John R. Malott

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

John R. Malott pernah menjadi duta Amerika Syarikat ke negara Malaysia dari 19 Disember 1995 hingga 30 Disember 1998.Selepas bersara, beliau menulis pelbagai artikel .

Tahap keselamatan di Malaysia[sunting | sunting sumber]

Artikel beliau 'Kesan Akibat Perkauman di Malaysia' yang disiarkan dalam Asian Wall Street Journal (AWSJ) pada Februari 2011 tentang perkauman yang semakin meruncing di Malaysia. Kononnya tahap keselamatan semasa lebih teruk daripada 13 Mei 1969. Pentadbiran Najib Tun Razak dipersalahkan berhubung larangan simbol Kristian Rumah Terbuka Krismas 2010, perarakan kepala lembu di Shah Alam dan kekurangan penyertaan kaum Cina dalam tentera.

Malott mempertikaikan pelantikan Johan Mahmood sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Talent Corporation bukan kerana kurang kelayakan dan pengalaman tetapi sebab Johan adalah orang Melayu. Penubuhan Talent Corporation antara lain adalah untuk menyelesaikan masalah penghijrahan tenaga kerja berbakat ke luar negara.[1] Kononnya kaum Cina dan India ramai berhijrah ke luar negara.

Selain itu Malott menuduh Model Baru Ekonomi terbantut kerana NGO pelampau Melayu Perkasa khuatir dasar meritokrasi dan ketelusan bakal menghapuskan hak Melayu. Sebaliknya Malott memuji Nurul Izzah Anwar kerana berani menongkah arus mengenai isu hak Melayu.

Akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily melaporkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohamed Nazri bin Abdul Aziz bahawa Malott patut diharamkan masuk ke Malaysia. Nazri menuduh Malott penyokong setia Ketua Umum PKR , Datuk Seri Anwar Ibrahim.[2]

Jurucakap Kedutaan Besar AS di Kuala Lumpur, Tina Malone berpendapat pandangan tersebut sebagai pandangan peribadi.

Rujukan[sunting | sunting sumber]