Johari Abdul

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Yang Berhormat

Johari Abdul
P015-SGPETANI.jpg

Member of Parliament
for P15 Sungai Petani, Kedah
Penyandang
Tempoh jawatan 
8 Mac 2008
Didahului oleh Datuk Mahadzir Mohd. Khir (BN)
Majoriti 9,381

Parti politik Lambang keadilan.png Parti Keadilan Rakyat
Pekerjaan Ahli Parlimen
Religion Islam

Yang Berhormat Datuk Johari Abdul merupakan ahli politik Malaysia brketurunan Melayu, yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani, Kedah dari Parti Keadilan Rakyat. Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari Barisan Nasional - UMNO, Datuk Seri Zainuddin Maidin dengan majoriti sebanyak 9,381 undi. Beliau memperolehi 33,822 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 24,441 undi.[sunting | sunting sumber]

Latarbelakang[sunting | sunting sumber]

YB Johari pernah memegang pengarah Biro Tata Negara (BTN)..[1] Beliau mempunyai ijazah sarjana di dalam Pengajian Strategik dari University of Lancaster.[2]

Beliau mempunyai bapa saudara, Datuk Shuib Lazim, bendahari Perkasa, sebuah badan bukan kerajaan.[3]

Latarbelakang politik beliau..[sunting | sunting sumber]

Sebelum menjadi ahli Parlimen Sungai Petani, beliau pernah mencuba nasib bertanding di Parlimen Sungai Petani pada pilihan raya umum 1999 dan pilihan raya umum 2004 bagi DUN Bakar Arang tetapi tewas kepada calon Barisan Nasional.

Isu[sunting | sunting sumber]

Video seks Anwar[sunting | sunting sumber]

Pada 23 Mac 2010, berikutan dengan isu video seks Dato' Seri Anwar Ibrahim, beliau didakwa meminta RM100,000 sebagai "pelincir" untuk membawa lebih ramai ahli parlimen Pakatan Rakyat menonton video itu.[4] Akan tetapi pada 24 Mac 2010 ia dinafikan oleh beliau.[3]

Pada 24 Jun 2011, beliau mengeluarkan versi seks video yang disunting kepada media untuk menunjukkan keraguan sekitarnya bagi membuktikan bahawa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bukanlah lelaki dalam video itu.[5] Ia sebagai respons kepada laporan pakar Amerika Syarikat bahawa lelaki dalam video itu menyerupai Anwar.[6]

Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Parlimen Malaysia: Merbok, Kedah[7]
Tahun Pembangkang Undi Pts Barisan Nasional Undi Pts
2008 Johari Abdul (PKR) 33,822 57% Zainuddin Maidin (UMNO) 24,441 41%

Rujukan[sunting | sunting sumber]