Jiraiya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Artikel ini ialah tentang Jiraiya, hero dalam cerita rakyat "Jiraiya Goketsu Monogatari". Untuk watak Jiraiya yang terdapat dalam siri anime dan manga Naruto, lihat Jiraiya (Naruto). Untuk siri tokusatsu, lihat Sekai Ninja Sen Jiraiya.
Jiraiya , dengan senapang besar menewaskan seekor ular besar yang memberi ancaman kepada katak-katak kawan Jiraiya.

Jiraiya (児雷也 - maksudnya "petir muda"), ialah watak utama dalam cerita rakyat Jepun Jiraiya Goketsu Monogatari (児雷也豪傑物語, "Kisah Jiraiya Yang Gagah Berani"). Jiraiya ialah seorang ninja yang menggunakan ilmu sihir penukaran untuk bertukar menjadi seekor katak gergasi. Dia ialah waris kepada sebuah puak yang kuat di Kyūshū (nama yang sama). Jiraiya jatuh cinta kepada Tsunade, seorang puteri yang cantik yang mahir dalam ilmu sihir siput. Musuh ketat Jiraiya ialah Orochimaru yang pernah menjadi anak buahnya. Orochimaru mahir dalam menggunakan ilmu sihir ular.

Pengaruh ke atas fiksyen[sunting | sunting sumber]

  • Naruto, sebuah siri manga dan anime popular, melibatkan ninja-ninja yang kuat bernama Jiraiya dan Tsunade, yang berlawan menentang Orochimaru, seorang ninja yang menjadi jahat. untuk menolong mereka dalam pertempuran, Tsunade menyeru seekor siput gergasi, Jiraiya menyeru seekor katak gergasi, dan Orochimaru menyeru seekor ular gergasi
  • Dalam permainan video Tales of Phantasia, Suzu Fujibayashi mempunyai satu gerkana yang dipanggil Jiraiya yang mana dia menyeru seekor katak.
  • Dalam filem The Magic Serpent, Jiraiya (juga dikenali sebagai Ikazuchi-Maru) ialah watak baik utama. Dia dan musuh ketatnya, Orochimaru berubah menjadi daikaiju, seekor katak dan naga, dan berlawan sehingga mati.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]