Jep Sepahtu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jep Sepahtu
Jep ditemubual oleh MeleTOP di Anugerah Lawak Warna 2014 pada 23 September 2014.
Kelahiran
Mohd Nadzri bin Zainal Abidin

(1985-04-09) 9 April 1985 (umur 39)
PekerjaanPelawak, pelakon, penyanyi, pengacara, penyampai radio
Tahun aktif2009–kini
Majikan
Ketinggian184 cm (6 ka 0 in)
PasanganSari Yanti (k. 2017)
Anak-anak3
Kerjaya lawak
MediaTelevisyen, filem
GenreLawak, satira, sketsa
SubjekBudaya masyhur, peristiwa semasa
AhliSepahtu (2011–kini)

Mohd Nadzri Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Jep Sepahtu[1] (lahir 9 April 1985) merupakan seorang pelawak, pelakon, penyanyi, pengacara dan penyampai radio Malaysia. Bakatnya diperkenalkan menerusi Raja Lawak musim ke - 3 bersama Shuib. Mereka bergabung di bawah satu kumpulan yang diberi nama Sepahtu.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau ialah bekas anggota kumpulan Sepah bersama Shuib dan Mamat, menjuarai Raja Lawak musim ketiga dan Maharaja Lawak 2011. Selepas mereka bertiga berpisah, Jep menubuhkan kumpulan Sepahtu yang turut dianggotai oleh Shuib.

Jep juga ialah pemenang bagi sebuah rancangan improvisasi Super Spontan 2013[2] dan pernah menewaskan pelawak-pelawak popular yang lain dalam usahanya memenangi Artis Lawak Lelaki Paling Popular[3] di Anugerah Lawak Warna yang dibuat julung kalinya oleh Astro untuk mengiktiraf dan menghargai usaha pelawak negara.

Beberapa hari selepas itu, Jep terus disunting oleh pihak M7 sebagai duta baru produk itu.[4]

Beliau kemudiannya disunting menjadi duta Jakel untuk koleksi jubah dan baju Melayu pada tahun 2016. Beliau juga merupakan pemain pasukan Super Lawak FC.

Jep menjadi pengacara program lawak iaitu Skool Of Lawak bersama bekas peserta Raja Lawak musim pertama, Johan yang bersiaran di Astro Warna.

Beliau juga menjadi penyampai radio di Sinar FM untuk segmen Pagi Di Sinar bersama Rahim, Angah dan Siti Elizad, yang sebelum ini dikenali sebagai Sepahtu Sinar bersama Rahim & Shuib.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Beliau merupakan anak ke-4 daripada 7 adik-beradik. Pada 25 Februari 2017, beliau telah selamat mendirikan rumah tangga dengan pelakon Sari Yanti. Mereka menyambut kelahiran bayi perempuan yang diberi nama Dariya Inara pada 25 April 2018. Pada 6 Jun 2020, mereka menyambut kelahiran bayi lelaki iaitu anak kedua yang diberi nama Muhammad Khidir.[5]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
2012 Sofazr The Movie - Jiwa Kacau Bob Filem pertama
Sepah The Movie Jep
2013 Oh Mak Kau (O.M.K) Sam

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2010 Bujang Sepah Lalalitamplom Jep Astro Prima
2011 Edisi Khas Pelbagai watak TV3
Biar Betul Bendul Astro Warna
2012 Tok Ketua
Sepahtu Angan Tak Sudah Jep
2013 Buletin Cinta Doktor Love TV3
2016–2018 Jenaka Kampung Kalut (J.K.K) Usop
2019 Sepahtu Reunion Raya Gear 5 Jep Astro Ria

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2009 Bujang Sepah Silallalitamplom Jep Astro Prima
Lemang Si Bujang Sepah
2010 Burger Layan Diri Ipin
Dodol Si Bujang Sepah Jep
Ibu Mee Segera Astro Ria
2012 Bomoh Temberang Samad Astro Prima
Siapa Dapat Lisa
Sebelum Raya, Menjelang Raya Jeff TV3
2014 Sepahtu Kepok Bonda Jep Astro Warna
2015 Ayah Den Lopeh Rizal Astro Ria
2016 Sepahtu Kisah Tauladan Jep
Sepahtu Mercun Raya
Sepahtu Cinta Plastik Astro Prima
2023 Sepahtu Rewang Kampung Kenangan Astro Warna

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2009 Gelak Khas Pelbagai watak Astro Warna
2011–2012 S.Y.O.K TV1
2012 Karoot Komedia Pelbagai watak Astro Warna
2012–2014 Karoot Komedia X
Betul ke Bohong? Kapten pasukan bersama Shuib Sepahtu
2014 Skool Of Lawak Pengacara bersama Johan Raja Lawak
2015 Sepahtu Reunion Pelbagai watak
2016–kini Sepahtu Reunion Live
2017 Meja Bulat Sepahtu Pengacara Astro Prima
2021 Warung Sepahtu Pak Ngot Astro Warna
Mencari Sepahtu Yang Hilang Juri
2022 Warung Sepahtu 2 Apai
2023 Konnichiwa Superlawak

Peserta[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Kumpulan
2009 Raja Lawak Musim 3 Sepah
2011 Maharaja Lawak
2013 Super Spontan 2013 Semut Sentap
Maharaja Lawak Mega 2013 Sepahtu
2014 Maharaja Lawak Mega 2014

Radiografi[sunting | sunting sumber]

Radio[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Stesen
30 November 2015 – kini Sepahtu Sinar & Pagi Di Sinar Sinar

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2009 Raja Lawak Musim 3 Juara Sepah (Jep, Shuib & Mamat) Menang
2011 Maharaja Lawak Juara Menang
2013 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013[6][7] Artis Komedi Lelaki Popular Jep Sepahtu Tercalon
Anugerah Lawak Warna[8][9] Artis Lawak Lelaki Paling Popular Jep Sepahtu Menang
Super Spontan[10] Juara Jep Sepahtu Menang
Maharaja Lawak Mega 2013 Juara Sepahtu (Jep, Shuib & Rahim) Menang
2014 Anugerah MeleTOP Era 2014[11] Bintang TV MeleTOP Super Spontan 2013 Menang
Bintang Filem MeleTOP Sepah The Movie Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014[12] Artis Komedi Lelaki Popular Jep Sepahtu Menang
Anugerah Lawak Warna 2014[13] Artis Lawak Lelaki Paling Popular Jep Sepahtu Menang
Maharaja Lawak Mega 2014 Naib Juara Sepahtu (Jep & Shuib) Menang
2015 Anugerah MeleTOP Era 2015 Artis Lawak MeleTOP Jep Sepahtu Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita 2015 Artis Komedi Lelaki Popular Jep Sepahtu Tercalon
Anugerah Lawak Warna 2015 Artis Lawak Lelaki Paling Popular Jep Sepahtu Menang
Grup/Duo Lawak Paling Popular Sepahtu Menang
2016 Anugerah MeleTOP Era 2016 Artis Lawak MeleTOP Jep Sepahtu Tercalon
Anugerah Pilihan Online 2016 Selebriti Komedi Pilihan Online Jep Sepahtu Tercalon
Anugerah Melodi 2016 Personaliti Komedi Melodi Jep Sepahtu Menang
2017 Anugerah Stail EH! 2017 Pasangan Selebriti Pilihan Jep & Sariyanti Tercalon
Anugerah MeleTOP Era 2017 Bintang Online MeleTOP Jep Sepahtu Tercalon
Penyampai Radio MeleTOP Jep Sepahtu Tercalon
Program Radio MeleTOP (Sepahtu Sinar) Sepahtu (Jep, Shuib & Rahim) Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 Artis Komedi Popular Jep Sepahtu Tercalon
2018 Anugerah MeleTOP Era 2018 Couple MeleTOP Jep & Sariyanti Menang
Artis Lawak MeleTOP Jep Sepahtu Tercalon
Penyampai Radio MeleTOP Jep Sepahtu Tercalon
Program TV MeleTOP (Sepahtu Reunion Live) Jep , Shuib, Rahim R2 dan Illya Buang Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2018 Artis Komedi Popular Jep Sepahtu Tercalon
Penyampai Radio Popular Jep Sepahtu Tercalon
2019 Anugerah MeleTOP Era 2019 Artis Lawak MeleTOP Jep Sepahtu Menang
Penyampai Radio MeleTOP Jep Sepahtu Tercalon
Program TV MeleTOP (Sepahtu Reunion Al Puasa) Jep, Shuib, Rahim R2 dan Illya Buang Menang
Program Radio MeleTOP (Pagi di Sinar) Jep, Rahim & Angah Tercalon
2023 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2023 Penyampai Radio Popular Jep Sepahtu Tercalon

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Tiada Tekanan Kerja, Jep Sepahtu Lebih Selesa Di Stesen Radio". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-01-03. Dicapai pada 2018-01-03.
  2. ^ JUARA MILIK JEP DI SUPER SPONTAN 2013.. Astro Gempak.
  3. ^ Jep, Didie paling lawak. Harian Metro. 2013/08/17.
  4. ^ MENANG ARTIS KOMEDI POPULAR, JEP DILANTIK DUTA M7 Diarkibkan 2013-12-03 di Wayback Machine. Murai. 27 OGOS 2013.
  5. ^ https://beautifulnara.com/tahniah-sari-yanti-dan-jep-sepahtu-timang-cahaya-mata-pertama/
  6. ^ Anugerah Bintang Popular 2012 — Senarai Penuh Pencalonan Akhir Lima Teratas. RotiKaya. 09 January 2013, 3:01PM.
  7. ^ Top 5 APBBH 2012, Zizan Razak Dahului Dengan 8 Pencalonan Diarkibkan 2013-01-13 di Wayback Machine. gua. 9 JAN 2013, 09:30PM.
  8. ^ INILAH SENARAI PENCALONAN TOP 5 ANUGERAH LAWAK WARNA Diarkibkan 2013-12-03 di Wayback Machine. Murai. 12 JULAI 2013.
  9. ^ Senarai Penuh Keputusan Anugerah Lawak Warna 2013. Astro Gempak. 8/16/2013.
  10. ^ Jep Sepahtu Rangkul Juara Super Spontan 2013 Diarkibkan 2013-12-03 di Wayback Machine. Saturday, 02 November 2013.
  11. ^ Jep sepahtu memenangi Anugerah Bintang TV Meletop Diarkibkan 2014-02-22 di Wayback Machine. Saturday, 08 February 2014.
  12. ^ Artis Komedi Lelaki Popular ABPBH 2013. Saturday, 24 May 2014.
  13. ^ Anugerah Lawak Warna 2014 . Friday, 20 September 2014.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]