Jimmy Lin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jimmy Lin
Jimmy Lin di Zhuhai, 2006
Nama Cina林志穎 (Tradisional)
Nama Cina林志颖 (Ringkas)
PinyinLín Zhìyǐng (Mandarin)
JyutpingLam4 Zi3-wing6 (Kantonis)
Pe̍h-ōe-jīLîm Chì-éng (Hokkien)
EtnikHan
KeturunanFujian, Fuzhou
Lahir (1974-10-15) 15 Oktober 1974 (umur 49)
Taipei, Taiwan
Nama lainXiaozhi (小志)
Little Whirlwind Zhiying (志颖), Xiaoying (小颖) Lin Xiaozhi (林小志)
PekerjaanPelakon, penyanyi, pemandu kereta lumba profesional, usahawan, juru gambar, Being not famous
Jenis muzikMandopop
Tahun aktif1992-kini
PasanganKelly Chen (k. 2010)
AnakKimi Lin,

Jimmy Lin Chih-ying (dilahirkan pada 15 Oktober 1974) ialah seorang penyanyi, pelakon dan pemandu kereta lumba profesional Taiwan.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan di Taipei, Taiwan pada 15 Oktober 1974, Lin merupakan anak kedua dalam sebuah keluarga yang mempunyai lima orang anak. Dia bersekolah di Sekolah Rendah Zhong Xiao dan Sekolah Menengah Huai Sheng. Pada usia 16 tahun, ketika dia belajar Drama dan Fotografi di Hwa Gang, Lin ditemui semasa satu persembahan di sekolah. Sepanjang masa ini, dia merupakan bintang di kampus. Pada mulanya, dia menolak tawaran pengurus pertamanya untuk memasuki industri hiburan namun kemudiannya menerima tawaran itu. Pada tahun 1992, pada usia 17 tahun, dia menjadi bintang handalan dalam waktu yang singkat setelah terbitnya album debutnya, "Not Every Love Song has Fond Memories" (不是每個戀曲都有美好回憶). Kemasyhurannya yang meluas ke seluruh Asia memberinya nama timangan "Little Whirlwind". Dia juga dikenali sebagai salah seorang "Little Four Heavenly Kings"(四小天王) di Taiwan. Lin menjadi penyanyi paling muda yang pernah mengadakan konsert di Hong Kong Coliseum(香港红馆), berusia hanya 18 tahun dan penyanyi pertama yang mengadakan konsert dalam Suntec City Fountain of Wealth, Singapura, pada tahun 1999. Dia melangkah jauh lagi dengan menerbitkan 13 buah album, termasuklah edisi-edisi dan kompilasi-kompilasi istimewa, dan telah menjalani penggambaran movie dan drama, begitu juga mengiklankan banyak produk. Sepanjang karier nyanyiannya, dia juga menerima banyak anugerah hasil lagu-lagu dan album-album hitnya.

Lin menikmati populariti besar sehinggalah tahun 1994, apabila dia terpaksa menyertai khidmat tentera. Meskipun tahu bahawa ini akan memberi kesan besar pada kariernya, dia tidak meminta layanan istimewa daripada kerajaan. Pada Oktober tahun itu, dia memasuki perkhidmatan tentera seperti mana lelaki biasa lain yang seusia dengannya. Di sebalik kemasyhurannya, Lin tidak mengharungi kehidupan tentera dengan mudah. Dalam satu rancangan bual bicara pada tahun 2005, Lin mendedahkan bahawa di samping latihan yang menjerihkan, dia dibuli oleh para senior, dan diharapkan untuk mempamerkan dengan lebih baik daripada yang lain.[1] Walaupun dia tidak mengharapkan layanan bintang, Lim mengalami kejutan apabila dilayan dengan buruk disebabkan dia seorang selebriti. Di sebalik semua ini, Lin mempamerkan dengan baik sekali sebagai seorang tentera dan menerima anugerah hasil persembahan yang cemerlang. Dia berkhidmat sebahagian besarnya dia bahagian hiburan ketenteraan. Selepas dua tahun dalam ketenteraan, dia kembali kepada karier lakonan dan nyanyian pada tahun 1996.

Karier[sunting | sunting sumber]

Karier Lin sebagai pelakon dan penyanyi tertangguh seketika akibat khidmat wajib tentera dan apabila dia kembali, dia dibayangi ramai pendatang baru. Di sebalik kesukaran yang dihadapinya ketika memasuki semula dunia hiburan, dia bekerja keras dan malahan membina syarikatnya sendiri, Jimmy Creative yang menerbitkan lima buah album terkininya di bawah label muzik "Forward". Album paling patut diberi perhatian adalah "Scarecrow" (稻草人)(1999), yang mengandungi lagu yang mempunyai judul yang sama.

Pada tahun 1997, Lin mengambil keputusan untuk merealisasikan impiannya dalam lumba kereta. Dalam satu perlumbaan pada tahun itu, dia terlibat dalam satu pelanggaran yang hampir meragut nyawanya.[2] Beberapa saat selepas tercapik-capik keluar dari ranap itu, kereta itu meletup. Satu-satunya peringatan daripada kemalangan itu kini ialah sedikit plat-plat logam pada kaki yang hancur itu. Di sebalik kemalangan itu, Lin tidak berputus asa terhadap lumba kereta, dan sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri sendiri. Berkenaan hal ini, dia sering mengatakan, "Apabila saya berlumba, saya bukan berlumba dengan orang lain, tetapi dengan diri sendiri." Hari ini, Lin merupakan salah seorang pelumba rali 10 teratas di Tanah Besar China. Pada tahun 2005, dia menandatangani kontrak dengan Hong He, kumpulan top di China, sebagai seorang pelumba. Dia menjalani latihan di bawah bimbingan jurulatih lumba top Ma Jun Kun. Lin berharap agar dapat menjadi pelumba Formula 3 suatu hari nanti, dan menjadi pelumba profesional sepenuh masa. Pada tahun 2005 dia dan dua orang rakan menubuhkan Syarikat Penasihat Lumba Ping Tzuo di Litar Antarabangsa Zhu Hai. Pada 23 Oktober 2005, Lin menganjurkan "Jimmy Cup" yang pertama, satu acara lumba yang sebahagian besarnya adalah pelumbaan selebriti lelaki.[3] Matlamat acara itu adalah untuk meingkatkan kesedaran terhadap keselamatan trafik di kalangan orang ramai dan untuk mempromosi kecintaan terhadap lumba kereta. Pada tahun 2006 dia membentuk Pasukan Rali Jimmy Lin untuk bertanding dalam Kejuaraan Rali China. Pasukannya secara keseluruhan memenangi tempat ke-3 pada Kejuaraan Rali China 2006.[4] Pada 26 Oktober 2008 dia secara rasminya dilantik ke pasukan Lumba Powerboat Rian Rong F1 China di Shen Zen. Dia menjalani latihan bersama pasukan itu pada 2009/2010 dalam usaha mendapatkan lesen lumba powerboat F1nya.[5][6]

Sementara menjadi pelumba, Lin tidak mengabaikan karier hiburannya. Lin menumpukan perhatian pada penggambaran filem selepas album terakhirnya "Going for a Walk" pada tahun 2000. Produksi terbesar pada tahun-tahun kebelakangan ini ialah Demi-Gods and Semi-Devils (天龙八部), yang dalamnya dia memegang watak putera mahkota kerajaan Dali, Duan Yu.

Di sebalik tidak menerbitkan album sejak 2006, dengan album terakhirnya berjudul "擋不住我", Lin terus-menerus menyanyi lagu-lagu tema untuk siri TV dan filem, dan membuat persembahan tetap secara langsung untuk pelbagai acara termasuklah konsert mini, acara kutipan dana, festival malahan acara negara. Dia merupakan salah seorang penghibur selebriti di Festival Kebudayaan Olimpik "Beijing 2008" Ketiga (2005), dengan moto tema "One World, One Dream" diumumkan secara rasmi. Pada tahun 2007, dia membintangi siri idol Taiwan pertamanya, My Lucky Star, yang mendapat rating #1 selama 13 minggu berturut-turut.[7] Pada tahun 2010, dia membintangi siri moden China pertamanya, "Single Princess and Blind Dates" terbitan Hunan TV.[8]

Pada 17 Oktober 2008, Lin mengadakan konsert pertamanya di Shanghai, China setelah 14 tahun. Ia adalah satu kejayaan yang menakjubkan di hadapan 25,000 orang peminat yang menjerit dan menyanyikan lagu Selamat Hari Lahir untuk meraikan hari lahirnya yang ke-34.[9] Pada tahun 21 November 2009, dia mengadakan konsert keduanya di Shanghai di hadapan 10,000 orang peminat.[10] Ia merupakan acara keluarga dengan kehadiran ibu bapa dan adik-beradiknya, dan dia berduet dengan adik lelakinya Jason Lin.

Di samping karier hiburan dan lumbanya, Lin juga seorang ahli perniagaan yang berjaya.[11] Pada tahun 2000, dia menubuhkan syarikat IT Inwellcom, Tech, co.[12] bersama-sama rakan-rakannya yang mengkhususkan penulisan perisian untuk pengawasan dan perbankan. Dia sendiri menjadi pengarah termuda dalam Taiwan Network Association.[13] Rumahnya sendiri di Taipei dilengkapi dengan peralatan pengawasan berteknologi tinggi terkini yang dikeluarkan syarikatnya sendiri. Dia mampu mengawal dari jauh lebih daripada 100 buah peralatan rumah dari PDAnya. Dia bercakap tentang perkara ini dalam rancangan bual bicara pada tahun 2006.[14] Dia juga menjalankan perniagaan dalam internet bersama-sama saudara lelakinya, yang nenamakan jenamanya sendiri "JR" (Jimmy Racing). Usaha niaga atas talian itu menjual barangan daripada kaca mata suria hinggalah kepada bikini. Sedari itu berkembang pada skala besar daripada beroperasi semata-mata di laman bidaan kepada menjual barangannya di laman beli belah. Pada tahun 2004, dia membuka Roadstar, satu peraihan kereta di Taipei yang menjual kereta sport bercitarasa pengguna.[15][16] Pada tahun 2005, dia menubuhkan Syarikat Penasihat Sukan Lumba Antarabangsa PingTzuo di Zhuhai, China bersama-sama kawan baiknya Chen Wei Liang.[17] Lin juga berada dalam pasukan lumba PingTzuo. Pada tahun 2006, dia membuka sebuah restoran, The Dream Family Cafe di kompleks beli belah Jing Hua Cheng di Taipei, Taiwan. Pada tahun 2009, dia menjadi jurugambar perkahwinan separuh masa untuk studio CHUECH Shanghai.[18] Dia juga memiliki harta tanah di Taiwan, Shanghai dan Beijing.

Lin juga menyumbang pada masyarakat dengan menjadi duta bagi banyak kempen remaja dan kerajaan di Taiwan dan tempat-tempat lain.[19][20] Pada 17 Oktober 2003, Lin menerima "Anugerah Orang Cina Cemerlang" di Festival Cina San Francisco kali ke-51. Anugerah itu utamanya untuk memujinya kerana memulakan satu siri kutipan dana untuk sekolah-sekolah, kerana menjadi duta anti dadah,[21][22] dan kerana penyertaannya dalam acara-acara kemasyarakatan orang awam.

Pada 16 April 2011, Lin menemuramah pemandu lumba F1 Michael Schumacher untuk majalah antarabangsa GQ (keluaran Mei 2011). Lin melaksanakan tugasannya sebelum dia bertemu dengan Schumacher dan menjalankan keseluruhan temuramah itu dalam bahasa Inggeris. Dia menanyakan lebih daripada 20 soalan dalam pelbagai perkara: kehidupan, pengalaman lumba dan amal jariah. Ujar Lin "Schumacher adalah pelumba F1 yang paling saya kagumi. Di samping catatan lumbanya yang luar biasa, saya juga sangat kagum dengan kerja-kerja kebajikannya. Dia mendermakan wang untuk membantu para pelarian membina semula rumah mereka selepas tsunami 2004." Schumacher memberi Lin sepasang kasut edisi terhad yang direkanya dan menjemputnya ke satu makan malam persendirian pada hari berikutnya.[23]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Lin berpacaran dengan aktres Ruby Lin, bintang gandingannya dalam filem 1995 School Days. Pada ketika itu dia amat popular, sudah pun menerbitkan beberapa album di Asia, manakala Ruby langsung tidak dikenali yang berlakon dalam projek pertamanya. Hubungan mereka bertahan selama 2-3 tahun, dan Ruby menjadi satu-satunya teman wanita yang dibawa ke rumah untuk bertemu dengan bapanya.[24] Dalam satu rancangan bual bicara bersama-sama kemudiannya, kedua-dua belah pihak menyatakan bahawa jarak jauh dan kepudaran perasaan yang menyebabkan perpisahan mereka.[25]

Lin mengahwini model Kelly Chen pada tahun 2009 setelah dia melahirkan anak mereka Kimi Lin.[26] Kimi menjadi nama sebutan ramai di China selepas tampil dalam rancangan realiti TV popular 2013 Where Are We Going, Dad?.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

  • Flying With You, Flying (Aug 2012 Theme songs of the movie Flying With You)
  • Color (Sept 2010 Theme songs of Single Princesses)(Oct 2011 Theme songs of Rainbow Sweetheart)
  • You Are The One (Sept 2010 Theme songs of Single Princesses)(Oct 2011 Theme songs of Rainbow Sweetheart)
  • Celebrate Youth (2010 The 16th Asian Games youth camp theme song with Zhang Li)[27]
  • Black (2010 single with Wallace Chung)[28]
  • My Lucky Star (2007)
  • Jimmy F1ght (2006)
  • Best of Jimmy Lin (2004)
  • Go for a walk (2000)
  • Scarecrow (1999)
  • Before dawn breaks (1998)
  • I am still myself (1997)
  • Men are easily deceived (1997)
  • Expect (1996)
  • Dream is ahead ā1995)
  • Saying goodbye to yesterday (1994)
  • Goodbye my friend (1994)
  • Fiery Heart (1994)
  • Thinking of You (1993)
  • Why am i always hurt (1992)
  • Summer Of '92 (1992)
  • Not every love song has fond memories (1992)

Filmografi[sunting | sunting sumber]

Tahun Judul Watak Maklumat lanjut
2014 City Hunter
城市獵人
He Xiao TV
2013 Super Speaker Anhui TV show
Where Are We Going? Dad
爸爸去哪兒?
Hunan TV show
2012 Flying With You
一起飛
Xu Yifan Film - China
Legend of Chinese Titans
雲動故事
Animation - Taiwan
If I Were You
變身男女
Film - China
2011 Speed Angels
極速天使
Film - China
Rainbow Sweetheart Shao Feng Television series - Jiangsu TV
2010 Single Princesses and Blind Dates Ji Fan Hunan TV
2009 Shao Lin Si Chuan Qi 2 Li Shi Min Henan TV
2008 Live With Chivalry Jon Musical by Chivas
2007 My Lucky Star (Fang Yang De Xing Xing) "Vernon" Zhong Tian Qi Television series by SETTV (Taiwan)
2004 Liao Zhai: Xiao Cui
聊齋
Wang Yuan Feng Television series
Shu Jian Qing Xia Liu San Bian Liu San Bian Television series
Wolf
Assassin Film - Taiwan
The Love Winner Film - Hong Kong
2003 Demi-Gods and Semi-Devils
天龍八部
Duan Yu Television series
Boxing Hero
龍虎英雄
Dragon Film - Hong Kong
2002 Secretly Loving You Television series - guest appearance
(in episodes 27, 28 and 29)
2002 The Monkey King: Quest for the Sutra
齊天大聖孫悟空
Na Ja Television series
2002 The Legendary Siblings 2
(Jue Shi Shuang Jiao)
Jiang Fei Yu / Jiang Xiao Yu Television series
2001 Feng Chen Wu Die Journalist Television series
2001 My Heart Will Go On Bao Yi Film - China
2000 Lotus Lantern
寶蓮燈
Liu Chen Xiang Television series
Master Swordsman Lu Xiaofeng Lu Xiaofeng Television series
1999 The Legendary Siblings
絕代雙驕
Jiang Xiao Yu Television series
Red Word Ah Hu Film - Thailand[29]
Ang Yee: Luuk chaai phan mangkawn Film - Thailand
1998 Chirvalous Legend Liao Tian Ding Film - Taiwan
Heavenly Legend The Monkey King / Sun Wu Kong Film - Hong Kong
1995 Forever Friends Wizard Film - Hong Kong
1995 School Days
學校霸王
Xu Zhi Hao / Xiao Zhi Film - Hong Kong/Taiwan
1994 Grandpa's Love
侄孫情
Jiang Xing Jian Film - Hong Kong
No Sir 3
報告班長3
Lin Xiao Ying Film - Hong Kong
1993 Shaolin Popeye
笑林小子
Pi Shi Ting / "Spinach" Film - Hong Kong
Vampire Family
一屋肖牙鬼
David Jen Film - Hong Kong
Boys are Easy
追男仔
Ching Siu Pei / Xiao Bei Film - Hong Kong
End of the Road
一屋子沒落英雄
Ah Ding Film - Taiwan
1992 Flying Dagger
神經刀與飛天貓
Han Lin / Little Dagger Film - Hong Kong
Butterfly and Sword
新流星蝴蝶劍
Prince Cha Film - Hong Kong/Taiwan
To Miss With Love
逃學外傳
Lin Chi Yin Film - Hong Kong

Anugerah[sunting | sunting sumber]

  • 18th on 2014 China Celebrity List 100[30]
  • 2013 All-Around Artist Award 安徽衛視國劇盛典全能藝人獎
  • 2012 CETV Asia Top 10 華娛衛視亞洲十大紅人[31]
  • 2012 All-Around Artist Award 安徽衛視亞洲偶像盛典全能藝人獎
  • 2011 Most Charismatic TV Actor Award 安徽衛視國劇盛典最具號召力演員獎
  • 2011 The Best Actor of Inspiring Idols 2011华鼎励志偶像最佳男演员奖
  • 2008 Taiwan Hwa Gang School of Performing Arts Most Successful Alumnus 台灣華岡藝校華藝星光十傑第一名
  • 2006 Top Ten Golden Song "Show Me Your License" and The Most Versatile Entertainer from The 4th Chinese Music Awards 2006 @ Fuzhou
  • 2003 Outstanding Chinese Award [21]
  • 1999 Most Talented Male Artiste
  • 1996 Top Ten Idols Award
  • 1994 Best Album Award
  • 1993 Metro Radio Top Ten Handsome People Award
  • 1993 FM Select Bronze Award
  • 1993 HK Top Ten Children Gold Song "Wild Chrysanthemum"
  • 1993 HK Hottest Mandarin Singer Gold Award
  • 1993 HK Most Popular New Artiste Gold Solid Award
  • 1993 HK Top Ten Chinese Songs With The Brightest Future New Artiste Award
  • 1993 HK-CR Gold Award
  • 1993 HK Spreading Mandarin Award
  • 1993 HK Jade Solid Gold First Place Song
  • 1992 Taiwan Top Ten Idols Award
  • 1992 Taiwanese Superstar New Artist Award
  • 1992 Taiwan's Most Brightest Future New Artiste Award
  • 1992 HK Hottest Mandarin Award

Catatan perlumbaan[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ 2005林志颖 国光帮帮忙
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan race15 tidak disediakan
  3. ^ ZIC: Jimmy Lin's Car Racing Consultancy Company Youtube
  4. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan race14 tidak disediakan
  5. ^ 林志颖谈加盟F1摩托艇感受 "旋风小子"赛场试水
  6. ^ 林志颖加盟天荣玩摩托艇 水上F1迎旋风再起(图)
  7. ^ 《放羊的星星》收视夺冠 林志颖内地人气回升
  8. ^ 湖南衛視為救收視 "割肉价"请林志颖出山
  9. ^ 视频:林志颖上海个唱跳辣舞 谈父亲落泪(1)
  10. ^ 组图:林志颖个唱上海举行 近万名歌迷为之疯狂
  11. ^ 赛车总决赛取消 林志颖无奈改当“上班族”
  12. ^ "Inwellcom. Tech. co". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-01-26. Dicapai pada 2014-10-05.
  13. ^ 从雨季少年到偶像奶爸 林志颖:还在学习当爸爸
  14. ^ Jimmy Lin and father in 2006 Youtube
  15. ^ 林志穎瘋賽車 挑戰極限
  16. ^ Jimmy Lin Private Garage in Taipei Youtube
  17. ^ 林志穎現身"泛珠三角超級賽車節"[pautan mati kekal]
  18. ^ Shanghai CHUECH studio
  19. ^ 继成龙之后 林志颖升任反毒大使(附图)
  20. ^ “小旋风”林志颖:35岁之后才打算成家(附图)
  21. ^ a b 灣區慶祝第51屆華僑節 四名傑出華人接受表揚
  22. ^ "East West Bank Press Release". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-11-04. Dicapai pada 2014-10-05.
  23. ^ 林志穎對話車神舒馬赫 成好友分享賽車經驗(圖) Sina
  24. ^ 林志颖父亲公开赞扬林心如 Diarkibkan 2010-01-18 di Wayback Machine,东方娱乐
  25. ^ 林志颖、林心如 同台大谈当年分手原因 Diarkibkan 2010-04-24 di Wayback Machine,联合早报
  26. ^ "Jimmy Lin to hold wedding four years after tying the knot". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-05-08. Dicapai pada 2014-10-10.
  27. ^ "第16届亚运会青年营将开营". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-10-17. Dicapai pada 2014-10-10.
  28. ^ ,Youtube
  29. ^ 林志颖抢镜头乐当摇钱树
  30. ^ 2014福布斯中国名人榜:新生代偶像崛起
  31. ^ 葛优林志颖等当选十大红人 陈乔恩意外摔伤

Pautan luar[sunting | sunting sumber]