Jin Akanishi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Akanishi Jin
Berasal dariJapanese flag Tokyo, Jepun
GenrePop Jepun
PekerjaanPenyanyi/Pelakon
Tahun aktif1998-sekarang
Syarikat rakaman
J-One Records
Pengkarya berkait
KAT-TUN
Laman sesawang
johnnys net, KAT-TUN - J-One Records

Jin Akanishi (Jepun: 赤西 仁, Hepburn: Akanishi Jin) (lahir 4 Julai 1984) ialah seorang penyanyi pujaan J-pop dan ahli kumpulan KAT-TUN yang beroperasi di bawah Johnny & Associates. Dia adalah seorang penyanyi, penari dan pelakon. Akanishi pernah mengumumkan bahawa dia akan pergi belajar di luar negara selama setahun setengah pada 13 Oktober 2006. Dia pergi ke Los Angeles dan pulang ke Jepun pada 19 April 2007 untuk menyambung kembali aktiviti bersama KAT-TUN.

Profil[sunting | sunting sumber]

  • Nama: Jin Akanishi
  • Umur: 23
  • Ketinggian: 176 cm
  • Berat badan: 62 kg
  • Tarikh lahir: 4 Julai 1984
  • Tempat lahir: Tokyo, Jepun
  • Jenis darah: O
  • Warna kegemaran: hitam, putih, perak
  • Musim kegemaran: musim luruh, musim bunga
  • Sukan kegemaran: bola sepak
  • Anggota keluarga: Ibu bapa, adik lelaki (Reio).
  • Rakan karib: Tomohisa Yamashita, Yuu Shirota, Ryo Nishikido

Sesetengah orang tersalah baca nama Akanishi sebagai Akanishi Hitoshi disebabkan aksara Cina yang digunakan untuk nama 'Jin'. Hakikatnya, dalam kemunculannya buat pertama kali sebagai Johnny's Junior dalam majalah Myojo, namanya telah tersalah cetak sebagai Hitoshi. Bagaimana pun, Akanishi telah menjelaskan bahawa nama pertamanya, Jin, diberi oleh ibu bapanya.

Nama Jin datang dari lima nilai Konfusianisme -- 仁,义, 礼, 智 dan 信 (bererti kemurahan hati, kewajaran, kesusilaan, kebijaksanaan dan kebenaran). Nama Jin bererti "kemurahan hati".