Joachim Gauck

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Joachim Gauck
Fail:Official portrait of Joachim Gauck.jpg

Penyandang
Tempoh jawatan 
18 Mac 2012
Canselor Angela Merkel
Didahului oleh Christian Wulff

Tempoh jawatan
4 Oktober 1990 – 10 Oktober 2000
Didahului oleh Jawatan ditubuhkan
Diganti oleh Marianne Birthler

Tempoh jawatan
3 Oktober 1990 – 4 Oktober 1990

Tempoh jawatan
18 Mac 1990 – 3 Oktober 1990

Lahir 24 Januari 1940 (74 tahun)
Rostock, Jerman
Parti politik Bebas
(1990–kini)
Sekutu politik
yang lain
New Forum/Alliance 90
(1989–1990)
Pasangan Gerhild Gauck (m. 1959; berpisah sejak 1991)
Pasangan domestik Daniela Schadt (2000–kini)
Anak Christian
Martin
Gesine
Katharina
Alma mater Universiti Rostock[1]
Profesion Pastor
Religion Lutheran[2]
Tandatangan

Joachim Gauck disebut [joːˈʔaxiːm ɡaʊ̯k] (lahir 24 Januari 1940) ialah Presiden Jerman yang dipilih pada 18 Mac 2012. Bekas pastor Lutheran ini menjadi terkenal sebagai aktivis hak awam yang anti-komunis di Jerman Timur.[3][4][5][6]

Ketika Revolusi Damai, beliau merupakan salah seorang pengasas gerakan pembangkang di Jerman Timur yang bergelar Forum Baru yang menyumbang kepada tumbangnya pemerintahan diktator Parti Kesatuan Sosialis Jerman (SED) yang disokong oleh Kesatuan Soviet[7]. Pada tahun 1990, beliau berkhidmat sebagai wakil rakyat Pakatan 90 dalam satu-satunya Dewan Rakyat pilihan rakyat. Ekoran penyatuan semula Jerman, beliau dipilih oleh Bundestag sebagai Pesuruhjaya Persekutuan untuk Arkib Stasi yang pertama mulai tahun 1990 hingga 2000. Dalam jawatan itu, beliau terkenal sebagai "pemburu Stasi" dan "pendukung pro-demokrasi yang tidak kenal penat lelah" kerana mendedahkan kezaliman polis zaman komunis.[8][9][10][11]

Beliau dicalonkan sebagai calon Parti Demokratik Sosial dan Pakatan 90/Hijau untuk Presiden Jerman pada pilihan raya 2010, tetapi kalah tipis kepada calon parti campuran pemerintah iaitu Christian Wulff. Bagaimanapun, pencalonannya disambut baik oleh para penduduk dan pihak akhbar; akhbar Der Spiegel menyifatkan beliau sebagai "Presiden yang lebih baik"[12] sementara Bild menggelarnya "presiden pujaan ramai."[13][14][15] Setelah Wulff meletak jawatan, Gauck dipilih sebagai Presiden dengan meraih 991 daripada 1228 undian dalam Konvensyen Persekutuan di pilihan raya 2012, sebagai calon ijmak tanpa sekutuan parti yang dipersetujui oleh Kesatuan Demokratik Kristian (CDU), Kesatuan Sosial Kristian (CSU), Parti Demokratik Bebas (FDP), Parti Demokratik Sosial (SPD) dan Pakatan 90/Hijau.

Kehidupan politik Gauck kuat dipengaruhi oleh nasib keluarganya serta didikannya di Jerman Timur komunis yang berpemerintahan totalitarian; bapanya meringkuk dalam sebuah gulag di Kesatuan Soviet selama lima tahun[16][17][18][19] dan keluarganya berdepan dengan diskriminasi di Jerman Timur.[20] Gauck merupakan penandatangan terawal Perisytiharan Prague Tentang Suara Hati dan Komunisme Eropah, bersama-sama dengan Václav Havel dan ramai lagi bangsawan, dan juga Perisytiharan Jenayah Komunisme. Beliau menyeru demi lebih kesedaran akan kezaliman komunis di Eropah, pendakwaan penjenayah komunis, dan perlunya mengharamkan pemerintahan komunis.[3] Beliau telah mengarang buku-buku tentang kem tumpuan zaman Soviet seperti Kem Khas NKVD No. 1, kezaliman komunis, dan penindasan politik di Jerman Timur, serta menyumbang kepada Buku Hitam Komunisme. Gauck menuduh penggiat politik haluan kiri kerana mengetepikan kezaliman komunis.[21] Bukunya, Freiheit. Ein Plädoyer ("Kebebasan. Satu Rayuan", 2012) menyeru agar kebebasan dan hak asasi manusia dipertahankan di seluruh dunia.[22][23] Beliau disifatkan oleh Canselor Angela Merkel sebagai "guru demokrasi yang sejati" dan "pendukung kebebasan, demokrasi dan keadilan yang tidak mengenal penat."[24] The Wall Street Journal pula menyifatkannya sebagai "yang terakhir dalam golongan pemimpin gerakan bantahan di sebalik Tirai Besi yang kemudiannya memimpin negara mereka selepas tahun 1989."[25]

Sejak tahun 2003, beliau merupakan pengerusi persatuan Gegen Vergessen – Für Demokratie ("Melawan Keterlupaan – Demi Demokrasi"), serta berkhidmat dalam Lembaga Pengurusan Pusat Pengawasan Rasisme dan Xenofobia Eropah 2001–2004.[26] Beliau menerima pelbagai penghargaan, termasuk Hadiah Hannah Arendt 1997.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Auf vielfältige Weise mit der Universität Rostock verbunden, Uni Rostock, 20 Februari 2012, http://www.uni-rostock.de/detailseite/news-artikel/auf-vielfaeltige-weise-mit-der-universitaet-rostoc/, capaian 29 Februari 2012 
  2. Gessat, Michael (19 Februari 2012), Gauck's civic engagement wins him wide support, DW, http://www.dw.de/dw/article/0,,15751782,00.html, capaian 28 Februari 2012 
  3. 3.0 3.1 Robert Coalson,Longtime Anticommunist Activist To Become Germany's Next President, Radio Free Europe/Radio Liberty, February 20, 2012
  4. German Presidential Nominee’s Background Seen as an Asset,New York Times, February 20, 2012
  5. "A crucial test for Angela Merkel". FRANCE 24. http://www.france24.com/en/20100630-2010-german--president-merkel-gauck-wulff-political-test-afghanistan-resign-cdu-greens-fdp. Capaian 2012-02-21. 
  6. "Gauck's civic engagement wins him wide support". DW.DE. 2012-02-17. http://www.dw.de/dw/article/0,,15751782,00.html. Capaian 2012-02-21. 
  7. http://www.bundestag.de/htdocs_e/artandhistory/history/parliamentarism/peoples_chamber/index.html
  8. "German media roundup: Little excitement for Wulff presidency". thelocal.de. 4 June 2010. http://www.thelocal.de/politics/20100604-27645.html. Capaian 30 June 2010. 
  9. "Politik Inland : Joachim Gauck, der Stasi-Jäger - Archiv - Westfälische Nachrichten" (dalam bahasa (Jerman)). Wn.de. 2010-06-30. http://www.wn.de/Archiv/2010/06/Politik-Inland-Joachim-Gauck-der-Stasi-Jaeger. Capaian 2012-02-20. 
  10. "Germany's Next President: 'I'm No Superman' - SPIEGEL ONLINE - News - International". Spiegel.de. http://www.spiegel.de/international/germany/0,1518,816407,00.html. Capaian 2012-02-20. 
  11. Post a Job (2009-12-08). "Merkel Names Gauck as Unity Candidate for German Presidency". Businessweek. http://www.businessweek.com/news/2012-02-20/merkel-names-gauck-as-unity-candidate-for-german-presidency.html. Capaian 2012-02-20. 
  12. "DER SPIEGEL 23/2010 - Inhaltsverzeichnis". Spiegel.de. http://www.spiegel.de/spiegel/print/index-2010-23.html. Capaian 2012-02-20. 
  13. "Profile: Joachim Gauck, Germany's 'President of Hearts' - The Local". Thelocal.de. 2012-01-01. http://www.thelocal.de/politics/20120220-40853.html. Capaian 2012-02-20. 
  14. "Joachim Gauck: Der "Kandidat der Herzen" - Politik Inland" (dalam bahasa (Jerman)). Bild.de. http://www.bild.de/politik/inland/bundespraesident/joachim-gauck-portraet-22722042.bild.html. Capaian 2012-02-20. 
  15. "Vom Sieger der Herzen zum Bundespräsidenten?". MDR.DE. http://www.mdr.de/nachrichten/gauck-portraet100.html. Capaian 2012-02-20. 
  16. "Joachim Gauck: Anti-communist pastor who could turn out to be Angela Merkel's nemesis - World news, News". Belfasttelegraph.co.uk. 2010-06-30. http://www.belfasttelegraph.co.uk/news/world-news/joachim-gauck-anticommunist-pastor-who-could-turn-out-to-be-angela-merkels-nemesis-14859395.html. Capaian 2012-02-20. 
  17. Connolly, Kate. "Joachim Gauck: the dissident hero who holds the destiny of Germany in his hands", The Guardian, 20 June 2010. 
  18. "Eastern Inspiration: Gauck the Therapist Wants to Put Germany On the Couch - SPIEGEL ONLINE - News - International". Spiegel.de. 2010-06-29. http://www.spiegel.de/international/germany/0,1518,703658,00.html. Capaian 2012-02-20. 
  19. "Rival candidate for president new headache for Merkel", Reuters, 6 June 2010. 
  20. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan abendblatt-christian tidak disediakan
  21. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan radiocz tidak disediakan
  22. "Gauck-Buch: Plädoyer für Freiheit und Menschenrechte". Volksstimme.de. http://www.volksstimme.de/kultur_medien/buch/buch_aktuell/750034_Gauck-Buch-Plaedoyer-fuer-Freiheit-und-Menschenrechte.html. Capaian 2012-02-21. 
  23. "Angela Merkel backs 'German Nelson Mandela' for president". Globalpost.com. http://www.globalpost.com/dispatch/news/regions/europe/germany/120219/angela-merkel-nelson-mandela-east-germany-president-Joachim-Gauck. Capaian 2012-02-21. 
  24. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan spiegel-merkel tidak disediakan
  25. Gauck File, The Wall Street Journal, February 22, 2012, p. 14
  26. Commemoration of the 20th Anniversary of the Commissioner for Civil Rights Protection in Poland, Government of Poland, 2008

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Jawatan sivik
Gelaran Baru Pesuruhjaya Persekutuan untuk Arkib Stasi
1990–2000
Diikuti oleh:
Marianne Birthler
Jawatan politik
Didahului oleh
Christian Wulff
Presiden Jerman
2012–kini
Pemegang jawatan kini