Jisim atom

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Atom litium-7 yang digayakan: 3 proton, 4 neutron dan 3 elektron (jumlah elektron ialah ~1/4300 daripada jisim nukleus). Ia mempunyai jisim 7.016 u. Litium-6 yang jarang (jisim 6.015 u) hanya mempunyai 3 neutron, mengurangkan berat atom (purata) litium kepada 6.941 u.

Jisim atom (ma) ialah jisim isotop tertentu yang kerap dinyatakan dalam unit jisim atom bersepadu. Jisim atom ialah jumlah jisim proton, neutron dan elektron dalam satu atom.

Jisim atom sering dikelirukan dengan jisim atom relatif, jisim atom purata dan berat atom, sedangkan ketiga-tiga tadi adalah berbeza daripada jisim atom.

Kekeliruan maksud istilah[sunting | sunting sumber]

Maksud jisim atom sering dikelirukan dengan berat atom relatif, berat atom purata dan berat atom, meskipun istilah-istilah ini membawa maksud yang berbeza. Jisim atom merujuk kepada jisim satu atom. Ia hanya boleh merujuk kepada isotop yang tertentu dalam satu masa, dan tidak seperti berat atom yang berdasarkan purata berat isotop berdasarkan jumlahnya. Jika sesuatu unsur itu mempunyai satu isotop dominan, persamaan atau perbezaan antara jisim atom isotop paling biasa dan jisim atom relatif atau berat atom standard adalah sangat kecil sehingga ia tidak mempengaruhi kebanyakan pengiraan pukal. Namun, ralat seperti ini adalah kritikal apabila pengiraan tadi melibatkan atom-atom tertentu. Untuk unsur yang mempunyai lebih daripada satu isotop paling biasa, perbezaan untuk jisim atom paling biasa sekalipun adalah separuh unit jisim atau lebih (seperti klorin). Jisim atom satu isotop yang jarang boleh berbeza daripada jisim atom relatif atau berat atom standard sebanyak beberapa unit jisim.

Menurut takrifan Suruhanjaya IUPAC dalam Berat Atom dan Kelimpahan Isotop, berat atom standard merujuk kepada purata jisim atom relatif untuk satu unsur di dalam persekitaran atau atmosfera tempatan. Ini adalah apa yang disertakan dalam jadual berkala standard dan digunakan dalam pengiraan pukal. Ketidaktentuan dalam kurungan disertakan, dan ini selalunya menggambarkan keragaman semulajadi dalam penyebaran isotop berbanding dengan ketidaktentuan dalam pengiraan.


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.