Joe Fernandez

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Joseph Fernandez

Ahli Dewan Undangan Kedah
untuk N34 Lunas
Tempoh berjawat
1995 – 2000
Digantikan oleh Saifuddin Nasution Ismail

Meninggal 4 November 2000
Bukit Mertajam
Parti politik BN-100px.jpg BN-MIC
Pasangan Dr Rosemary Lourdes
Pekerjaan Doktor
Agama Katolik

Dr Joseph Fernandez merupakan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah kawasan Lunas yang ditembak mati pada 4 November 2000.

Isterinya Dr Rosemary Lourdes dan anak perempuannya Ophelia Anne (23) pelajar perubatan tahun akhir. Beliau menyertai MIC pada 1975 dan terpilih menjadi Ketua Pemuda MIC Kedah pada 1979 - 1990. Beliau menang pilihan raya 1995 dan 1999 di kawasan Lunas, Kedah.

Pilihan raya 1999[sunting | sunting sumber]

Dalam pilihan raya umum 1999, Dr Joe Fernandez (BN) mendapat 9760 undi. M Kathiravelo (DAP) 5060 dan Ibrahim H Md Rashdi (Bebas) mendapat 2168. Majoriti undi ialah 4700.

Lunas merupakan salah satu kerusi DUN di bawah P 17 Padang Serai. Dua DUN lain ialah Kuala Ketil dan Merbau Pulas. Majoriti pengundi Lunas ialah Melayu tetapi diserahkan kepada MIC atas dasar kerjasama dalam Barisan Nasional.

Pembunuhan[sunting | sunting sumber]

Pada 4 November 2000, kira-kira pukul 1.30 petang, Dr. Joe yang dalam perjalanan pulang ke rumah dan terperangkap dalam kesesakan jalan raya di persimpangan Jalan Maju dan Jalan Harapan dekat Bukit Mertajam . Kejadian berlaku di di Jalan Maju, Bukit Mertajam ketika dalam perjalanan makan di rumahnya di Taman Bukit , Bukit Mertajam , hanya 500 meter dari klinik beliau.

Dua lelaki bermotosikal telah melepaskan tembakan ke atas kenderaan jenis Nissan Terrano yang dipandu oleh Joe Fernandez dan melarikan diri ke arah Sungai Rambai, Lunas , Kedah.Suspek itu dipercayai pembunuh upahan.Dr. Doshinda Singh memberi rawatan kecemasan dan kemudian membawa mendiang ke Hospital Pakar Bukit Mertajam. Pakar patologi, Datuk Dr. Bupinder Singh mengesahkan mendiang meninggal dunia akibat tembakan tepat di kepala dengan pistol jenis .38. [1]

Arah siasatan semula[sunting | sunting sumber]

Pada 25 April 2008, Mahkamah Koroner Bukit Mertajam ,Koroner M. Mageswari mengarahkan polis membuat siasatan lanjut (open verdict) kerana tiada keputusan yang jelas. Ini kerana mahkamah tidak mengesyaki dan menolak kemungkinan Dr. Joe telah dibunuh akibat masalah perniagaan, politik atau perhubungan peribadi si mati dengan mana-mana pihak.

Ahli kimia dan balistik telah mengesahkan bahawa senjata api yang digunakan dalam rompakan Southern Bank, Petaling Jaya dan pembunuhan Dr. Joe Fernandez adalah senjata api yang sama. Seorang suspek kes rompakan di Southern Bank, Petaling Jaya pada 18 Mei, 2001, dalam kenyataan beramarannya mengakui bahawa dia dan tiga rakannya merancang untuk membunuh Dr. Fernandez. Dua rakannya terbunuh dalam rompakan bank itu.

Pada 26 April 2008, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan menyatakan kes pembunuhan Dr Joe Fernandez ditutup melainkan jika ada saksi dan petunjuk baru. Sepucuk pistol telahpun ditemui dan ujian balistik membuktikan bahawa senjata itu digunakan untuk membunuh Dr. Fernandez, tetapi ia hanya merupakan keterangan forensik sahaja.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]