Johan Nawawi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Johan Nawawi adalah komposer lagu-lagu pop dalam industri muzik Malaysia sejak 1980-an.Antara lagu popular ciptaannya berjudul Hanya Satu, Desa Tercinta, Naluri dan Samudera nyanyian Nora yang juga merupakan isterinya. Johan boleh bermain alat-alat muzik seperti piano dan gitar dan aktif bermain muzik sejak tahun 1986 .

Beliau berasal dari Ipoh,Perak. Beliau adalah anak bekas Ketua Pengarah Pusat Islam yang pertama, Mohd Nawawi Mahmud. Mereka menetap di Petaling Jaya, Selangor. Beliau memiliki diploma bidang arkitek daripada Federal Institute of Teknologi (FIT).

[sunting] Lagu keIslaman

Antara karyanya yang berunsur Islam ialah 'Erti Al-Fatihah' ,nyanyian Putri - anaknya.Lagu ini hasil adaptasi dariupada surah al-Quran iaitu al-Fatihah. Beliau mendapatkan daripada Tan Sri Prof. Kamal Hassan iaitu bekas Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Ustaz Aminullah Saliman dan Ustaz Che Bakar Che Mat. Lagu Erti Al-Fatihah ini termuat dalam siri animasi 'Ummi - Ceritalah Pada Kami!' terbitan Hud-Hud Media Sdn. Bhd., dan Erama Records Sdn. Bhd. Lagu bertemakan ketuhanan dipopularkan oleh kumpulan nasyid Raihan pada 1990-an.

Antara penyanyi yang diminatinya ialah Ebiet G. Ade dan M. Nasir yang turut menyelitkan mesej-mesej ketuhanan. Beliau juga rapat dengan aktivis nasyid Farihin Abdul Fatah yang bekerja dengan Raihan pada penghujung tahun 1990-an.Baginya lagu-lagu yang bertemakan ketuhanan boleh dianggap sebagai nasyid kerana lirik-liriknya mendorong ke arah kebaikan. [1]

[sunting] Rujukan

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan