JoJo's Bizarre Adventure

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
JoJo's Bizarre Adventure
Fail:JoJo Bizarre Adventure Volume 01.jpg
Kulit edisi pertama manga Inggeris
ジョジョの奇妙な冒険
(Jojo no kimyō na bōken)
GenreAksi, Pengembaraan, Ajaib, Saspens
Manga
JoJo's Bizarre Adventure
PengarangHirohiko Araki
Penerbit Lain
Viz Media (arka 1–6)
DemografikShōnen, seinen
PencetakanJump Comics
Majalah Asal
Tarikh Pengeluaran1 Januari, 1987 – kini
Jilid131
Permainan
JoJo's Bizarre Adventure
PembangunWinkysoft
PengeluarBandai
Cobra Team
GenrePermainan video berperanan
PelantarSuper Famicom
Tarikh dikeluarkan Jepun - 5 Mac 1993
Video animasi original
PengarahHideki Futamura
Hiroyuki Kitakubo
Kazufumi Nomura
Noboru Furuse
StudioA.P.P.P.
Dikeluarkan pada21 November 1993
Episod13
Novel ringan
PengarangMayori Sekijima
Hiroshi Yamaguchi
IlustrasiHirohiko Araki
PenerbitShueisha
Terbitan1993
Permainan
JoJo's Venture
PembangunCapcom
PengeluarCapcom
GenreVersus fighting
PelantarArcade
PlayStation
Tarikh dikeluarkan Jepun - 2 Disember 1998
 Amerika Syarikat - 1998
Permainan
JoJo's Bizarre Adventure
PembangunCapcom
PengeluarCapcom
GenreVersus fighting
PelantarArcade
Dreamcast
Tarikh dikeluarkan Jepun - 13 September 1999
 Amerika Syarikat - 1999
 Eropah - 2000
Novel ringan
JoJo's Bizarre Adventure II: Golden Heart/Golden Ring
PengarangGichi Ōtsuka
Tarō Miyashō
IlustrasiHirohiko Araki
PenerbitShueisha
Terbitan2001
Permainan
GioGio no Kimyō na Bōken: Ōgon no Kaze
PembangunCapcom
PengeluarCapcom
GenreAction
PelantarPlayStation 2
Tarikh dikeluarkan Jepun - 25 Julai 2002
Permainan
JoJo's Bizarre Adventure: Phantom Blood
PembangunAnchor Entertainment
PengeluarNamco Bandai Games
GenreAksi
PelantarPlayStation 2
Tarikh dikeluarkan Jepun - 26 Oktober 2006
Filem anime
JoJo's Bizarre Adventure: Phantom Blood
PengarahJun'ichi Hayama
StudioA.P.P.P.
Dikeluarkan pada17 Februari 2007
Jangka masa tayangan91 minit
Novel ringan
The Book: JoJo's Bizarre Adventure 4th Another Day
PengarangOtsuichi
IlustrasiHirohiko Araki
PenerbitShueisha
Terbitan2007
Portal Anime dan Manga

JoJo's Bizarre Adventure (Jepun: ジョジョの奇妙な冒険, Hepburn: Jojo no Kimyō na Bōken) ialah manga yang ditulis dan diilustrasi oleh Hirohiko Araki. Ia pada asalnya bersiri dalam majalah manga shōnen Shueisha, Shōnen Jump Mingguan dari 1987 hingga 2004, dan telah dipindahkan ke majalah bulanan manga seinen Ultra Jump pada tahun 2005. Siri ini dibahagikan kepada sembilan arka cerita, setiap satu mengikuti protagonis baharu yang membawa "JoJo" nama panggilan. JoJo's Bizarre Adventure ialah siri manga berterusan terbesar Shueisha mengikut kiraan jilid, dengan bab-babnya dikumpulkan dalam 131 jilid tankōbon setakat Oktober 2021.

Siri animasi video asal 13 episod mengadaptasi bahagian ketiga manga, Stardust Crusaders, telah diterbitkan oleh A.P.P.P. dan dikeluarkan dari 1993 hingga 2002. Studio kemudiannya menghasilkan filem anime yang mengadaptasi bahagian pertama, Phantom Blood, yang dikeluarkan di pawagam di Jepun pada 2007. Pada Oktober 2012, sebuah siri televisyen anime yang diterbitkan oleh David Production mengadaptasi Phantom Blood dan Battle Tendency mula disiarkan di Tokyo MX. Sehingga Disember 2021, studio itu telah menghasilkan lima musim yang diadaptasi melalui bahagian keenam manga, Stone Ocean. Filem aksi langsung berdasarkan bahagian keempat, Diamond Is Unbreakable, telah dikeluarkan di Jepun pada 2017.

JoJo's Bizarre Adventure terkenal dengan gaya seni dan posenya; rujukan yang kerap kepada muzik popular dan fesyen Barat; dan pertempuran berpusat di sekitar Stands, manifestasi psiko-spiritual dengan kebolehan ghaib yang unik. Siri ini mempunyai lebih 120 juta salinan dalam edaran setakat Disember 2021, menjadikannya salah satu daripada siri manga terlaris dalam sejarah, dan ia telah melahirkan francais media termasuk one-shot komik, novek ringan, dan pelbagai permainan video. Manga, anime TV dan filem aksi langsung dilesenkan di Amerika Utara oleh Viz Media, yang telah menghasilkan pelbagai keluaran siri bahasa Inggeris sejak 2005.

Jalan cerita[sunting | sunting sumber]

Siri ini menumpukan kepada sebuah keluarga iaitu keluarga Joestar (ジョースター家, Jōsutā ke) yang mana beberapa ahlinya memiliki kuasa unik yang boleh dijelmakan sebagai "Stand" (Jepun: スタンド, Hepburn: Sutando) untuk menewaskan musuh.

Kisah keseluruhannya manga terbahagi kepada lapan bahagian, setiap bahagian mengikuti kisah salah seorang ahli keluarga Joestar yang meempunyai nama yang boleh dipendekkan kepada "JoJo". Enam bahagian pertama berlangsung dalam satu kesinambungan, manakala bahagian tujuh dan lapan berlangsung dalam kesinambungan yang berbeza.

Bahagian 1 Phantom Blood (Jepun: ファントムブラッド, Hepburn: Fantomu Buraddo)
Jilid 1 hingga 5. Pada tahun 1880-an di England, Jonathan Joestar bertemu adik angkatnya, Dio Brando yang mahu mengambil alih tempat Jonathan sebagai pewaris keluarga Joestar. Walau bagaimanapun, cubaannya gagal dan dia bertindak menggunakan sebuah Topeng Batu purba yang mengubahnya menjadi seorang pontianak. Jonathan, bersama pakar Hamon, Will A. Zepelli, dan bekas penjenayah jalanan, Robert E. O. Speedwagon, menggunakan kebolehan yang baru dimilikinya untuk menghentikan Dio yang bertujuan menguasai dunia.
Bahagian 2 Battle Tendency (Jepun: 戦闘潮流, Hepburn: Sentō Chōryū)
Battle Tendency merangkumi 8 bab (Bab 5 hingga 12 dalam JoJo). Di New York City pada tahun 1938, cucu Jonathan, Joseph Joestar, mempunyai minat semula jadi terhadap Hamon. Selepas mendapat berita tentang kematian Speedwagon dalam sebuah penggalian, Joseph bertindak menyiasat dan kemudiannya terlibat dengan kebangkitan semula Pillar Men, humanoid-humanoid purba yang amat berkuasa yang memepunyai kaitan dengan penciptaan Topeng Batu. Joseph bekerjasama dengan cucu Will Zeppeli, Caesar Zepelli, dan guru Caesar, Lisa Lisa, yang mempunyai satu hubungan yang misteri dengan Joseph. Mereka cuba menghalang Pillar Men daripada mendapatkan sebuah artifak mistik yang dimiliki Lisa Lisa yang mampu memberikan mereka kekebalan selain membolehkan mereka menghancurkan dunia. Joseph perlu menguasai Hamon untuk menewaskan Pillar Men dalam usahanya mencari antidot terhadap racun yang diimplan dalam badannya oleh mereka.
Bahagian 3 Stardust Crusaders (Jepun: スターダストクルセイダース, Hepburn: Sutādasuto Kuruseidāsu)
Stardust Crusaders merangkumi 16 bab (Bab 12 hingga 28 dalam JoJo). Pada tahun 1989, Jotaro Kujo, seorang pelajar sekolah menengah Jepun, meletakkan dirinya di dalam penjara kerana percaya dia dirasuk sebuah roh jahat. Ibunya, Holly, memanggil bapanya, Joseph Joestar, untuk memujuk Jotaro agar keluar daripada penjara. Dengan bantuan penilik nasib dari Mesir, Avdol, Joseph mendedahkan bahawa Jotaro mempunyai kemahiran ghaib yang dikenali sebagai Stand yang diwarisi keluarga Joestar disebabkan kemunculan semula Dio Brando yang yang telah mencantumkan kepalanya kepada badan Jonathan Joestar yang tidak berkepala. Selepas mengagalkan cubaan pembunuhan oleh pelajar pertukaran, Noriaki Kakyoin, yang berada bawah kawalan Dio, Jonathan dan Joseph menemui bahawa Holly sedang nazak disebabkan Standnya. Jotaro bertekad menewaskan Dio, dan Joseph membawanya bersama Avdol dan Kakyoin ke Mesir. Mereka menggunakan Stand mereka untuk bertarung dengan pembunuh-pembunuh yang mempunyai kuasa Stand sepanjang perjalanan sebelum 50 hari berlalu dan Holly meninggal. Dalam perjalanan, mereka disertai pemain pedang dari Perancis, Jean-Pierre Polnareff, yang ingin membela kematian kakaknya dan Iggy, seekor anjing baka Terier Boston yang dipaksa menyertai kumpulan mereka ke Kaherah.
Bahagian 4 Diamond Is Unbreakable (Jepun: ダイヤモンドは砕けない, Hepburn: Daiyamondo wa Kudakenai)
Diamond is Unbreakable merangkumi 1 hingga 18 bab (Bab 29 hingga 47 JoJo). Di bandar fiksyen Jepun, iaitu Morioh, pada tahun 1999, Jotaro tiba untuk memberitahu Josuke Higashikata bahawa dia merupakan anak tidak sah Joseph Joestar dan untuk memberi amaran bahawa bandar Morioh mula didatangi pengguna-pengguna Stand. Hal ini disebabkan Busur dan Anak Panah yang memberikan Stand kepada sesiapa yang terkena Anak Panah tersebut. Selepas Josuke membalas dendam terhadap seorang pengguna Stand yang membunuh datuknya, dia bersetuju untuk membantu Jotaro memburu pemilik Busur dan Anak Panah. Dia mendapat bantuan daripada Koichi Hirose, yang terkena panahan Anak Panah tersebut; Okuyasu Nijimura, yang abangnya terkena panahan Anak Panah sehinggalah Anak Panah tersebut dicuri daripadanya; Rohan Kishibe, seorang pelukis manga yang terkenal; dan termasuklah juga bapanya, Joseph Joestar. Sepanjang perjalanan, mereka menghadapi pelbagai pengguna Stand yang baru di Morioh, termasuklah beberapa rakam sekelas Josuke, Okuyasu dan Koichi. Akhirnya, kematian salah seorang daripada rakan mereka membawa kepada penemuan bahawa salah seorang daripada pengguna Stand terbaru merupakan pembunuh bersiri, Yoshikage Kira.
Bahagian 5 Golden Wind (Jepun: 黄金の風, Hepburn: Ōgon no Kaze)
Golden Wind mempunyai 17 bab (Bab 47 hingga 63 JoJo). Pada tahun 2001, Koichi Hirose dihantar oleh Jotaro ke Naples untuk menyiasat Giorno Giovanna, yang telah dikenalpasti Jotaro sebagai anak Dio menerusi badan Jonathan sebelum kekalahannya 12 tahun sebelumnya, untuk melihat jika lelaki tersebut mempunyai Stand dan jika dia merupakan seorang yang jahat. Koichi mendapati bahawa Giorno mempunyai stand dan tujuan Giorno untuk membentuk semula sebuah kumpulan mafia secara dalaman dan luaran. Jotaro memutuskan untuk membiarkan Giorno menjalani hidupnya tanpa diganggu. Giorno kemudian menyertai skuad Passione, sebuah kumpulan mafia yang menggunakan Stand, yang diketuai Bruno Bucciarati, yang mengetuai Giorno, Leone Abbacchio, Guido Mista, Narancia Ghirga dan Pannacotta Fugo dalam sebuah misi ke Capri untuk mengambil harta bekas ketua Bucciarati. Selain diserang ahli-ahli kumpulan mafia yang lain sepanjang perjalanan, mereka turut ditugaskan oleh ketua kumpulan Passione untuk mengiringi anak perempuannya Trish Una dan melindunginya daripada ahli lain dalam kumpulan tersebut yang ingin menggunakannya untuk mengetahui identiti sebenar ketua mereka.
Bahagian 6 Stone Ocean (Jepun: ストーンオーシャン, Hepburn: Sutōn Ōshan)
Stone Ocean mempunyai 17 bab (Bab 64 hingga 80 JoJo). Pada tahun 2011 berdekatan Pelabuhan St. Lucie, Florida, Jolyne Kujo ditahan dan dihantar ke Penjara Green Dolphin Street kerana membunuh. Bapanya Jotaro melawatinya dan mendedahkan bahawa dia telah diperangkap untuk membolehkan salah seorang pengikut Dio membunuhnya dalam penjara tersebut. Selepas memberikan Jolyne suatu barangan yang telah mengaktifkan Standnya untuk melindunginya, Jotaro diserang dan Stand dan ingatannya telah dicuri oleh paderi penjara tersebut yang juga merupakan pengikut Dio, Enrico Pucci. Jolyne bekerjasama dengan rakan banduan Ermes Costello, yang juga telah berjaya mengaktifkan Standnya, untuk mendapatkan Stand ayahnya, mendapat sekutu budak lelaki yang bernama Emporio Alniño; rakan penjara yang lain, iaitu Narciso Anasui dan Weather Report; dan koloni plankton yang mempunyai Stand, "Foo Fighters", untuk menyelamatkan ayahnya dan menghentikan Pucci sebelum dia menggunakan Standnya untuk membentuk semula alam semesta seperti yang diidamkan Dio.
Bahagian 7 Steel Ball Run (Jepun: スティール・ボール・ラン, Hepburn: Sutīru Bōru Ran)
Steel Ball Run merangkumi 24 bab (Bab 81 hingga 104 JoJo). Dalam garis masa yang berbeza pada tahun 1890, Gyro Zeppeli pergi ke Amerika Syarikat untuk menyertai perlumbaan berkuda merentasi negara yang dikenali sebagai Steel Ball Run. Kemahirannya dalam seni pertahanan diri yang mistik yang dikenali sebagai Spin, yang dikawalnya menerusi bebola besi, menarik minat bekas pemain joki yang kini lumpuh, Johnny Joestar, terutamanya selepas bebola yang dikawal menggunakan Spin tersebut mengembalikan kebolehan Johnny untuk berjalan buat seketika. Johnny menyertai Gyro dalam perlumbaan tersebut untuk mempelajari seni Spin daripadanya dengan harapan dia mampu berjalan semula namun, mereka kemudian mendapat tahu bahawa perlumbaan tersebut adalah satu helah yang dicipta Funny Valentine, Presiden Amerika Syarikat, untuk mencari bahagian-bahagian sebuah mayat yang suci di serata negara yang mengurniakan pemiliknya dengan Stand, agar beliau mampu menggunakan seluruh mayat untuk tujuan patriotiknya walaupun perkara tersebut mampu menganggu dimensi lain disebabkan Standnya. Gyro dan Johnny bekerjasama bersama para pelumba Mountain Tim dan Hot Pants, dan penganjur perlumbaan Stephen Steel dan isterinya Lucy, untuk menghentikan Tuan Presiden daripada mencapai tujuannya yang memberi ancaman kepada dunia. Sambil itu, mereka turut berhadapan pembunuh-pembunuh upahan yang diupah Valentine termasuklah pelumba yang karismatik, Diego Brando.
Bahagian 8 JoJolion (Jepun: ジョジョリオン, Hepburn: Jojorion)
JoJolion masih lagi diterbitkan, bermula pada bab ke-105 JoJo. Pada tahun 2012, dalam semesta yang sama dengan Steel Ball Run, bandar Morioh telah digegarkan gempa bumi dan tsunami Tõhoku pada tahun 2011. Hal ini menyebabkan kemunculan sesar yang misteri dan dikenali sebagai "Wall Eyes" yang muncul di bandar. Pelajar kolej tempatan, Yasuho Hirose, berada berdekatan salah satu Wall Eyes apabila dia terjumpa seorang lelaki muda yang tertanam di bawah runtuhan yang turut mempunyai tanda gigitan yang aneh. Yasuho menamakan lelaki itu sebagai "Josuke" kerana lelaki itu tidak mengingati namanya. Selepas percubaan mengenalpasti dirinya sebagai Yoshikage Kira, serangan daripada seorang pengguna Stand menjurus kepada penemuan mayat Yoshikage Kira yang sebenar. Josuje diletakkan di bawah jagaan keluarga Higashikata, ketua keluarga tersebut, Norisuke IV, kelihatan seperti mengetahui lebih banyak mengenai Josuke daripada yang ditunjukkan olehnya. Josuke kemudian mendapati bahawa keluarga Higashikata dan keluarga Yoshikage Kira mempunyai hubungan menerusi perkahwinan Johnny Joestar dan Rina Higashikata pada akhir abad ke-19. Josuke dan Yasuho kemudian mendapat tahu bahawa Josuke sememangnya Yoshikage Kira yang secara misteri digabungkan dengan orang lain. Yoshikage Kira turut memiliki pengetahuan tentang cara menyembuhkan suatu sumpahan yang telah dihadapi keluarga Higashikata sejak berkurun lamanya. Norisuke IV mahukan pengetahuan tersebut untuk menyelamatkan cucunya daripada menerima kesan sumpahan yang dihadapi dirinya dan keluarganya. Namun, satu kaum orang batu yang misteri dan anak Norisuke IV sendiri, Jobin kelihatan seperti bekerjasama untuk mengelakkan Josuke daripada mendapat semula memorinya dan menghapuskan sumpahan yang ditimpa keluarga Higashikata.

Media[sunting | sunting sumber]

Manga[sunting | sunting sumber]

Manga ini mempunyai seberapa terjemahan bahasa Melayu yang ada serata Nusantara:

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Senarai Permit Penerbitan Mengikut Kategori Penerbitan Komik sehingga Oktober 2018". data.gov.my. Dicapai pada 24 Februari 2021.
  2. ^ Aji Kurniawan Saputra (16 September 2018). ""Misi Rahasia" Terbitan Manga Jojo di Indonesia Dengan Kearifan Lokal". Risa Media. Dicapai pada 24 Februari 2021.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]