Abdul Zamin bin Abdul Kadir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Joe Wings)
Lompat ke: pandu arah, cari
Abdul Zamin bin Abdul Kadir
Nama lahir Abdul Zamin Abdul Kadir
Juga dikenali sebagai Joe Wings
Berasal dari Muar, Johor Malaysia Malaysia
Genre Rock & Blues
Pekerjaan Pemuzik, Komposer, Penerbit Album, Pelakon, Penyanyi
Instrumen Gitar
Tahun aktif 1986 hingga kini.
Label Fly Wings sdn.bhd


Abdul Zamin bin Abdul Kadir atau lebih dikenali sebagai Joe Wings @ Jo Branko merupakan seorang pemain gitar utama Kumpulan Wings, penerbit album, pemuzik undangan, pencipta lagu, penulis lirik, pengarah muzik, juri, pelakon dan penyanyi di Malaysia. Beliau pernah menyertai kumpulan Scandals dan kini bersama dengan Kumpulan Wings, Malaysia dan Kumpulan Prime Domistic.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Joe Wings telah dilahirkan pada 8hb Oktober 1969 di Muar, Johor Darul Takzim. Beliau sudah mendirikan rumahtangga bersama Rozalinda Gulam Rasul dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Tara, Aish dan Yafa.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau merupakan pemuzik sepenuh masa dan pernah juga terjun ke bidang lakonan serta pernah menjadi pelakon utama dalam filem "Putera", filem "Amelia" dan filem "Superstar". Selain itu beliau juga merupakan seorang penerbit album rock yang telah menaikkan nama kumpulan Slash, Def Gab-C, Kristal, Double line serta beberapa nama lain. Beliau juga pernah mencuba sebagai seorang penyanyi dan lagu pertama nyanyian beliau ialah dalam album Wings- Orang Asing iaitu lagu yang berjudul "Lupakanlah". Lagu kedua nyanyian beliau ialah Asmara - album Biru Mata Hitamku, lagu ketiga ialah Puisi Aidilfitri duet bersama Mus, lagu ke empat Amelia Mawar Berduri dan lagu kelima Joe menyanyikan semula lagu ranjang mawar lagu ini tiada dalam mana-mana album Wings. Lagu ini Joe nyanyi dalam filem Amelia. Beliau juga merupakan penyanyi latar untuk kumpulan Wings.

Album bersama Kumpulan Wings[sunting | sunting sumber]

  • Hukum Karma (1988)
  • Teori Domino (1990)
  • Jerangkung Dalam Almari (1991)
  • Best Of Wings (1992)
  • Double Trouble (1992)
  • Bazooka Penaka (1993)
  • Opera Dalam Kenangan Part 1 (1994)
  • Opera Dalam Kenangan Part 2 (1994)
  • Orang Asing (1995)
  • Biru Mata Hitamku (1996)
  • Puisi Aidilfitri (1996)
  • Masterpiece (1997)
  • Double Trouble 2 (1998)
  • Mencari Asal Usul (1998)
  • Best Of Wings 2 (1999)
  • Mr. Barbarik (2000)
  • Naga Kramat (2002)
  • Terunggul (2005)
  • Wings A live 2006 (2007)
  • Wings live @ Planet Hollywood (2007)
  • Teori Domino Revisited - (Jamming Session}
  • Menakluk Kosmos - (2014)
  • Wings Rokestra @ Istana Budaya 2013 (2015)

Pemuzik undangan[sunting | sunting sumber]

  • Pemain gitar undangan untuk Album IKLIM 'Bukan Niatku' (1995)
  • Pemuzik undangan untuk album SLASH 'SLASH'(1995)
  • Pemuzik undangan untuk album SLASH 'RINDU PADA YANG TAK SUDI' (1996)
  • Pemuzik undangan Untuk album DOUBLELINE 'NOTA KEKITAAN' (1996)
  • Pemuzik undangan untuk Album DEF GAB C 'CITARASA' (1996),
  • Pemuzik undangan untuk album DEF GAB C 'SKALA' (1999)
  • Pemuzik undangan untuk album TROPIKA @ JINBARA 'KITA BICARA LAGI' (1999)
  • Pemuzik undangan untuk album DEF GAB C 'REMIFASOLATIDO' (2001)
  • Pemuzik undangan untuk album NRG 'CENDERAJIWA'(2003)
  • Pemuzik undangan untuk album HANDY BLACK 'REALITI'(2003)
  • Pemuzik undangan untuk album KRISTAL 'NT VIRUS' (2004)
  • Kemunculan istimewa bersama Blues Gang untuk Anugerah Industri Muzik (2004]
  • Pemain gitar undangan untuk lagu "Gadis Melayu" dan "Terharu" - Jamal Abdillah (2006)
  • Kemunculan Istemewa bersama Jamal Abdillah dalam konsert istemewa bersama Jamal Abdillah (2006)
  • Pemain gitar undangan untuk konsert Search "Selepas Banjir" di Johor Bahru (2007)
  • Pemain gitar undangan untuk kumpulan Search - Live At Planet Hollywood(2007).
  • Pemain gitar undangan untuk lagu "Zakiah" album "Hattan - Masterpiece" (2007)
  • kemuculan istemewa bersama Ella dalam Konsert Astro Gempak (2010)
  • Pemain gitar undangan untuk konsert Lefthanded (2010)
  • kemunculan istemewa dalam konsert Ella Live @ Istana Budaya (2011)
  • Pemain gitar undangan untuk konsert Ella Live in Hard Rock Cafe (2011)
  • Kemunculan istimewa bersama Estranged untuk konsert Versus (2013)
  • kemunculan istemewa bersama Dato M.Nasir dalam AJL29 (2015)

Konsert-Konsert Besar[sunting | sunting sumber]

  1. Konsert Juara- juara Rock
  2. Konsert Kotaraya
  3. saleem in konsert
  4. Wings Live @stadium Negara
  5. Opening Band Konsert Europe Live In Malaysia
  6. Jerangkung dalam Almari tour
  7. Double Trouble 1992 tour
  8. Wings & Superfriend tour
  9. Biru Mata Hitamku tour
  10. Wings vs G-Shock tour
  11. Wings Live in Brunei
  12. Wings Alive @ Orange Club
  13. Search Live @ Planet Hollywood
  14. Search Live In JB
  15. Ella Live in Konsert
  16. Wings Live @ Planet Hollywood
  17. Wings Opera Hidup Live @ Istana Budaya
  18. Double Trouble 2010 tour
  19. Red On Black konsert
  20. Wings Live in Singapore
  21. Double Trouble Live In Singapore
  22. Konsert G4
  23. Wings Rockestra @ Istana Budaya
  24. Wings Versi Tanpa Distortion @ PICC Putrajaya
  25. Konsert Menakluk Kosmos tour
  26. konsert wings & Temasek superfriends (singapura)
  27. An Evening With Joe Wings (akustika) in Dublin

Penerbit album[sunting | sunting sumber]

  1. Bazooka Penaka (1993) ***** Album Terbaik Anugerah Industri Muzik (AIM) 1993, Album paling banyak tercalon dalam AIM 1993 (pelbagai katagori)
  2. Opera Dalam Kenangan Part 1 (1994)
  3. Opera Dalam Kenangan Part 2 (1994)
  4. Orang Asing (1995)
  5. Biru Mata Hitamku (1996) ***** Kulit Album Terbaik Anugerah Industri Muzik (AIM) 2001
  6. Puisi Aidilfitri (1996)
  7. Masterpiece (1997)
  8. Mencari Asal Usul (1997)
  9. Double Trouble 2 [bersama Search] (1998)
  10. Best Of Wings 2 (1999)
  11. Mr. Barbarik (2000)
  12. Naga Kramat (2002)
  13. Puisi Aidilfitri 'Raya Bersama Mus' (2005)
  14. Terunggul (2005)
  15. Wings A live (2006)
  16. Wings live @ Planet Hollywood (2006)
  17. Teori Domino Revisited (2007)
  18. Menakluk Kosmos (2014) ***** Tercalon dalam katagori album terbaik Anugerah Industri Muzik (AIM) 2014
  19. Wings Rockestra @ Istana Budaya (2015)
  1. Album Citarasa (1997)
  2. Album Skala (1999)
  3. Album Remifasolatido (2001) ***** Album Terbaik Anugerah Industri Muzik (AIM) 2001
  1. Slash (1995)
  2. Rindu Pada Yang Tak Sudi (1996)
  1. Album Hibah Untuk Kekasih - Tribute to Samad Lefthanded
  • Ziana Zain - Ziana Learns To Rock (1999) **Tak dapat diedar atas sebab yg tidak dpt dielakkan**
  • One Lipan Bara
  • Mas AF2
  • Kumpulan Prime Domistic
  • Lagenda Rock *** artis pelbagai*** lagu hits "Hidup Selagi Hidup" (nyanyian Awie,Mus,Moq dan Ziana Zain)

Filem[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]