Jens Stoltenberg
| Jens Stoltenberg | |
|
|
|
| Penjawat kini | |
| Mula berkhidmat 17 October 2005 |
|
| Raja | Harald V |
|---|---|
| Didahului oleh | Kjell Magne Bondevik |
| Tempoh berjawat 3 March 2000 – 19 October 2001 |
|
| Monarki | Harald V |
| Didahului oleh | Kjell Magne Bondevik |
| Digantikan oleh | Kjell Magne Bondevik |
|
Ketua Parti Buruh Norway
|
|
| Penjawat kini | |
| Mula berkhidmat 2002 |
|
| Didahului oleh | Thorbjørn Jagland |
|
|
|
| Tempoh berjawat 25 October 1996 – 17 October 1997 |
|
| Perdana Menteri | Thorbjørn Jagland |
| Didahului oleh | Sigbjørn Johnsen |
| Digantikan oleh | Gudmund Restad |
|
|
|
| Tarikh lahir | 16 Mac 1959 (54 tahun) |
| Tempat lahir | Oslo, Norway |
| Parti politik | Parti Buruh Norway |
| Pasangan | Ingrid Schulerud |
| Alma mater | University of Oslo |
| Profesion | Economist |
| Agama | None (atheist)[1] |
| Tandatangan | |
Jens Stoltenberg (dilahirkan pada 16 Mac 1959 ) merupakan ahli politik Norway , ketua Parti Buruh Norway dan Perdana Menteri Norway terkini, mulai 17 Oktober 2005. Sebelum ini beliau menjadi Perdana Menteri dari 2000 hingga 2001.
Setelah dipilih ke Parlimen Norway pada 1993 bagi kawasan bandar raya Oslo , Stoltenberg berkhidmat sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri di Kementerian Alam Sekitar dari 1990-1991. Kemudian ilantik sebagai Menteri Perindustrian (1993-1996) dalam Kabinet Brundtland III. Ekoran peletakan jawatan Brundtland pada 1996, Thorbjørn Jagland dipilih menjadi ketua Parti Buruh dan menjadi Perdana Menteri Norway. Manakala Stoltenberg dilantik sebagai Menteri Kewangan (17 Oktober 1997) sehingga Jagland dan seluruh kerajaan meletak jawatan .
Sebagai pembangkang dalam parlimen, Stoltenberg bertugas memantau hal ehwal tenaga. Ekoran usul tidak percaya terhadap Kabinet Bondevik , Stoltenberg telah dilantik sebagai Perdana Menteri Norway pada 3 Mac 2000.
Keputusan buruk dalam Pilihan raya Parlimen Norway 2001 dan jatuhnya kerajaan pada 19 Oktober 2001, Stoltenberg berjaya mencabar Thorbjørn Jagland untuk kepimpinan parti pada tahun 2002. Beliau memimpin Parti Buruh Norway dan menang dalam Pilihan raya Norway 2005. Beliau membentuk kerajaan campuran dengan Parti Centre (Sp) dan Parti Sosialis Kiri (SV). Beliau dipilih semula pada tahun 2009 untuk satu penggal lagi sebagai Perdana Menteri Norway.
Serangan 22 Julai 2011 [sunting]
Pada hari Jumaat, 22 Julai 2011, seorang pelampau Kristian bernama Anders Behring Breivik telah meletupkan bom buat sendiri di hadapan pejabat Perdana Menteri di Oslo. Seramai 7 orang terbunuh akibat letupan kuat yang boleh didengar sehingga 20 km. Jens Stoltenberg terselamat kerana ketika itu sedang bekerja dari rumah.
Kemudian pelampau yang bertindak sendiri itu telah menyeberang ke Pulau Utoya dengan berpakaian polis yang lengkap. Dia mengarahkan remaja - remaja 16 tahun yang berkhemah di situ supaya berkumpul. Selepas itu dia melepaskan tembakan dan membunuh orang . Mereka yang melarikan diri dengan berenang ke laut telah ditembak. Perkhemahan itu anjuran Parti Buruh Norway dan dijangka Jens Stoltenberg menyampaikan ucapan di perkhemahan tahunan itu.
Membantah Perang Vietnam [sunting]
Semasa remaja, Jens Stoltenberg terlibat menghadiri demonstrasi membantah pembabitan Amerika Syarikat menjarah Vietnam dan mengebom bandar pelabuhan Hai Phong pada 1975 . Beliau bersama yang lain turut membaling batu dan memecahkan cermin tingkap Kedutaan Amerika Syarikat di Oslo.Namun begitu dia gagal ditangkap polis walaupun kawasn-kawannya telah diberkas. Tindakannya itu kerana dipengaruhi oleh aliran Marxis-Lenin , sama aliran dengan kakaknya Camilia.
Rujukan [sunting]
- ↑ Melå, Veronica. "Statsministeren må være kristen", VG, 14 July 2000.