Jilbab

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Sebahagian daripada siri
Fiqh Islam

(suatu disiplin kajian Islam)

Bidang-bidang

Jilbāb (Bahasa Arab: جلباب‎) merupakan perbuatan melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar) untuk isteri-isteri dan anak-anak perempuan serta perempuan-perempuan yang beriman.

Dalil al-Quran tentang jilbab[sunting | sunting sumber]

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan (jilbab) pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Al-Ahzab : Ayat 59)[1]

Dalil hadis tentang jilbab[sunting | sunting sumber]

Muslimah memakai jilbāb
Rasulullah memerintahkan kami untuk keluar pada Aidil Fitri dan AidilAdha, baik gadis yang menginjak akil baligh, wanita-wanita yang sedang haid, mahupun wanita-wanita pingitan. Wanita yang sedang haid tetap meninggalkan solat, namun mereka dapat menyaksikan kebaikan dan dakwah kaum Muslim. Aku bertanya, "Wahai Rasulullah, salah seorang di antara kami ada yang tidak memiliki jilbab?" Rasulullah menjawab, "Hendaklah saudarinya meminjamkan jilbabnya kepadanya." (Hadis Riwayat Muslim).

Hadis ini, di samping, menunjukkan kewajipan wanita untuk mengenakan jilbab ketika hendak keluar rumah, juga memberikan pengertian jilbab; bahawa yang dimaksud dengan jilbab bukanlah pakaian sehari-hari yang biasa dikenakan dalam rumah. Sebab, jika disebutkan ada seorang wanita yang tidak memiliki jilbab, tidak mungkin wanita itu tidak memiliki pakaian yang biasa dikenakan dalam rumah. Tentu ia sudah memiliki pakaian, tetapi pakaiannya itu tidak terkategori sebagai jilbab.

Jilbab dalam kehidupan umum[sunting | sunting sumber]

Penggunaan jilbab dalam kehidupan umum akan mendatangkan kebaikan bagi semua pihak. Dengan tubuh yang tertutup jilbab, kehadiran wanita jelas tidak akan membangkitkan syahwat lawan jenisnya (lelaki). Sebab, naluri seksual tidak akan muncul dan menuntut pemenuhan jika tidak ada faktor yang merangsangnya. Dengan demikian, kewajipan berjilbab telah menutup salah satu celah yang dapat membawa manusia terjerumus ke dalam perzinaan; sebuah perbuatan menjijikkan yang amat dilarang oleh Islam.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

  1. Aurat
  2. Hijab
  3. Niqab
  4. Tudung

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Kerajaan Arab Saudi Kementerian Hal Ehwal Islam, Wakaf, Dakwah dan Nasihat

Nota kaki[sunting | sunting sumber]