Jermain Defoe

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jermain Defoe
Defoe bersama Sunderland
Maklumat peribadi
Nama penuh Jermain Colin Defoe[1]
Tarikh lahir (1982-10-07) 7 Oktober 1982 (umur 41)
Tempat lahir Beckton, London, England
Ketinggian 1.71 m (5 ka ​7 516 in)[2]
Posisi permainan Penyerang
Maklumat kelab
Kelab terkini
Sunderland
Nombor 18
Kerjaya remaja
Senrab F.C.
1997–1999 Charlton Athletic
1999 West Ham United
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1999–2004 West Ham United 93 (29)
2000–2001Bournemouth (pinjam) 29 (18)
2004–2008 Tottenham Hotspur 139 (43)
2008Portsmouth (pinjam) 1 (1)
2008–2009 Portsmouth 30 (14)
2009–2014 Tottenham Hotspur 135 (47)
2014–2015 Toronto FC 19 (11)
2014Tottenham Hotspur (pinjam) 2 (1)
2015– Sunderland 22 (6)
Pasukan kebangsaan
England B16 8 (0)
2000–2001 England B18 7 (0)
2001–2003 England B21 23 (7)
2004– England 55 (19)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 16:05, 13 September 2015 (UTC)

Jermain Colin Defoe (lahir 7 Oktober 1982) ialah pemain bola sepak profesional Inggeris yang bermain sebagai penyerang untuk kelab Inggeris, Sunderland dan pasukan kebangsaan England.

Defoe memulakan kariernya bersama Charlton Athletic, menyertai pasukan belia mereka ketika berumur 14 tahun sebelum berpindah ke West Ham United ketika berumur 16 tahun. Dia membuat penampilan profesional pertamanya untuk West Ham pada tahun 2000 selepas pinjaman semusim ke Bournemouth semasa musim 2000–01. Selepas West Ham tersingkir liga pada tahun 2003, dia berpindah ke Tottenham pada bulan Januari 2004 dimana Defoe bermain selama 4 tahun sebelum dijual kepada Portsmouth pada bulan Januari 2008. Dia menghabiskan semusim di Fratton Park sebelum kembali ke Tottenham pada bulan Januari 2009. Dia bermain untuk Toronto FC dalam Major League Soccer pada tahun 2014, sebelum kembali ke England pada bulan Januari 2015 untuk menyertai Sunderland.

Pada bulan April 2011, Defoe menjadi pemain ke-20 untuk menjaringkan seratus gol dalam Liga Perdana dan sekarang ini merupakan penjaring ke-11 terbanyak dalam sejarah Liga Perdana Inggeris.[3] Dia menjadi penjaring kelima terbanyak dalam sejarah Tottenham pada bulan September 2013,[4] dan penjaring terbanyak kelab itu dalam pertandingan Eropah pada bulan November 2013.[5] Defoe juga memegang rekod Liga Perdana Inggeris sebagai penjaring gol terbanyak sebagai pemain gantian dengan 22, sehingga 11 Januari 2014.[6]

Defoe membuat penampilan sulungnya untuk England pada tahun 2004 dan telah membuat 55 penampilan serta menjaringkan 19 gol,[7] termasuk tiga penampilan dan satu gol ketika Piala Dunia FIFA 2010.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "FIFA World Cup South Africa 2010 – List of Players" (PDF). Fédération Internationale de Football Association (FIFA). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-05-17. Dicapai pada 8 June 2013.
  2. ^ "Premier League Player Profile Jermain Defoe". Premier League. Barclays Premier League. 2015. Dicapai pada 17 January 2015.
  3. ^ "Jermain Defoe scores 100th Premier League goal after ditching celebratory T-shirt". Telegraph. Retrieved 9 January 2014
  4. ^ Palmer, Kevin (25 September 2013). "Jermain Defoe thrilled with goals record". ESPN FC.
  5. ^ "Defoe breaks all-time record as Spurs go through". ESPN.co.uk. 7 November 2013.
  6. ^ "OptaJoe". Twitter. Opta Sports. 11 January 2014. Dicapai pada 12 January 2014. 22 – Jermain Defoe has scored more goals as a Premier League substitute than any other player (22). Trademark.
  7. ^ Holt, Sarah (30 March 2004). "Lessons from Senrab's soccer school". BBC Sport. Dicapai pada 18 August 2007.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]