Jenson Button
Button in 2007 |
|
| Kewarganegaraan |
|
| Kejuaraan | 1 (2009) |
|---|---|
| Perlumbaan pertama | Grand Prix Australia 2000 |
| Kemenangan pertama | Grand Prix Hungary 2006 |
Jenson Alexander Lyons Button (lahir 19 Januari 1980 di Frome, Somerset) merupakan pemandu Formula Satu dari England yang memandu untuk pasukan Brawn GP. Beliau merangkul gelaran Juara Pemandu Dunia Formula Satu.
Beliau mula beraksi dalam sukan Formula Satu pada tahun 2000 bersama pasukan Williams, kemudian pada tahun 2001 beralih ke Benetton yang bertukar nama menjadi Renault F1 pada tahun 2002. Setelah menghabiskan dua tahun bersama Benetton, pada tahun 2003 beliau beralih pula ke BAR yang bertukar nama ke Honda pada tahun 2006, apabila beliau buat kali pertama memenangi perlumbaan Grand Prix di Hungary, pada 6 Ogos 2006, selepas 113 perlumbaan.[1]
Berikutan pengunduran pasukan Honda pada Disember 2008, Ross Brawn membeli pengurusan pasukan Honda pada Februari 2009, lalu menempatkan Button dalam pasukan baru Brawn GP. Beliau memenangi enam dari tujuh perlumbaan pertama pada musim 2009, sekaligus menyamai rekod yang hanya tercapai oleh dua pelumba lain, iaitu Michael Schumacher dan Jim Clark. Di perlumbaan Grand Prix Brazil, beliau mengumpul mata yang mencukupi untuk menjuarai Kejohanan Pemandu Dunia FIA 2009 walaupun tinggal satu lagi perlumbaan dalam jadual, di samping juga membantu pasukan Brawn GP merangkul kejuaraan pasukan.
| Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |
[sunting] Rujukan
- ↑ "Button takes first Grand Prix win", BBC Sport, 2006-08-06. Dicapai pada 2009-04-18.