Jens Fink-Jensen

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jens Fink-Jensen. Ideogramma International Literature Festival in Nicosia, Cyprus, 27.11.2019.
Jens Fink-Jensen. Ideogramma International Literature Festival in Nicosia, Cyprus, 27.11.2019.

Jens Fink-Jensen (lahir 19 Disember 1956) ialah seorang pemuisi, penulis, jurugambar, penggubah, dan arkitek Denmark.


Biografi[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan di Copenhagen, Denmark, Jens Fink-Jensen termuncul sebagai seorang pengarang fiksyen buat pertama kali pada 4 Julai 1975 ketika cerpennya, Juni 1995, diterbitkan oleh surat khabar "Information", dan sebagai seorang penyair pada bulan Mei 1976 ketika empat buah puisinya diterbitkan dalam majalah Hvedekorn No. 76/1.

Buku pertamanya, sebuah koleksi puisi berjudul Verden i et øje (Dunia di sebiji mata), diterbitkan pada bulan Oktober 1981, dan prosa pertamanya, sebuah koleksi cerpen dengan judul Bæsterne (Binatang-binatang), diterbitkan pada 5 Jun 1986. Pada 18 Mac 1994, beliau menerbitkan buku kanak-kanak berjudul Jonas og konkylien (Jonas dengan Cangkerang Konc).

Jens Fink-Jensen menyertai peperiksaan keluar sekolah dalam bahasa-bahasa moden di sekolah berasrama Herlufsholm pada tahun 1976, dan kemudian, menyertai perkhidmatan negara serta berlatih sebagai Pegawai Tak Bertauliah dalam Anggota Penyelamat Diraja. Beliau memperoleh ijazah arkitek (MAA, cand.arch.) daripada Pusat Pengajian Seni Bina di Akademi Seni Halus Denmark Diraja, Copenhagen pada tahun 1986, dan ijazah pereka multimedia daripada akademi yang sama pada tahun 1997.

Sebagai salah satu ahli daripada lingkungan penyair 1980-an yang asal dalam kumpulan Poul Borum, penyunting majalah Hvedekorn, Jens Fink-Jensen, bersama-sama dengan teman sekerjanya, Michael Strunge, antara lain, mengurus penjelmaan generasi, "NÅ!!80" di Copenhagen pada tahun 1980.

Jens Fink-Jensen membuat persembahan multimedia di pelbagai tempat, termasuk perayaan muzik dan kesusasteraan, sekolah tinggi, dan perpustakaan. Persembahannya yang menggabungkan pembacaan puisi dengan persembahan slaid diiringi oleh muzik yang dimainkan oleh Fredrik Mellqvist, pemain pensintesis muzik, serta Jens Severin, pemain saksofon.

Pameran[sunting | sunting sumber]

Jens Fink-Jensen pernah membuat pameran foto di Denmark, Norway, dan Sweden:

  • Beijing Ansigt (Imej-imej Beijing), dengan potret-potret orang dan tempat di ibu negara China yang diedarkan oleh Amnesti Antarabangsa.
  • Sydens Skibe (Kapal dari Selatan) yang terutamanya menunjukkan bot-bot nelayan yang kecil, serta orang-orang dan keliling-keliling yang berkaitan, berhampiran Laut Mediterranean, dan Pantai Atlantik di Eropah dan Morocco.

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

  • Verden i et øje, (Dunia di sebiji mata), puisi, 1981
  • Sorgrejser, (Perjalanan dalam Kesedihan), puisi, 1982
  • Dans under galgen, (Menari di bawah tempat gantung), puisi, 1983
  • Bæsterne, (Binatang-binatang), cerpen, 1986
  • Nær afstanden, (Dekat dengan Jarak), puisi, 1988
  • Jonas og konkylien, (Jonas dengan Cangkerang Konc), buku kanak-kanak, 1994 (dihias oleh Mads Stage).
  • Forvandlingshavet, (Perubahan yang Menyeluruh), puisi, 1995
  • Jonas og himmelteltet, (Jonas dan Khemah Langit), buku kanak-kanak, 1998 (dihias oleh Mads Stage).
  • Alt er en åbning, (Segalanya Suat Pembukaan), puisi, 2002
  • Syd for mit hjerte. 100 udvalgte kærlighedsdigte (Di Selatan Hatiku. 100 puisi cinta pilihan), puisi, 2005

Penghormatan[sunting | sunting sumber]

  • Yayasan Kesenian Denmark, 1982.
  • Suruhanjaya Kementerian Kebudayaan untuk Buku Bergambar Denmark, 1992.
  • Majlis Kesusasteraan Denmark, 1997 dan 1998.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]