John Houlding

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
John Houlding Pengasas Liverpool FC

John Houlding adalah seorang ahli perniagaan yang mengasaskan kelab bola sepak Liverpool F.C..

John Houlding adalah pemilik sebuah kilang membuat bir dan menjadi kaya setelah perniagaan berjaya, membolehkan beliau hidup selesa. Beliau dilantik menjadi ahli Majlis Bandaraya Liverpool sebagai wakil parti Konservatif untuk kawasan Everton. Dalam tahun 1897, beliau dilantik menjadi Datuk Bandar Liverpool.

Jasa terbesar peninggalan John Houlding adalah penubuhan kelab Liverpool F.C. Walaupun cerita penubuhan kelab Liverpool F.C. sebenarnya berakar umbi dengan musuh ketat Liverpool F.C.Everton F.C.

Everton F.C.[sunting | sunting sumber]

Dalam tahun 1882, peraturan oleh Persatuan Bola Sepak England mensyaratkan Everton menjalani perlawanan bola sepak mereka di stadium yang ditutup. Sebelum itu, Everton bermain di Stanley Park, sebuah taman kegunaan awam yang terbuka.

Mesyuarat yang diadakan di Sandon Hotel yang kebetulan milik John Houlding membawa kepada Everton F.C. menyewa sebuah padang di Jalan Priory. Apabila pemilik padang tersebut tidak lagi membenarkan Everton F.C. menggunakan padang di Jalan Priory, John Houlding berjaya menyewa padang baru milik rakannya John Orrell yang terletak di Jalan Anfield. John Orrel bersetuju supaya Everton membayar sewaan pada kadar yang murah. Perlawanan pertama diadakan di padang Anfield adalah perlawan di antara Everton melawan Earlstown, di mana Everton menang 5-0.

Everton maju semasa berada di Anfield. Teres tempat duduk didirikan. Bilangan penonton menjangkau kepada 8,000 orang setiap perlawanan. Everton menjadi ahli asal yang beraksi dalam Liga Bola Sepak Inggeris dalam tahun 1888. Melihatkan kejayaan Everton, John Houlding mula menaikkan sewa stadium, menaikkan kadar faedah pinjaman beliau kepada Everton dan pemain-pemain dipaksa menggunakan Hotel Sandon untuk menukar pakaian sebelum dan selepas bermain bola.

Pertelingkahan[sunting | sunting sumber]

Dalam tahun 1891, John Orrell mengancam hendak menamatkan sewaan stadium Anfield, dan John Houlding mencadangkan supaya ditubuhkan sebuah Syarikat Berhad untuk membeli padang tersebut. John Orrell bersetuju menjual Anfield, tetapi John Houlding juga adalah tuan punya tanah bersebelahan, John Houlding merancangkan supaya Syarikat baru tersebut membeli sekali tanah milik beliau bersekali dengan padang Anfield.

Pemegang saham Everton naik berang, dan menuduh John Houlding hendak mencatut untung daripada kesukaran yang mereka hadapi. Pada 15 Mac 1892 John Houlding tewas undi dan Everton mengambil keputusan untuk meninggalkan Anfield and membeli padang baru. Everton berjaya membeli Goodison Park, di sebelah utara Stanley Park dengan harga £8,000.

Penubuhan Liverpool F.C.[sunting | sunting sumber]

Houlding dan Orrell kini ditinggalkan dengan padang yang tiada pasukan. Holulding mengambil keputusan untuk menubuhkan pasukan baru – Liverpool F.C.

Perlawanan pertama Liverpool F.C. adalah perlawanan persahabatan melawan Rotherham Town dan Liga Midland. Pasukan Liverpool, yang dikenali sebagai "Team of the Macs" menang perlawanan tersebut 7-1. gol pertama Liverpool disumbatkan oleh McVean.

Rujukan[sunting | sunting sumber]