Johor Lama

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Johor Lama ialah sebuah kampung yang terletaknya di tebing Sungai Johor, 40 kilometer dari bandar Kota Tinggi. Sejak kejatuhan Kesultanan Melaka pada tahun 1511, ia menjadi ibu kota diraja sultan-sultan Johor sehingga dimusnahkan oleh pihak Portugis pada tahun 1587.

Cara Jalan Pergi ke Johor Lama[sunting | sunting sumber]

Pelancong yang datang dari Johor Bahru boleh menggunakan Lebuhraya Tebrau dan jaraknya ialah 42km untuk sampai ke Kota Tinggi. Dari Kota Tinggi, ikut arah jalan ke Desaru, lebih kurang 2o minit perjalanan, anda akan lihat papantanda Telok Sengat. Ikut arah ke Telok Sengat. Setelah 1o minit meneruskan perjalanan anda akan berjumpa dengan papantanda Kg Johor Lama . Ikut arah ini .Dalam 5 minit anda akan sampai ke Kg Johor Lama dan anda akan berada di tebing Sungai Johor.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Kg Johor Lama kini merupakan sebuah perkampungan yang mengandungi sebuah sekolah rendah , sebuah masjid, sebuah muzium yang dinamakan Muzium Johor Lama dan di sini juga terdapat rumah-rumah homestay yang diusahakan oleh penduduk kampung. Kg Johor Lama ini juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas. Aktiviti utama penduduk di sini ialah menangkap ikan dan ini dapat dilihat dengan 3 buah jeti nelayan yang dilihat di tebing sungai Johor sepanjang kampung ini.


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.