John Pulman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
John Pulman
Keahirkan 12 Disember 1923(1923-12-12)
Kematian 25 Disember 1998 (umur 75)
Kerakyatan England England
Profesional 1946?–1982
Pangkat tertinggi 7 (1977/78)
Kemenangan pertandingan
Utama 10
Johan Dunia 1957-1968 (7 kali)

John Pulman (12 Disember 1923 - 25 Disember 1998) ialah pemain snuker profesional Inggeris yang menguasai permainan itu pada sepanjang dekad 1960-an.

Biografi ringkas[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1955, Pulman berjaya memasuki pusingan akhir World Matchplay, tetapi ditewaskan oleh Fred Davis. Davis menewaskannya sekali lagi dalam pusingan akhir 1956, tetapi selepas persaraan Davis, Pulman berjaya memenangi kejohanan tersebut pada 1957. Walaubagaimanapun, acara itu ditamatkan selepas tahun itu.

Pada 1964, Kejohanan Snuker Dunia disambung semula dan Pulman berjaya mememangi pertandingan tahun itu. Beliau mengekalkan kejuaraannya sehingga 1969 dengan menewaskan enam orang pencabar berturut-turut. Pada tahun 1969, peraturan Kejohanan Snuker Dunia diubah menjadi suatu pertandingan kalah mati (tahun itu umumnya dianggap sebagai tahun kelahiran zaman snuker yang moden). Pulman gagal mempertahankan kejuaraanya pada tahun itu. Bagaimanapun, beliau berjaya memasuki pusingan akhir pada tahun 1970 tetapi ditewaskan oleh Ray Reardon.

Pada 1982, Pulman yang telah menyertai BBC sebagai pengulasnya, bersara daripada permainan profesional dan lebih kurang pada masa itu, beliau menyertai ITV dan mengulas bersama-sama dengan Dennis Taylor, Mark Wildman, Ray Edmonds, dan Jim Meadowcroft. Pulman kekal menjadi pengulas utama sehingga sukan itu ditamatkan oleh saluran ITV pada 1992. Beliau meninggal dunia pada 1998 (umur 75 tahun), selepas beliau jatuh di dalam rumah sendiri.

Kemenangan pertandingan[sunting | sunting sumber]