Jerebu Asia Tenggara 2013

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gambar satelit kejadian jerebu ini pada 19 Jun 2013 oleh NASA.
Tahap jerebu ini pada 19 Jun 2013.[1]
Tahap jerebu ini pada 23 Jun 2013.[1]

Jerebu Asia Tenggara 2013 ialah satu kejadian jerebu yang bermula pada Jun 2013. Ia memberi kesan kepada beberapa negara di kawasan Asia Tenggara termasuk Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei. Pada 19 Jun 2013, satelit-satelit Terra and Aqua milik NASA telah mengambil gambar-gambar asap dari kebakaran hutan haram di pulau Sumatera, Indonesia yang bertiup ke arah timur ke kawasan selatan Malaysia dan Singapura, menyebabkan jerebu tebal di kawasan tersebut.[2] Seperti yang dinyatakan oleh pegawai tempatan Indonesia, jerebu ini mungkin berasal dari kawasan tanah gambut seluas 3000 hektar di daerah Bengkalis, wilayah Riau, yang telah dibakar oleh pihak yang tidak diketahui pada 9 Jun.[3] Sebanyak 187 titik panas telah ditemui oleh satelit-satelit pada 18 Jun 2013[4] dan menurun ke 85 pada 20 Jun 2013. Pada 23 Jun 2013, 119 titik panas telah ditemui. Pada 24 Jun 2013, 159 titik panas telah ditemui di Riau daripada 227 titik panas yang ditemui di serata Sumatera. Seorang pegawai tentera udara menjelaskan bahawa jumlah titik panas rendah yang ditemui pada sesetengah hari adalah berpunca daripada litupan awan tebal yang menghalang satelit daripada mengesan sesetengah titik panas.[5] Jabatan Alam Sekitar Malaysia mengatakan bahawa 173 titik panas telah ditemui di Malaysia pada 24 Jun, 1 daripadanya di Negeri Sembilan, 1 di Terengganu, 3 di Sabah dan 168 di Sarawak.[6] Kebanyakan titik panas ini dimiliki oleh syarikat-syarikat kelapa sawit atau pekebun-pekebun kecil yang membekalkan kelapa sawit kepada syarikat-syarikat tersebut dan menggunakan kaedah tebas dan bakar tradisional untuk mengosongkan tanah mereka untuk musim penanaman seterusnya.[7] Namun, Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, mengatakan bahawa kebakaran-kebakaran itu paling berkemungkinan dimulakan oleh syarikat-syarikat tidak bertanggungjawab dan bukannya oleh pekebun-pekebun kecil dengan kaedah tebas dan bakar.[8] Pada 25 Jun 2013, presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono telah memohon maaf secara rasmi kepada Malaysia dan Singapura atas jerebu yang berbahaya ini.[9]

Pada 26 Jun 2013, 265 titik panas telah ditemui oleh satelit, tetapi sejak itu ia telah menurun ke 54 pada 27 Jun selepas hujan lebat turun sepanjang malam di antara dua hari tersebut. Disebabkan jerebu ini, kelab Cardiff City yang baru dinaikkan ke Liga Perdana Inggeris juga telah membatalkan lawatan selama seminggu ke Malaysia, tempat tinggal pemilik jutawan kelab ini, Vincent Tan, yang dijadualkan bermula pada minggu itu.[10]

Jumlah titik panas di Sumatera terus menurun pada 27 Jun, dengan 42 titik panas direkodkan pada 4 petang. Pada masa yang sama keesokan harinya, hanya 15 titik panas telah ditemui oleh satelit. Agensi Alam Sekitar Kebangsaan Singapura menyatakan bahawa ini mungkin sebab mengapa keadaan jerebu di Singapura dan Malaysia menjadi semakin baik sepanjang minggu lepas.[11] Junlah titik panas terus menurun sehingga hanya tinggal 7 sahaja pada 29 Jun.[12]

Tabung Alam Sedunia (WWF) telah menuntut semula penggubalan dan penguatkuasaan polisi pembakaran sifar. Berdasarkan pengesanan titik panas oleh satelit, wilayah Riau di Sumatera didapati mengandungi lebih 88% titik panas yang menyebabkan kejadian jerebu yang paling teruk di Singapura dan Semenanjung Malaysia sejak 1997. Dari 1 Jun hingga 24 Jun, satelit-satelit NASA telah mengesan sejumlah lebih 9,000 titik-titik panas di Sumatera, dan lebih 8,000 daripadanya terdapat di Riau.[13]

Setakat 29 Jun, sejumlah 2,800 anggota tentera, serta helikopter-helikopter dan pesawat-pesawat telah diatur kedudukan untuk melawan kebakaran. Kira-kira 3,000 orang awam turut membantu dalam memadamkan kebakaran. Kebakaran-kebakaran juga telah dikurangkan keluasannya dari 16,500 hektar ke 4,081 hektar.[14]

Negara-negara yang terjejas[sunting | sunting sumber]

Brunei[sunting | sunting sumber]

Setakat 23 Jun, Pusat Meteorologi Khas Asean (ASMC) di Singapura telah mengesan 642 titik panas berselerak kebanyakannya di kawasan Borneo tengah dan barat yang menyebabkan jerebu di [[Brunei] dan kawasan-kawasan Borneo yang lain.[15] Pada 20 Jun, Daerah Brunei-Muara mencatatkan bacaan PSI "baik" pada 44, 75 di Belait, 64 di Temburong dan 66 di Tutong.[16] Menjelang 21 Jun, Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi Brunei mengatakan bahawa bacaan PSI adalah "lebih tinggi daripada biasa", tetapi tahap pencemaran udara masih dianggap "sederhana" kerana bacaan PSI di Brunei masih lagi di bawah 100. Belait telah mencatatkan bacaan PSI yang tertinggi apabila bacaannya mencapai 98, sementara di Temburong bacaannya ialah 94, Tutong 92 dan Brunei-Muara mencatatkan bacaan yang terendah pada 65.[17] Sehingga 24 Jun, jerebu di Brunei tidak berubah dengan bacaan PSI 43 di Brunei-Muara, 75 di Belait, 72 di Temburong dan 73 di Tutong.[15] Pada 26 Jun, jerebu di Brunei telah berakhir dan bacaan PSI telah kembali ke tahap "baik".[18] Namun, tahap "sederhana" masih lagi dicatatkan di Tutong (70) dan Belait (64).[18] Jumlah titik panas juga telah menurun daripda 231 yang dilaporkan pada hari Sabtu ke 117 pada hari Selasa.[18]

Tindakan yang diambil[sunting | sunting sumber]

Ketika masa berjerebu, Jabatan Kesihatan Brunei mengeluarkan nasihat kesihatan kepada umum.[19] Masyarakat umum juga telah dinasihatkan agar kerap menyemak bacaan PSI (Indeks Piawai Bahan Cemar), mematuhi nasihat kesihatan dan dapatkan rawatan segera di hospital atau pusat kesihatan berdekatan sekiranya mereka mendapat sebarang simptom disebabkan jerebu itu.[20]

Bacaan PSI[sunting | sunting sumber]

Bacaan Indeks Piawai Bahan Cemar bagi Negara Brunei Darussalam[21]
Tarikh (masa) Brunei-Muara Belait Temburong Tutong
26 (4pm) 45 48 42 54
27 (12pm) 26 41 37 50
27 (4pm) 38 52 46 45
27 (5pm) 46 41 62 62
28 (9am) 36 43 24 32

  0–50  Baik  51–100 Sederhana 101–200 Tidak Sihat

Indonesia[sunting | sunting sumber]

Sebahagian Indonesia, yang merupakan sumber kepada kebakaran hutan yang menyebabkan jerebu ini, telah mengalami impak yang paling besar daripada asap ini. Di Pekanbaru, ibu negeri wilayah Riau di mana kebanyakan titik panas ditemui, jarak penglihatan telah menurun dan ramai penduduk Pekanbaru mengadu yang jerebu ini menjejaskan kesihatan mereka.[22] Selain itu, Lapangan Terbang Sultan Syarif Kasim II perlu ditutup untuk beberapa jam, menyebabkan beberapa penerbangan dipindahkan ke lapangan-lapangan terbang berdekatan seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Polonia, Medan atau ke Kuala Lumpur, Malaysia.[23] Penerbangan-penerbangan ke dan dari Lapangan Terbang Pinang Kampai di Dumai juga telah ditunda oleh pihak berkuasa disebabkan jarak penglihatan yang teruk.[24]

Walaupun kebanyakan akhbar menumpukan lebih kepada impak jerebu ini pada Singapura dan Malaysia, penduduk Riau juga telah terjejas teruk. Penduduk-penduduk telah meninggalkan rumah mereka di Bengkalis, dengan kira-kira 30% mengalami masalah pernafasan. Api telah membakar kawasan ladang seluas beberapa hektar dan memusnahkan tuaian musim ini.[25] PSI di Dumai telah mencapai 492 menjelang pagi Jumaat.[26] Namun, oleh kerana pola angin, kebanyakan kawasan Indonesia yang lain tidak akan ditimpa jerebu ini.

Sebelum itu, pada 22 Jun 2013, kerajaan Indonesia telah menyalahkan lapan syarikat, termasuklah PT Sinar Mas Agro Resources and Technology (SMART) yang berpusat di Jakarta dan Asia Pacific Resources International (APRIL), atas kebakaran ini.[27] Kemudian, pada hari Sabtu 22 Jun, Menteri Alam Sekitar Balthasar Kambuaya telah mendedahkan penemuan penyiasatan bahawa sekurang-kurangnya 20 syarikat penanaman dalam dan luar negara di Riau disyaki menyebabkan kebakaran ini, 8 daripadanya adalah syarikat penanaman Malaysia; PT Langgam Inti Hiberida, PT Bumi Rakksa Sejati, PT Tunggal Mitra Plantation, PT Udaya Loh Dinawi, PT Adei Plantation, PT Jatim Jaya Perkasa, PT Multi Gambut Industri dan PT Mustika Agro Lestari.[28] Syarikat penanaman lain yang dikesan mempunyai titik-titik panas ialah PT Siak Seraya, PT Kimia Tirta Utama, PT Inti Indo Sawit Subur, Village Unit Cooperatives (KUD) Dayus Mas, PT Padasa Enam Utama, PT Kartayatam Bhakti Mulia, PT Langgam Inti Hibrindo, PT Riau Sakti Trans, PT Raja Garuda Masa Sejati, PT Sabira Negeri Utama, PT Guntung Hasrat Makmur, PT Panca Surya Agrindo, PT Bumi Reksa Nusa Sejati, PT Surya Bratasena Plantation, PT Adei Crumb Rubber, PT Rokan Adi Raya, Cooperatives 13 Anak Suku Bonai, PT Karyatama Bhakti Muli dan PT Agroraya Gematrans.[28]

Pada pagi 24 Jun 2013, jerebu telah melitupi Pekanbaru, ibu kota wilayah Riau. PSU di Pekanbaru telah merekodkan bacaan sederhana sekitar 100 pada minggu sebelumnya, tetapi ia meningkat ke paras 140 yang tidak sihat pada malam 23 Jun. Pada pagi yang sama, beberapa penerbangan dalam negara di Lapangan Terbang Syarif Kasim II telah ditangguh kerana jarak penglihatan rendah menghalang kapal-kapal terbang daripada berlepas.[29]

Pada 25 Jun, lapan peladang Indonesia telah didakwa dan ditahan atas kesalahan memulakan api yang menyebabkan kebakaran.[30]

Tindakan yang diambil[sunting | sunting sumber]

Kerajaan Indonesia telah merancang menggunakan teknologi pengubah cuaca untuk menghasilkan hujan tiruan dan memadamkan kebakaran-kebakaran yang marak.[31] Sebanyak 200 bilion rupiah (kira-kira RM65 juta) telah diperuntukkan untuk menangani bencana ini dan tujuh pesawat tentera telah dilancarkan bagi pembenihan awan dan mengebom air untuk melawan kebakaran hutan yang marak pada 21 Jun 2013.[27] Indonesia juga telah menghantar lebih daripada 100 ahli bomba untuk melawan kebakaran itu. Kerajaan Indonesia kini menumpukan untuk memadamkan kebakaran di bawah penyelarasan Badan Pencegahan Bencana Kebangsaan (BNPB).

Menteri Pertanian Indonesia, Suswono menyatakan bahawa satu penyiasatan telah dimulakan untuk mencari firma-firma yang bertanggungjawab atas pencemaran udara ini, dan telah bersetuju untuk menerbitkan nama-nama firma ini jika mereka telah terbukti bersalah.[32]

Menteri Perhutanan Indonesia, Zulkifli Hasan mengatakan bahawa kerajaan tidak akan bertolak ansur dengan syarikat-syarikat yang membakar daratan dan semak-semak yang menyebabkan jerebu melitupi Riau dan kawasan sekitarnya. Syarikat-syarikat yang terbukti telah menjalankan kegiatan tebas dan bakar dan menyebabkan kebakaran tanah dan hutan akan dikenakan tindakan sewajarnya. Kerajaan telah menyerahkan tugas menguruskan proses undang-undang dan sekatan terhadap firma-firma yang menyebabkan kebakaran hutan kepada Polis Kebangsaan. "Firma-firma yang membakar kawasan akan diuruskan oleh polis dan kerajaan tidak akan teragak-agak untuk menghukum mereka yang ada permit perniagaan sekalipun."[28]

Pada waktu fajar 23 Jun 2013, hujan turun selama 30 minit di Dumai, bandar tepi pantai yang paling dekat dengan kebanyakan titik panas, hasil daripada pembenihan awan. Hujan turun lagi di Dumai pada 5 petang hari yang sama, setelah jet Hercules C-130 memulakan pembenihan awan di daerah Bengkalis dan Dumai pada 2pm.[29] Namun, tidak banyak hujan yang turun kerana awan terlalu sedikit dan terlalu nipis, untuk memburukkan keadaan.[33] Leftenan Pertama Fajar Gusthana, antara mereka yang menjalankan pembenihan awan, mengatakan yang pembenihan awan kerana awan terlalu kurang dan ia juga agak nipis. Beliau juga mengatakan yang tidak ada awan betul-betul di atas titik-titik panas, yang menjadikannya sukar untuk menjalankan pembenihan awan.[34]

Malaysia[sunting | sunting sumber]

Pusat bandar Kuala Lumpur menghadap selatan, 9 Mei 2013.
Pusat bandar Kuala Lumpur menghadap selatan, 23 Jun 2013.

Jerebu yang menimpa Malaysia adalah jerebunya yang paling teruk sejak 2005, bermula dengan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencapai 172 pada 19 Jun 2013.[35] Pada 17 Jun, hanya dua bacaan IPU tidak sihat yang direkodkan, satu pengurangan daripada enam kawasan tidak sihat pada 16 Jun.[36][37] Menurut Jabatan Alam Sekitar Malaysia, dua kawasan tersebut adalah Kemaman, Terengganu (118) dan Balok Baru, Kuantan, Pahang (110).[36] Pada 19 Jun, bacaan IPU pada jam 5 petang oleh Jabatan Alam Sekitar Malaysia menunjukkan yang negeri yang menerima impak paling teruk daripada jerebu ini ialah negeri Johor dan Melaka. Setakat masa itu, bacaan tertinggi di Johor adalah 172, dicatatkan di Muar, manakala bacaan di Melaka pula adalah 161, dicatatkan di ibu negeri Melaka, Bandar Melaka.[38]

Pada 20 Jun 2013, masalah jerebu di Malaysia meruncing. Johor dan Melaka kekal sebagai negeri-negeri yang terjejas paling teruk. Di Johor, Muar merekodkan bacaan yang merbahaya (383) pada 11 pagi, bacaan yang paling teruk antara semua bacaan. Kota Tinggi mencatatkan IPU kedua teruk, mencecah paras Sangat tidak sihat 232. Di Melaka, bacaan IPU 137 dicatatkan di Kota Melaka, melebihi IPU Tidak sihat. Bacaan di bahagian-bahagian lain Malaysia berjulat antara Baik ke Tidak sihat.[39]

Pada 21 Jun 2013, Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan yang jerebu ini tidak akan surut sehingga 26 Jun, ketika ribut tropika Bebinca diramalkan bertiup dari arah barat daya dan membawa asap dari Sumatera ke Malaysia Barat. Jabatan Kesihatan Negeri Johor juga telah meramalkan peningkatan peratusan penduduk dengan penyakit saluran pernafasan atas sebanyak sekurang-kurangnya 21%.[40] Ada juga kerisauan yang jerebu ini mungkin mengganggu jelajah berbasikal Jelajah Malaysia pada minggu berikutnya.[41]

Pada 23 Jun 2013, Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Muar, Johor memuncak ke 746 pada 7 pagi yang jauh melebihi julat minimum tahap Berbahaya, menyebabkan pengisytiharan darurat di Muar dan Ledang (yang kemudiaannya ditarik balik pada pagi 25 Jun), menyebabkan bandar-bandar ini boleh dikatakan ditutup.[42][43]

Pada 24 Jun 2013, angin yang beralih arah meniup jerebu ini ke arah utara, jauh dari Johor dan Singapura dan ke arah Melaka, Selangor, Negeri Sembilan, Perak dan Pulau Pinang. Jerebu ini juga telah melitupi pantai timur, terutama sekali negeri Terengganu, Pahang dan Kelantan. Kualiti udara di Semenanjung Malaysia utara dan tengah juga telah menjadi semakin teruk.[6] Kuala Lumpur merekodkan bacaan IPU Tidak sihat 198 pada jam 11 pagi yang menyatakan bacaan di Kuala Lumpur yang pertama di ambang julat Sangat tidak sihat dalam musim jerebu. Port Dickson terjejas paling teruk daripada jerebu ini dengan bacaan IPU memasuki julat Berbahaya dengan bacaan 335 pada 7 pagi, tetapi angka ini menurun ke bacaan Sangat tidak sihat 292 pada 11 pagi.[44]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Data daripada: Agensi Alam Sekitar Kebangsaan Singapura
  2. ^ "Smoke Engulfs Singapore". NASA Earth Observatory. 21 Jun 2013. Dicapai pada 21 Jun 2013.
  3. ^ "Haze source 'may be' fire on Riau land parcel 4 times size of Ang Mo Kio". The Straits Times. 21 Jun 2013. Dicapai pada 21 Jun 2013.
  4. ^ "Four times as many hotspots in Sumatra now". The Star. 19 Jun 2013. Dicapai pada 19 Jun 2013.
  5. ^ "Haze continues blanketing Pekanbaru". The Jakarta Post. 21 June 2013. Dicapai pada 22 June 2013.
  6. ^ a b "Dreaded haze heading north now". The Star. 25 Jun 2013. Dicapai pada 25 Jun 2013.
  7. ^ Jessica Chaem (20 Jun 2013). "Haze hits hazardous levels, Singapore and Indonesia at war of words". Eco Business. Dicapai pada 20 Jun 2013.
  8. ^ "Smog at Hazardous as Singapore, Jakarta Spar Over Fires". Bloomberg. 21 Jun 2013. Dicapai pada 23 Jun 2013.
  9. ^ Maierbrugger, Arno (25 Jun 2013). "Indonesian president apologises for haze disaster". Inside Investor. Dicapai pada 25 Jun 2013.
  10. ^ "Southeast Asia haze crisis eases as rain douses fires". 26 June 2013. Dicapai pada 27 June 2013.
  11. ^ "Haze may have eased due to fewer fires: NEA". The Straits Times. Singapore Press Holdings. 29 Jun 2013. m/s. A6. |access-date= requires |url= (bantuan)
  12. ^ "Air clears in Malaysia as Indonesian fires die out". The Sunday Times. 30 June 2013. m/s. 4.
  13. ^ "WWF renews calls for zero-burn policies to be enacted". Channel NewsAsia. 28 Jun 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Jun 2013. Dicapai pada 29 Jun 2013.
  14. ^ "Hot spot situation 'more under control': Jakarta". The Sunday Times. 30 Jun 2013. m/s. 1. |access-date= requires |url= (bantuan)
  15. ^ a b "Haze 'Unchanged' in Brunei". The Borneo Post. 25 Jun 2013. Dicapai pada 25 Jun 2013.
  16. ^ "Ministry allays fears over Brunei hazy conditions". The Brunei Times. 21 Jun 2013. Dicapai pada 25 Jun 2013.
  17. ^ "Brunei haze worsens, visibility drops". asiaone. 22 Jun 2013. Dicapai pada 25 Jun 2013.
  18. ^ a b c "Haze across country recedes considerably". The Brunei Times. 26 Jun 2013. Dicapai pada 27 Jun 2013.
  19. ^ "GENERAL HEALTH ADVICE DURING HAZE". Jabatan Kesihatan Brunei Darussalam. Dicapai pada 27 Jun 2013.
  20. ^ "Health ministry issues haze advisory". The Brunei Times. 25 Jun 2013. Dicapai pada 27 Jun 2013.
  21. ^ "Department of Environment, Parks and Recreation of Brunei". Env.gov.bn. Dicapai pada 2013-06-30.
  22. ^ "Haze continues blanketing Pekanbaru". The Jakarta Post. 21 Jun 2013. Dicapai pada 22 Jun 2013.
  23. ^ "Pekanbaru`s airport shut down due to thick haze". Antara News. 20 Jun 2013. Dicapai pada 22 Jun 2013.
  24. ^ "Heavy downpour needed to deal with haze: Indonesia official". The Straits Times. 21 June 2013. Dicapai pada 22 June 2013.
  25. ^ "Why Indonesia Can Only Wait for Rain as Riau Burns and Singapore Chokes". The Jakarta Globe. 21 Jun 2013. Dicapai pada 22 Jun 2013.
  26. ^ "Haze update: In Dumai, PSI reaches 491 on Friday morning". 21 Jun 2013. Dicapai pada 22 Jun 2013.
  27. ^ a b Kanupriya Kapoor and Michael Taylor (22 Jun 2013). "Indonesian fires worsen, Singapore smog sets record". Yahoo News Singapore. Reuters. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Jun 2013. Dicapai pada 22 Jun 2013.
  28. ^ a b c Andi Abdussalam (Ahd, 23 Jun 2013 14:31). "Malaysian firms suspected to have sent haze home". Antara. Antara. Dicapai pada 23 Jun 2013. Check date values in: |date= (bantuan)
  29. ^ a b "Haze update: Haze covers Pekanbaru despite efforts to douse fires". The Straits Times. 24 Jun 2013. Dicapai pada 24 Jun 2013.
  30. ^ Calderon, Justin (27 Jun 2013). "Eight Indonesians arrested as Singapore haze creeps back – Join the discussion". Inside Investor. Dicapai pada 27 Jun 2013.
  31. ^ "Forestry Ministry Looks to Cloud-Seeding to Douse Forest Fires Raging in Sumatra". The Jakarta Globe. 21 Jun 2013. Dicapai pada 22 Jun 2013.
  32. ^ "Indonesia to punish firm burning forest". People's Daily. 21 Jun 2013. Dicapai pada 22 Jun 2013.
  33. ^ "Malaysia suffocated by haze". Channel NewsAsia. 24 Jun 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Jun 2013. Dicapai pada 24 Jun 2013.
  34. ^ "Rain-inducing efforts bring some relief to Riau". The Straits Times. Singapore Press Holdings. 24 Jun 2013. m/s. A12. |access-date= requires |url= (bantuan)
  35. ^ "Haze Shrouds Singapore, Malaysia". Online Wall Street Journal. 18 Jun 2013. Dicapai pada 19 Jun 2013.
  36. ^ a b "Hanya dua kawasan bacaan IPU tidak sihat". Utusan Malaysia (dalam bahasa Malay). 18 Jun 2013. Dicapai pada 19 Jun 2013.CS1 maint: unrecognized language (link)
  37. ^ "Enam kawasan catat IPU tidak sihat". Utusan Malaysia (dalam bahasa Malay). 17 Jun 2013. Dicapai pada 19 Jun 2013.CS1 maint: unrecognized language (link)
  38. ^ "API readings by Malaysian Department of Environment: 19 June 2013". Malaysian Department of Environment. Dicapai pada 19 Jun 2013.
  39. ^ "API readings by Malaysian Department of Environment: 20 June 2013". 20 Jun 2013. Dicapai pada 20 Jun 2013.
  40. ^ "HAZE UPDATE: Kota Tinggi, Pasir Gudang still at hazardous level". New Straits Times. 21 Jun 2013. Dicapai pada 21 Jun 2013.
  41. ^ "HAZE UPDATE: Kota Tinggi, Pasir Gudang still at hazardous level". New Straits Times. 21 Jun 2013. Dicapai pada 21 Jun 2013.
  42. ^ "Malaysia declares state of emergency in Muar and Ledang". Channel News Asia. 23 Jun 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Jun 2013. Dicapai pada 23 Jun 2013.
  43. ^ "Haze: State of emergency lifted in Muar and Ledang, schools reopen", The Star, Malaysia. 25 Jun 2013.
  44. ^ "API readings by Malaysian Department of Environment: 24 June 2013". Malaysia Department of Environment. 24 Jun 2013. Dicapai pada 24 Jun 2013.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]