Johnny Herrera

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Johnny Herrera
Maklumat peribadi
Nama penuh Johnny Cristián Herrera Muñoz
Tarikh lahir (1981-05-09) 9 Mei 1981 (umur 42)
Tempat lahir Angol, Chile
Ketinggian 1.84 m (6 ka 0 in)
Posisi permainan Penjaga gol
Maklumat kelab
Kelab terkini
Universidad de Chile
Nombor 25
Kerjaya remaja
1995–1998 Universidad de Chile
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1999–2005 Universidad de Chile 122 (0)
2006 Corinthians 9 (0)
2007–2008 Everton 60 (0)
2008–2010 Audax Italiano 90 (0)
2011– Universidad de Chile 141 (1)
Pasukan kebangsaan
2001 Chile B20 2 (0)
2002– Chile 10 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 6 Disember 2014
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 10 Jun 2014

Johnny Cristián Herrera Muñoz (lahir 9 Mei 1981) merupakan pemain bola sepak Chile yang kini bermain untuk Universidad de Chile. Beliau bermain di posisi penjaga gol.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Universidad de Chile[sunting | sunting sumber]

Pada awal musim 1999, beliau memasuki skuad senior Universidad dan Herrera menjadi pilihan pertama penjaga gol untuk Universidad de Chile pada 2003. Pada musim berikutnya, beliau menjadi kunci pemain utama dalam kejohanan Torneo de Apertura obtention di mana pasukannya berjaya ke perlawanan akhir dan memenangi kejohanan itu. Pada 10 April 2005, beliau mengalami insiden serius dengan Jorge Valdivia selepas berlanggaran sesama sendiri ketika menentang Colo-Colo. Pada Disember 2005, Herrera sebahagian daripada pasukan yang naib juara pada kejohanan Torneo Clausura selepas ditumpaskan oleh Universidad Católica pada penalti dan beliau gagal untuk memperbaharui kontrak beliau bersama kelab.

Corinthians & Everton[sunting | sunting sumber]

Pada 2006, beliau berpindah ke kelab Brazil, Corinthians. Pada 2007, beliau kembali ke Chile untuk bermain bersama Everton.

Audax Italiano[sunting | sunting sumber]

Beliau berpindah ke kelab Audax Italiano pada Jun 2008.

Kembali ke Universidad de Chile[sunting | sunting sumber]

Pada 2011, Herrera kembali ke kelab Universidad de Chile selepas 6 tahun berhijrah ke kelab lain dan berjaya membantu kelabnya memenangi kejohanan Apertura 2011. Itu merupakan kejohanan ke-4 Herra bersama Universidad.

Beliau menandatangani kontrak baru bersama Universidad pada 22 Januari 2011 dengan bayaran sekitar US$700.000.

Herrera membuat debut sejak kedatangannya ke Universidad pada 29 Januari selepas seri 1-1 menentang La Serena. Herrera bermain pada setiap perlawanan Universidad yang memenangi Primera Division Chile 2011 dan Copa Sudamericana 2011. Pada bulan Diasember, beliau dianugerahkan sebagai Penjaga Gol Tahunan Terbaik Chile dan Penjaga Gol Terbaik Amerika Selatan.

Pada 18 Mac, beliau menjaringkan gol pertamanya dalam kerjaya profesionalnya ketika peringkat kumpulan Copa Libertadores menentang kelab Peru, Real Garcilaso.

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Herrera telah dipanggil oleh pasukan kebangsaan Chile sejak 2002. Herrera dipanggil buat pertama kali oleh Jorge Sampaoli untuk perlawanan menentang Haiti dan Senegal.

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Universidad de Chile
Everton

Individu[sunting | sunting sumber]

  • Penjaga Gol Terbaik Primera Division Chile (1): 2011
  • Penjaga Gol Tahunan CONMEBOL (1): 2011
  • Pasukan Ideal Copa Sudamericana (1): 2011
  • Pasukan Ideal Primera División (2): 2010, 2011

Pautan luar[sunting | sunting sumber]