula pada tahun 2009 untuk satu penggal lagi sebagai Perdana Menteri Norway. Selepas tewas bagi penggal ketiga, beliau meletak jawatan pada 14 Oktober 2013.[2]

Pada 28 Mac 2014, Stoltenberg dilantik oleh Majlis Atlantik Utara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara sebagai Setiausaha Agung NATO dan pengerusi Majlis Atlantik Utara, menggantikan Anders Fogh Rasmussen. Beliau dijadualkan mula berkhidmat pada 1 Oktober 2014.[3]

Serangan 22 Julai 2011[sunting | sunting sumber]

Pada hari Jumaat, 22 Julai 2011, seorang pelampau Kristian bernama Anders Behring Breivik telah meletupkan bom buat sendiri di hadapan pejabat Perdana Menteri di Oslo. Seramai 7 orang terbunuh akibat letupan kuat yang boleh didengar sehingga 20 km. Jens Stoltenberg terselamat kerana ketika itu sedang bekerja dari rumah.

Kemudian pelampau yang bertindak sendiri itu telah menyeberang ke Pulau Utoya dengan berpakaian polis yang lengkap. Dia mengarahkan remaja - remaja 16 tahun yang berkhemah di situ supaya berkumpul. Selepas itu dia melepaskan tembakan dan membunuh orang . Mereka yang melarikan diri dengan berenang ke laut telah ditembak. Perkhemahan itu anjuran Parti Buruh Norway dan dijangka Jens Stoltenberg menyampaikan ucapan di perkhemahan tahunan itu.

Membantah Perang Vietnam[sunting | sunting sumber]

Semasa remaja, Jens Stoltenberg terlibat menghadiri demonstrasi membantah pembabitan Amerika Syarikat menjarah Vietnam dan mengebom bandar pelabuhan Hai Phong pada 1975 . Beliau bersama yang lain turut membaling batu dan memecahkan cermin tingkap Kedutaan Amerika Syarikat di Oslo.Namun begitu dia gagal ditangkap polis walaupun kawasn-kawannya telah diberkas. Tindakannya itu kerana dipengaruhi oleh aliran Marxis-Lenin , sama aliran dengan kakaknya Camilia.


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan b tidak disediakan
  2. ^ Stoltenberg's filled in his resignation to King Harald V 14 Oktober 2013.
  3. ^ "Nato names Stoltenberg next chief". BBC. BBC. 28 Mac 2014. Dicapai pada 28 Mac 2014.
Jawatan parti politik
Didahului oleh
Egil Knudsen
Ketua Liga Belia Pekerja
1985–1989
Diikuti oleh:
Turid Birkeland
Didahului oleh
Thorbjørn Jagland
Ketua Parti Buruh
2002–kini
Pemegang jawatan kini
Jawatan politik
Didahului oleh
Finn Kristensen
Menteri Perdagangan dan Tenaga
1993–1996
Diikuti oleh:
Grete Knudsen
Didahului oleh
Sigbjørn Johnsen
Menteri Kewangan
1996–1997
Diikuti oleh:
Gudmund Restad
Didahului oleh
Kjell Magne Bondevik
Perdana Menteri Norway
2000–2001
Diikuti oleh:
Kjell Magne Bondevik
Perdana Menteri Norway
2005–2013
Diikuti oleh:
Erna Solberg
Jawatan diplomatik
Didahului oleh
Anders Fogh Rasmussen
Bakal
Setiausaha Agung NATO

2014–kini
Pemegang jawatan kini