Jins Shamsuddin
| Tan Sri Jins Shamsuddin |
|
|---|---|
| Lahir | Mohamed Zain bin Shamsuddin 5 November 1935 (77 tahun) |
| Pasangan | Puan Sri Halijah Abdullah |
| Anak | Putera Hang Jebat Putera Hang Nadim , Jefri Zain |
Tan Sri Jins Shamsuddin (lahir 5 November 1935) merupakan seorang pelakon, penggiat seni, pengarah filem serta senator Malaysia. Atas bimbingan Tan Sri P. Ramlee, beliau telah berjaya menjadi seorang pelakon yang terkenal pada tahun '60-an dan '70-an.
Dilahirkan sebagai Mohamed Zain Shamsuddin di Taiping, Perak, nama Senator Datuk Jins Shamsuddin kini terpahat sebagai legenda yang masih gigih menyumbangkan usaha dan tenaganya dalam pembangunan industri filem Melayu sehingga hari ini.
Shamsuddin melanjutkan pengajian dalam bidang perfileman di London Film School dari 1970 hingga 1972 dan dianugerahkan Diploma dalam Teknologi Filem (Motion Picture Technology) dengan Kepujian Kelas Pertama.
Sejak 1956, Jins mula melibatkan diri dalam 40 filem :
- mendukung watak utama dalam pementasan drama "Mencari Kedamaian";
- menjadi watak utama filem arahan P. Ramlee, "Pancha Delima" (1957);
- memegang watak utama sebagai ejen perisik Jefri Zain dalam siri filem Hong Kong ala James Bond.
Pembabitan beliau dalam bidang seni bermula apabila menjalani uji bakat yang diadakan oleh P. Ramlee, di mana beliau diterima sebagai pelakon tambahan. Dari pelakon tambahan, beliau sedikit demi sedikit menimba pengetahuan dari P. Ramlee . P.Ramlee amat sukar untuk menerima tawaran belakon daripada pengarah-pengarah yang lain. Tetapi penghormatan ini telah diberikan kepada Jins Shamsuddin untuk berlakon di dalam filem 'Bukan Salah Ibu Mengandung.'
Shamsuddin berkahwin dengan Puan Sri Halijah Abdullah dan dikurniakan dua orang anak lelaki, Putera Hang Jebat dan Putera Hang Nadim.
Pada Februari 2011 Jins Shamsuddin telah disahkan mengalami Alzheimer.[1]
Isi kandungan |
Pendidikan [sunting]
Beliau pernah melanjutkan pengajian dalam bidang perfileman di London Film School dari 1970-1972 dan menerima diploma dengan Kepujian Kelas Pertama. 1999, menerima Ijazah Kehormat Sarjana Persuratan daripada Universiti Sains Malaysia.
Pada 24 Mac 2010, Jins Shamsuddin menerima Ijazah doktor falsafah (PhD) daripada Universiti Utara Malaysia (UUM) sempena konvokesyen ke-23 UUM.[2] Isteri beliau yang pertama ia-lah artis Shaw Bros. yang terkenal,Rahmah Rahmat.[3]
Filem Lakonan Beliau [sunting]
- Matahari - (1951) - (Pelakon Pembantu)
- Kaseh Sayang - (1957) - (Pelakon Utama)
- Pancha Delima - (1957) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Suria Kencana)
- Azimat - (1958) - (Pelakon Pembantu)
- Sarjan Hassan - (1958) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Aziz)
- Anak Pontianak - (1958) - (Pelakon Utama)
- Dandan Setia - (1959) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Tengku Dandan Setia)
- Lela Manja - (1960) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Megat Komeng)
- Megat Terawis (1960) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Megat Sari)
- Si Tanggang - (1961) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Tanggang)
- Indera Bangsawan - (1961) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Indera Bangsawan)
- Neracha - (1962) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Rahman)
- Lubalang Daik - (1962) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Sinkip Anak Juragan Bagus)
- Batu durhaka - (1962) - (Pelakon Utama)
- Darah Muda - (1963) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Yazid)
- Bidasari - (1964) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Tengku Indera)
- Sayang Si Buta - (1965) - (Pelakon Utama)
- Gerak Kilat - (1966) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Jefri Zain)
- Kacha Permata (1966) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Hamzah)
- Bayangan Ajal - (1968) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Jefri Zain)
- Kanchan Tiara - (1968) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Kanchan)
- Jurang Bahaya - (1968) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Jefri Zain)
- Bukan Salah Ibu Mengandung - (1969) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Agus)
- Di Belakang Tabir - (1969) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Osman dan Karim)
- Menanti Hari Esok - (1977) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Cikgu Talib dan Jalil)
- Esok Masih Ada - (1979) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (ASP Zamri)
- Tiada Esok Bagimu - (1979) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Ghailan)
- Filem Bukit Kepong - (1982) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Sarjan Jamil Md Shah)
- Esok Untuk Siapa - (1982) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Jiman)
- Ali Setan - (1986) - (Pelakon Pembantu) - Watak Sebagai (Tan Sri)
- Memory - (1991) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Herman)
- Filem Balada - (1993) - (Pelakon Pembantu)
- Filem The Deadly Disiple - (2001) - (Artis Jemputan)
- 1957 Hati Malaya - (2007) - (Artis Jemputan)
- Filem Akhirat - (2008) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Dato' Shamsudin)
Filem arahannya [sunting]
Pada 1969, filem pertama arahannya "Bukan Salah Ibu Mengandong" telah menjulang namanya sebagai penulis lakonlayar, pelakon dan pengarah, malah telah mengangkat kewibawaan Studio Merdeka.
Melangkah ke akhir '70-an hingga awal '80-an
- 1977: "Menanti Hari Esok"
- 1979: "Esok Masih Ada"
- 1980: "Tiada Esok Bagimu"
- 1982: "Esok Untuk Siapa"
Siri filem "Esok" ini mendapat sambutan hebat di pawagam.
Muzik [sunting]
Datuk Jins Shamsuddin juga berbakat dalam penulisan lirik, salah sebuah lirik lagu ciptaannya adalah lagu raya lagenda yang didendangkan oleh Fazidah Joned iaitu Selamat Hari Raya.
Anugerah dan pencapaian [sunting]
- Anugerah Seniman Veteran bagi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) edisi ke-18 pada tahun 2004 di Arena of Stars, Genting Highlands
- Pesta Filem Asia ke-26 di Bali, Indonesia (1980): filem "Esok Masih Ada" lakonan dan arahannya telah memenangi Anugerah Mitra bagi Tema Terbaik yang menganjurkan perpaduan kaum.
- Tujuh anugerah dalam Pesta Filem Malaysia Ketiga untuk filem peperangan, "Bukit Kepong" (1981), sebuah filem tulisan, lakonan dan arahannya;
- "Silver Crane Award" dalam Pesta Filem Asia Pasifik (1987);
- Jemaah juri sebanyak lima kali bagi siri "Pesta Filem Asia Pasifik";
- Penghormatan dan kepercayaan untuk mengarah teater bernilai RM2 juta untuk filem yang berjudul "Merdeka! Merdeka! Merdeka!" di Istana Budaya, bersempena sambutan kemerdekaan 2002. Pementasan teater tersebut berlangsung selama lima jam selama lebih dari dua minggu;
- Pingat Darjah Datuk Paduka Mahkota Perak (DPMP) yang membawa gelaran 'Datuk' oleh Paduka Seri Sultan Perak (1990);
- Kesatria Mangku Negara (KMN) daripada Yang di-Pertuan Agong (1990);
- Ijazah Kehormat Sarjana Persuratan oleh Universiti Sains Malaysia (1999).
- darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) membawa gelaran Tan Sri (2007)
Rujukan [sunting]
Pautan luar [sunting]
- http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0412&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_15.htm
- http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130309/dn_27/Rais-serah-RM5000-kepada-Jins-Shamsuddin
- http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0412&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_15.htm
|
||||||||