Jering

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Jering
Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
Filum: Magnoliophyta
Kelas: Magnoliopsida
Order: Fabales
Keluarga: Leguminosae
Genus: Archidendron
Spesies: A. jiringa
Nama binomial
Archidendron jiringa ( Jack ) Nielsen

Jering, kenuak atau jengkol ialah tumbuhan yang berasal dari Malaysia, Indonesia dan kawasan ASEAN. Jering mempunyai rasa yang pahit dan berbau. Ini menyebabkan golongan muda kurang menyukainya. Tetapi bagi sesetengah orang yang telah lama mengenali jering, rasanya yang sungguh enak terutama sekali apabila dimakan bersama sos ataupun kelapa parut bergula. Buah dan pucuknya berasa lemak-lemak pahit dan pedar. Sesiapa yang memakan buah jering akan mengeluarkan air kencing yang berbau hancing kuat.

Dari segi perubatan pula, biji jering mengandungi sejenis bahan alkoloid yang memberi rangsangan untuk membuang air kecil. Bagi pesakit penyakit kencing manis pula, jering boleh menjadi penawar yang berkesan sekiranya diambil berterusan dengan kadar yang sedikit. Kerana kandungan sebatian alkoloid di dalam jering mampu meneutralkan kandungan gula dalam badan.[perlu rujukan]

Jering dikelaskan sebagai racun serdahana kerana ia mempunyai asid djenkolic, asid amino, yang menyebabkan keracunan Jering (djenkolism - jengkol bean poisoning). Ia menyebabkan "sakit mencucuk/berdenyut (spasmodic pain), penyakit gout, salur kencing tersekat dan kegagalan renal akut (acute renal failure)". [1] Keadaan ni biasanya menyerang lelaki, dan tidak ditentukan oleh cara penyediaan jering, dan mereka yang memakannya banyak kali tanpa apa-apa kesan, mungkin mendapat kegagalan renal pada satu ketika lain.[2] Keadaan ini boleh dikurangkan dengan banyak meminum air kosong selepas memakannya bagi mengurangkan pengumpulan asid djenkolic dalam badan dan melawaskan kencing.

Morfologi[sunting | sunting sumber]

Pokok sederhana besar setinggi 15-25 m. Kanapi bulat atau tiada bentuk. Batang coklat kemerahan, licin. Daun majmuk, mempunyai 2-3 pasang anak daun, sederhana besar, bujur dengan hujung menirus. Pucuk muda kemerahan bertukar hijau tua setelah matang. Bunga majmuk, kecil, putih, tersusun dalam jambak bunga kecil di celah ketiak daun. Buah sederhana besar, kulit tebal, kulit perang keungguan gelap, terdapat jerutan kulit di antara biji-biji. Biji besar, kulit biji hijau ketika muda, bertukar coklat tua setelah tua.

Pembiakan[sunting | sunting sumber]

Pokok jering mudah dibiakkan dengan cara semaian biji benih. Di kampung pokok ini ditanam dalam konsep dusun. Di hutan sekunder dan belukar pula, pokok jering masih lagi didapati tumbuh liar. Tupai Dahan adalah penyebar utama pokok ini.

Khasiat[sunting | sunting sumber]

Kandungan[sunting | sunting sumber]

Biji - mengandungi air, protein, karbohidrat, abu, lemak, gentian, asid jenkolik, serat, kalsium, fosforus, vitamin A, B dan C, minyak (mengandungi belerang, alkaloid yang melawaskan buang air kecil). Pucuk - mengandungi karbohidrat, alkaloid, serat, air, mineral dan vitamin.

Perubatan[sunting | sunting sumber]

Dikatakan biji dan daun muda dimakan bagi merawat penyakit kencing manis, tekanan darah tinggi, lawas buang air kecil serta besar, dan tiada selera makan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Wong, J. S., et al. (2007). Acute anuric renal failure following jering bean ingestion. Asian J Surg 30:1 80-1.
  2. Adler, S. G. and J. J. Weening. (2006). A case of acute renal failure. Clin J Am Soc Nephrol 1: 158-165.