Johari Kasman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Johari Kasman (28 tahun) merupakan mangsa tembakan rambang polis berpakaian preman. Dia ditembak di belakang dan mendakwa pegawai polis tidak memperkenalkan diri sebagai anggota polis dan gagal memberi amaran sebelum menembaknya. Akibat tembakan itu , dia lumpuh seluruh badan.

Ditembak dan lumpuh[sunting | sunting sumber]

Pada 23 Oktober 2004, Lans Kopral Nadzri Ahmad yang berpakaian preman, menembak Johari Kasman yang berkelakuan mencurigakan dan enggan berhenti sehingga timbul pergelutan. Plaintif bertindak menghayun topi keledar beberapa kali hingga terkena kepala Nadzri, selain cuba merampas pistol defendan. Plaintif mempunyai empat rekod jenayah lampau yang kesemuanya kesalahan mencuri kenderaan.Plaintif memandu motosikal curi dengan nombor pendaftaran palsu, tetapi defendan tidak mempunyai bukti bahawa plaintif terbabit pada hari itu.

Selepas ditembak, Lans Kopral Nadzri Ahmad sendiri membawa Johari Kasman ke hospital untuk menerima rawatan. [1]

Perbicaraan[sunting | sunting sumber]

Pada 18 Oktober 2007, Johari Kasman mengemukakan saman terhadap Nadzri dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar kerana cuai hingga menyebabkannya lumpuh selepas ditembak.

Pada 21 September 2011, Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Siti Khadijah S Hassan Badjenid memerintahkan Lans Kopral Nadzri Ahmad dan Ketua Polis Negara membayar ganti rugi ganti rugi berjumlah RM900,000 meliputi kos tambang ke hospital, kos ulang alik sebagai pesakit luar, kos beg kencing, kehilangan pendapatan dan lain-lain. Jelas berlaku salah guna kuasa dan terdapat percanggahan antara keterangan pakar dan afidavit pembelaan berhubung jarak tembakan dilepaskan.

Peguam V Rajadevan mewakili Johari dan Peguam Kanan Persekutuan, Mariam Hasanah Othman mewakili defendan. Johari memanggil empat orang saksi manakala defendan seramai enam orang.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Police to pay RM900,000 compensation to man over shooting incident". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-09-25. Dicapai pada 2011-09-25.