Jins Shamsuddin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Tan Sri Jins Shamsuddin
Jins shamsuddin.jpg
Jins Shamsuddin
Lahir Mohamed Zain Shamsuddin
5 November 1935 (umur 76)
Bendera Malaysia Taiping, Perak
Berkahwin dengan Puan Sri Halijah Abdullah
Anak Putera Hang Jebat
Putera Hang Nadim , Jefri Zain

Tan Sri Jins Shamsuddin (lahir 5 November 1935) merupakan seorang pelakon, penggiat seni, pengarah filem serta senator Malaysia. Atas bimbingan Tan Sri P. Ramlee, beliau telah berjaya menjadi seorang pelakon yang terkenal pada tahun '60-an dan '70-an.

Dilahirkan sebagai Mohamed Zain Shamsuddin di Taiping, Perak, nama Senator Datuk Jins Shamsuddin kini terpahat sebagai legenda yang masih gigih menyumbangkan usaha dan tenaganya dalam pembangunan industri filem Melayu sehingga hari ini.

Shamsuddin melanjutkan pengajian dalam bidang perfileman di London Film School dari 1970 hingga 1972 dan dianugerahkan Diploma dalam Teknologi Filem (Motion Picture Technology) dengan Kepujian Kelas Pertama.

Sejak 1956, Jins mula melibatkan diri dalam 40 filem :

  • mendukung watak utama dalam pementasan drama "Mencari Kedamaian";
  • menjadi watak utama filem arahan P. Ramlee, "Pancha Delima" (1957);
  • memegang watak utama sebagai ejen perisik Jefri Zain dalam siri filem Hong Kong ala James Bond.

Pembabitan beliau dalam bidang seni bermula apabila menjalani uji bakat yang diadakan oleh P. Ramlee, di mana beliau diterima sebagai pelakon tambahan. Dari pelakon tambahan, beliau sedikit demi sedikit menimba pengetahuan dari P. Ramlee . P.Ramlee amat sukar untuk menerima tawaran belakon daripada pengarah-pengarah yang lain. Tetapi penghormatan ini telah diberikan kepada Jins Shamsuddin untuk berlakon di dalam filem 'Bukan Salah Ibu Mengandung.'

Shamsuddin berkahwin dengan Puan Sri Halijah Abdullah dan dikurniakan dua orang anak lelaki, Putera Hang Jebat dan Putera Hang Nadim.

Isi kandungan

[sunting] Pendidikan

Beliau pernah melanjutkan pengajian dalam bidang perfileman di London Film School dari 1970-1972 dan menerima diploma dengan Kepujian Kelas Pertama. 1999, menerima Ijazah Kehormat Sarjana Persuratan daripada Universiti Sains Malaysia.

Pada 24 Mac 2010, Jins Shamsuddin menerima Ijazah doktor falsafah (PhD) daripada Universiti Utara Malaysia (UUM) sempena konvokesyen ke-23 UUM.[1]

[sunting] Filem arahannya

Di zaman kegemilangan beliau

Pada 1969, filem pertama arahannya "Bukan Salah Ibu Mengandong" telah menjulang namanya sebagai penulis lakonlayar, pelakon dan pengarah, malah telah mengangkat kewibawaan Studio Merdeka.

Melangkah ke akhir '70-an hingga awal '80-an

Siri filem "Esok" ini mendapat sambutan hebat di pawagam.

Membintangi siri `James Bond Malaya'

[sunting] Muzik

Datuk Jins Shamsuddin juga berbakat dalam penulisan lirik, salah sebuah lirik lagu ciptaannya adalah lagu raya lagenda yang didendangkan oleh Fazidah Joned iaitu Selamat Hari Raya.

[sunting] Anugerah dan pencapaian

  • Jemaah juri sebanyak lima kali bagi siri "Pesta Filem Asia Pasifik";
  • Penghormatan dan kepercayaan untuk mengarah teater bernilai RM2 juta untuk filem yang berjudul "Merdeka! Merdeka! Merdeka!" di Istana Budaya, bersempena sambutan kemerdekaan 2002. Pementasan teater tersebut berlangsung selama lima jam selama lebih dari dua minggu;
  • Pingat Darjah Datuk Paduka Mahkota Perak (DPMP) yang membawa gelaran 'Datuk' oleh Paduka Seri Sultan Perak (1990);
  • darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) membawa gelaran Tan Sri (2007)


[sunting] Rujukan

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan